ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, July 9, 2009

Ubah kriteria naik pangkat...

berita ini aku dapat dari Utusan Malaysia ruangan forum bertarikh 9hb. Julai 2009......(tu pun setelah opismate bagitau....)


SAYA rasa terpanggil untuk menulis apabila membaca rintihan Kerani Setia 1981 di ruangan ini pada 26 Jun 2009.

Saya amat bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menaikkan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun kerana ia dapat memberi semangat yang baru untuk bekerja.

Pada masa yang sama ia mengiktiraf sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi pegawai-pegawai ini kepada pihak kerajaan.
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sering dijadikan kayu pengukur iaitu sebagai penentu bagi kenaikan pangkat.

Tetapi LNPT juga mengakibatkan kakitangan awam itu diadili secara tidak adil disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.

Penilai-penilai LNPT terdiri daripada individu-individu yang berbeza dan kaedah pemberian markah itu sendiri berbeza di antara penilai-penilai.

Saya pernah menyaksikan satu situasi di mana calon-calon yang berjaya dalam eksesais kenaikan pangkat datangnya daripada jabatan yang sama akibat daripada sikap murah hati penilai-penilai terutama ketua jabatan terhadap anak-anak buahnya.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah ahli panel yang memperakukan sesuatu kenaikan yang tidak mahu membuat kajian terlebih dahulu mengenai cara pemberian markah LNPT yang bersifat arbitrary.

Terdapat juga situasi pemberian markah LNPT yang terlalu tinggi dalam sesebuah jabatan berbanding jabatan yang lain dalam agensi yang sama.

Mengikut tulisan Kerani Setia 1981, ketegasan seorang ketua dalam memberi markah mengakibatkan rata-rata penjawat awam berasa amat bertuah sekiranya markah LNPT berada dalam linkungan 80 peratus ke 90 peratus.

Tetapi untuk makluman para pembaca, ada ketua-ketua jabatan yang tidak segan untuk memberi markah lebih 95 peratus kepada kakitangannya walaupun tiada sumbangan yang diberikan kepada negara, negeri atau apa-apa bentuk sumbangan luar.

Akibatnya, hanya kakitangan jabatan tertentu yang mendapat manfaat dalam segala kenaikan pangkat. Sepatutnya, di dalam eksesais kenaikan pangkat, syarat markah LNPT dan syarat PTK digunakan pada peringkat menyenarai pendek calon-calon sahaja.

Temuduga adalah peringkat yang menentukan siapa yang layak di antara nama-nama yang telah disenarai pendek. Selepas proses temuduga, segala rujukan kepada markah LNPT dan PTK tidak lagi relevan. Sekiranya markah LNPT tertinggi merupakan penentu kenaikan pangkat, saya berpendapat tidak perlu diadakan lagi sesi temuduga. Sepatutnya keputusan panel penilai dalam sesi temuduga perlu dihormati.

Penilai-penilai prestasi juga perlu diberi kursus atau pendedahan mengenai teknik menilai dan memberi markah LNPT supaya kriteria-kriteria penilaian dapat dipiawaikan dan bukannya secara rambang. Saya berharap perkara ini dapat membuka mata dan pandangan pihak kerajaan dan juga agensi-agensi berkaitan supaya kenaikan pangkat dilihat sebagai pengiktirafan kerajaan kepada kakitangan awam, bukannya sebagai sesuatu yang boleh dipertikaikan.

N22 SETIA
Tanjung Malim, Perak

No comments:

Post a Comment