ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, March 29, 2012

Penat + letih + tension + dah tak larat

Assalamualaikum
hari ni kandungan dah masuk 17 minggu
dah hampir seminggu berdua je dengan E-in
membuatkan aku rasa dah penat + letih + tension + dah tak larat
nak melayan karenah anak yang seorang ini
Aduhai, Tuhan saje lah yang tahu
bagaimana keadaan dan situasi yang aku alami
dengan perut yang semakin membesar
dah tak mampu nak terkejar-kejar
itu belum lagi termasuk kain baju yang dah siap berbasuh dah kering
aku campak aje atas katil kat bilik tengah
semenjak mengandung, aku akui kerajinan aku untuk melipat kain baju langsung
dah terbang entah ke mana
apa lagi nak mengemas rumah
nak masak....pun dah tak ada hati nak memasak
andai berdua je dengan E-in di rumah
aku masak yang sempoi aje
selalunya lauk yang dimakan oleh anak ku means 1 lauk je lah aku masak
senangkan? sib baik E-in bab-bab lauk dia tak cerewet
cukup sekadar nasi + ikan goreng berlada atau ayam goreng berlada
air...cukup sekadar air kosong tapi mesti mau yang sejuk

Cuma aku tak tahan nak melayan karenah si E-in apa bila waktu pagi + tengahari + petang dan malam
selalu juga menyebabkan aku naik angin
aduhai..maaf kan mama ya sayang, mama penat sangat
hilang segala kesabaran aku

Apa pun aku bersyukur kerana di kurniakan seorang anak yang bijak + petah dan pintar juga yang memahami (kdg2 tu nak kena ikut cakap dia je)
Dlm minggu ini ketika menemankan E-in sebentar di dalam kelasnya
dek kerana kwn2 yg lain belum sampai hingga beberapa hari menyebabkan
E-in meminta aku menunggunya di kelas
hinggakan terpaksa aku tinggalkan dia dengan Cikgu Laili
(owhh ya sekarang ni bila kena tinggal tu (kdg2 la) air mata je bergenang...suara dah tak kedengaran lagi)
sempat aku bertanya hal2 berkaitan E-in
Cikgu Laili memberitahu, Ezureen belajar pandai + aktif di dalam kelasnya
Alhamdulillah....mungkin sebab aku dah biasakan E-in dengan buku dan pensil + pensil warna sejak dari kecil hingga lah sekarang
dia cepat belajar
walaupun pada permulaan persekolahan tidak mahu ke sekolah dan menyebabkan banyak yang tertinggal
sekarang pun kalau sebelah petang sampai je di rumah
mula2 yang di carinya adalah buku dan peralatan menulis/mewarna
sampailah dah malam waktu maghrib pun macam tu
sampai kan aku tak terlayan
ya lah, kita sebagai isteri dan ibu, kan banyak kerja nak kena buat bila sampai ke rumah, apa pun aku ajarkan juga sekejap-sekejap apa yang hendak di buatnya...

owwhhh ya..aku juga tidak membiasakan anak bermain seorang diri di dalam kawasan pagar rumah apabila sampai ke rumah...lagipun E in jarang nak main kat kawasan parking kereta...biasanya dia akan masuk sekali dengan aku ke dalam rumah dan mulalah mencari apa2 yang patut di buatnya

Huuuuu lambatnya esok @ Jumaat.....Jumaat bertemu Jumaat...cepat lah masa berlalu....dah tak larat dah....

Monday, March 12, 2012

14 minggu sudah....


Assalamualikum semua..... hari ni pagi-pagi aku dah terpacak kat klinik sebab ada monthly check up.... E-in pulak pagi2 masa aku tengah menggosok baju tu dia pun tetiba datang je kat aku.... hua hua hua ya lah malam tadi tidonya awal and mamanya pun terpaksa jugak tido awal menemankan E-in so pagi ni si E-in segar sesangatlah matanya....siap mandi bagai kat umah then aku hantar pi skul...pas punch card, aku makan sket then terus pi klinik...
sekejap je kan dah masuk 14 minggu...muntah pagi + malam masih ada...tak larat dah rasanya....+ perut yang sakit. Tanya nurse tadi dia cakap sebab perut nak menegang...that's why ada rasa sakit sedikit. Dulu masa mengandungkan E-in xde pulak aku rasa sakit macam ni... and bila timbang...ohoooo berat naik 2kg dalam masa sebulan... hak hak


Walaupun aku muntah-muntah tapi aku tetap makan malah terlebih makan... itu pasal berat aku naik mendadak dan pengambilan air gula aku telah dipercepatkan kepada hari Jumaat ini daripada tarikh asalnya sepatutnya bulan April nanti... Aku bila mengandung kalau makan memang tak hengat dunia...kalau tak mengandung, aku DIET tak hengat dunia pulak kan.... hua hua hua.... itu pasal lah E in masa lahir dulu pun besar iaitu 3.65kg...mana taknya mamanya asik makan makan makan....

Wednesday, March 7, 2012

Feberet E-in

Memula sekali, cam besa lah aku nak minta maaf sebab blog tak berupdate. Malas sangat, tak tau nape. Mungkin juga dengan keadaan aku yang masih lagi tak berapa sihat ni...dah masuk 3 bulan tapi muntah-muntah masih ada...pagi muntah air, malam muntah makanan. Aduhai sabar aje lah. Campur ngan melayan karenah anak yang kejap ok kejap tak ok... ada masa nak pi sekolah, ada masa xmo pi dan terpaksa anta ke skul (taska). Ok aku layan kan aje tapi kalau tak mo pi sekolah harus lah bgtau kat mamanya yang tak berapa sihat ni dari rumah lagi... cam semalam, dah sampai sekolah pastu tak mau masuk dalam kelas, terpaksa lah aku hantar pi skul pulak... kan aku dah kena patah belakang balik tu.... nak marah-marah sangat kat anak pun tak boleh juga...nama pun budak walau terkadang tu hilang KESABARAN aku..... tapi walau aku dah marah anak, kemudiannya aku akan peluk dan terangkan pada anak kenapa mamanya marah... mungkin sebab itu walaupun aku agak GARANG tapi E-in tetap manja dan sayang lebih kat aku...haha. Bila aku tanya, E-in sayang mama tak? Mama sayanggggg E-in... E-in akan anggukkan kepala...sayang banyak ke sikit? aku tanya lagi. Banyak lah mama...huhu sungguh terharu aku dibuatnya.

Hak hak..ampun, cerita dah lari dari tajuk... Ni ha, lately ni E-in suka sangat makan ikan goreng. Ikan goreng semata-mata ngan nasi. Xde letak kicap ok. Tapi nasi tak kering sebab aku lebihkan sikit minyak menggoreng tu bila angkat ikan. Maknanya aku akan letak sikit minyak atas nasi dan gaul.... Pastu bukan dia nak sikit-sikit ikan tu tiap kali masuk dlm mulut..mesti nak banyak.... jadinya aku selalu jugaklah beli ikan...tak kisah ikan apa..size besar sket.. mula-mula goreng sampai garing (dah tentulah dah gaul ngan kunyit + garam)....then angkat.. tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah di hiris nipis + sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam... goreng hingga bawang sedikit garing dan masukkan ikan....balik-balik kan dan angkat.... Heee senangkan anak aku makan.... tak banyak karenah. Sib baik tak ikut cam papa dia yang tak makan seafood, kalau tak haru aku dibuatnya... hua hua hua....