ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, April 30, 2009

Sweet memories...buat tatapan kawan2

Saje je aku letak gambar2 masa pi honeymoon kat Melaka..pergi lepas majlis kenduri kat umah aku sebab lepas kenduri kat umah hubby, aku dah start keje pasai aku apply cuti awal sebab nak tolong apa yang patut kat umah aku...tak de lah banyak sangat gambarnya sebab time ni belum giler bergambar lagikkkk so apa kata layan gambar k?
ni masa singgah dalam perjalanan nak balik ke bentong dah tapi masih dalam negeri melaka, singgah rehat dan makan...
ni sebelah malam

kat tempat yang banyak2 umah tu.....
malam

Sorry lah ya , aku malas nak menyusun gambar...kalau nak tengok banyak lagi gambar2 aku, apa kata add aku kat facebook ok?

Kerabu Sardin Bersama Daun Selom

Heee....last entry aku ada bagitau aku ada buat kerabu sardin dan daun selom...so kali ni baru dapat publishkan...sorry lah ya gambar tak berapa terang, guna kamera murah jekkk...resipinya kalau tak silap aku ambik kat majalah Rasa ke atau Saji...alah lupa lah pulak...pepon..jom layan resipinya:-


Bahan2nya:
1 tin kecil sardin (ambil isi ikan sahaja)
2 ikat daun selom (dipotong ikut suka - aku tak potong, just ambik daun je)
2 tangkai bunga kantan (dipotong halus)
2 batang serai (dipotong halus)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 tangkai cili pasi (dipotong kecik)
1 1/2 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Jus limau kasturi secukupnya

Cara membuatnya:
1. Pertama, isi ikan sardin dihancurkan terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan daun selom, bunga kantan dan serai bersama2 isi ikan sardin tadi.
3. Akhir sekali, campurkan semua bahan lain dan gaul sebati.
4. Sedia untuk dimakan.
---aku makan cam tu aje...

Monday, April 27, 2009

Lauk sempoi untuk lunch pada ahad (26/4/09)

Semalam, ahad, cuti hujung minggu, hubby aku tak keje tapi sabtu tu dia keje sebab ada open entry test kat HQ OUM kalau tak silap aku....so sebab hubby ada kat umah semalam...aku pun masak lah, ya lah kalau pada hari2 bekerja memang aku jarang sangat memasak sebab tak de orang tolong tengokkan e in...e in lak kalau aku kat dapur dia pun mula nak nak menyibuk sama...aku paling takut sebab e in suka sangat menggoyangkan rak pinggan mangkuk...adehhh takut betul aku kalau segala pinggan mangkuk kaca yang ada kat rak tu jatuh menimpa e in...parahhhhh....jom.....oppp sebenarnya MIL aku soh makan kat umah dia tapi aku masak juga pasai masa hubby aku cuti lah baru dia dapat merasa air tangan aku kan? petang tu kami pi jugak umah MIL aku, saje jalan bawa e in...
gambar ni aku ambik hari jumaat, masa aku singgah Yatt Fong nak beli bahan2 masak spageti tu, aku belilah pensil kaler ngan buku mewarna untuk e in....so, petang pas ambik e in dari taska, sampai kat umah, aku bagi dia buku ngan pensil kaler ni..so dapatlah tinggalkan e in kejap2...hehe tapi sambil dia dok kaler, sambil dia masukkan kaler pensil tu dalam mulutnya...alahai....lepas ni memang aku tak lepas pandang dah...nak bagi dia menda2 ni time aku duk depan dia...
jeng jeng..ni lah menu semalam...sempoi je, apa yang ada kat dalam peti ais...tak de menu utama sebab hubby aku dah selalu sangat makan ayam/daging so aku masak simple je kali ni....menu pertama....telur dadar...kosong je sebab kalau pedas e in tak leh makan lak....
ikan bilis dan kentang goreng...feberet hubby aku. hubby aku tak makan spesis sea food...ikan bilis je makan tapi kena tengok size ok??????yang ni memang kena lebihkan minyak sebab hubby aku buat cam kuah plak..memula aku pun heran jugak, tapi lama2 dah tau itu yang hubby aku suka, tu pasai badan aku cepat naik mendadak masa duk ngan MIL aku...dah tahu puncanya?hehe
kerabu ikan bilis dan tomato...ni feberet aku....hubby pun suka juga...selau jugak aku buat kerabu ni...pasai aku suka makan tomato...ni belum pindah dalam mangkuk lagi....
sayur tumis air je...tak de minyak ekkkk....sayur sayur sayur...haha aku ni memang hantu sayur...kalau makan tak de sayur, tak lengkap bila makan...hehe....kat bawah ni aku letak resipi kerabu ikan bilis ngan ikan bilis dan kentang goreng k? yang lain2 tak payah...budak skolah pun reti buat...hehe...

Resipi ikan bilis goreng dan kentang goreng ( ni lauk feberet hubby aku)
Bahan2nya:
Ikan bilis - goreng garing
Kentang - hiris nipis dan goreng garing
Sedikit cili api mesin
Bawang kecil - hiris nipis
Minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Secukup rasa garam
Cara2 membuatnya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang, biar bawang masak kemudian masukkan sedikit cili api mesin dan serbuk kunyit.
2. Masukkan pula ikan bilis dan kentang yang telah siap digoreng. Rasakan garam dan siap untuk di makan...dimakan bersama nasi atau boleh juga makan begitu saje...selalunya aku akan goreng kentang tu garing2...baru lah best ada bunyi rangup...
Resipi kerabu ikan bilis dan tomato
Bahan2nya:
Tomato - potong empat dan potong sederhana tebal (buah hendaklah yang keras sket, kalau masak sangat tak best sebab lembik)
Ikan bilis - goreng garing
Jus limau kasturi
Cili api - hiris nipis, sikit je dah cukup, banyak sangat nanti makan tergigit cili pulak
Serai - hiris nipis, tak payah banyak2
Bawang merah - potong 4 dan hiris
Garam secukup rasa
Gula - sikit je
Cara2 membuatnya:
1. Pastikan ikan bilis digoreng garing.
2. Campur semua bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk bersama ikan bilis. Campurkan jus limau kasturi, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan sudah siap untuk di makan. (selalunya aku ratah je kerabu ni...)Actually kalau kawan2 semua nak rasa kerangupan ikan bilis tu, bila time nak makan je baru dicampurkan sekali ok?boleh di sejukkan di dalam peti ais...

Friday, April 24, 2009

Korea Chiffon By SBTE (KCBS) for me

ye ye....semalam aku buka satu blog ni (http://butiksunlay.blogspot.com) ada kain pasang baru...so ntah berapa kali lah aku duk round kat blog ni...akhirnya aku berkenanan kat korea chiffon ni ha...wana hijau..kalau nak tahu, feberet kaler aku hijau, tenang je..aman damai...hehe...semalam aku booking ngan fara, owner blog butiksunlay, semalam tengahari jugak aku bank in duitnya pasai fara kata sape cepat dia dapat...so sebab semalam gaji kuar, aku pon pi draw duit dan bank in duit kain yang aku dah book tu dan .....sila baca cerita di bawah ya...hehe

hari ini 24/4/2009 dalam kul 11 lebih, staf kat opis aku masuk opis dari pi ambik surat kat BSM...siap tanya lagi, kau beli apa ni radiah? haaaa???beli apa?pasai aku ingat kain yang aku order ni mungkin next week ke sampai kat tangan aku...so aku pun ambik parcel ni dari tangan officemate aku dan aku pun bukak......jeng jeng jeng....macam tak percaya pulak aku....

ni lah dia kainnya yang aku book dan confirm beli tu...ehhhh terkejut bangat aku pasai cepatnya sampai kat aku....cepat sebab guna courier...bukan pos laju (pejabat pos)....eeee sukanya aku...cantik dan kain ni kena lining...tak kisah pasai aku dah lama tak de baju yang kena lining ni...yang ada pun aku pakai ngan inner pasai malas nak beli kain lining sebab bila tempah, harganya berganda...tapi kali ni aku teringin lah pulak setelah sekian lama..haha...dah lama aku tak melaram sejak jadi mama ni ha...opppsss untuk pengetahuan kawan2, harga kain ni berpatutan di campur ngan kos posnya, tu pasal semalam pos hari ni sampai....jimat lerrr...sama je kalau kita kira duit minyak lagi, duit tol lagi kalau kita membeli kat luar dari tanjong malim...
aku pun sejak ada blog ni, luas sket pandangan...hehe...rajin juga aku bershopping di blog...ada juga kawan2 yang tanya, boleh percaya ke shopping kat blog? nanti kita dah bank in duitnya, barang tak sampai...ehhhh....ok je, alhamdulillah setakat ni dah 4 barang yang aku beli kat blog semuanya selamat sampai kat tangan aku.....lagi satu one the way...
ok ke kain yang aku beli ni? actually tak berapa elok pakaian kalernya melebihi 4 warna tapi aku peduli apa...aku dah suka...haha

Spageti Tuna Dengan Sos Cendawan Pedas....

Dari semalam lagi aku dok tengok resipi spageti kat dalam majalah wanita bulan Feb. 2009...hari ni aku fotostat resipinya....2nd boss aku pun dok suh aku buat je spageti tu pasai dia tengok aku fotostat resipinya...so balik lunch tadi aku singgah Yatt Fong, beli barang2 nak masak spageti tuna dengan sos carbonara berkrim tapi tak ada plak sos ni kat yat fong so aku gantikan dengan sos cendawan pedas....sampai je umah, aku angkat kain baju kat ampaian...pas tu letak barang2 yang ku beli tadi kat dapur then aku pun tukar baju...memula masak bubur nasi e in dulu...sambil2 tu aku pun masak lah spageti yang ku idamkan..hehe jom layan gambar....
ni lah 2nd boss aku, sampai dua kali dia tambah....yang kat sebelah kiri tu lah hero yang sorang je kat opis aku ni...aaaaaa dah kawen tau, anak sorang, anak dia sebaya ngan e in...
ni plak setiausaha ketua pustakawan...aida namanya...single lagi ni.....sape2 nak masuk meminang boleh lah....hehe memandai je aku ni...
ni lah spagetinya yang telah siap di rebus
ni plak sos nya......



bila nak makan, barulah letak sos nya kat atas spageti tu dan gaul rata...
Jom layan resipi pulak..........
Bahan2nya:-
200 gm Pasta spageti
1 sudu minyak masak
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 tin ketulan tuna (aku beli ayam brand)
125gm Krim masakan Prego Cendawan Pedas
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada hitam
Cara2 membuatnya:-
1. Rebus spageti pasta di dalam air mendidih. Tambahkan garam dan minyak, rebus sehinga lembut. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tambahkan bawang putih, bawang besar, ketulan tuna dan krim masakan Prego Cendawan Pedas.
3. Tuang kuah ke atas spageti dan sudah boleh dimakan. Selamat menjamu selera...
Sumber: Majalah Wanita Februari 2009 (sedikit ubah suai pada sos)

Jangan Pandang Ringan Jika Anak Anda Kurang Zat Makanan (sambungan.....)

(gambar sekadar hiasan)

ANTARA FAKTOR KZM
Jarak usia di antara kakak dn adik yang terlalu dekat, turut mempengaruhi penyakit ini. Ibu bapa cenderung memberi perhatian yang lebih pada adik berbanding kakak mahupun abang. Ia secara tidak langsung, menyebab cotak pemakanan kakak atau abang tadi tidak terurus.
Kemiskinan - Dalam keadaan ekonmi keluarga yang berada di paras kemiskinan, agak sukar bagi ibu bapa untuk menyediakan makanan yang berzat, sesuai dengan keperluan dan perkembangan si kecil.
Waktu makan yang tidak menentu serta jenis makanan yang kurang mengandungi vitamin dan protein yang diperlukan menyebabkan perkembangan fizikal anak2 terbantut.
Lingkungan atau persekitaran tempat tinggal yang kurang bersih, sehingga anak2 mudah dijangkiti kuman dan mendapat penyakit berjangkit. Keadaan ini boleh menyebabkan anak2 mengalami kekurangan zat makanan.
Kurangnya pengetahuan ibu bapa mengenai zat dan pemakanan merupakan salah satu daripada faktornya. Justeru, ilmu keibubapaan perlulah merangkumi semua aspek termasuklah kesihatan dan pemakanan anak2. Satu fakta yang ibu perlu fahami ialah kurangnya zat makanan anak2 adalah berpunca daripada makanan.
PANDUAN UNTUK IBU BAPA
Apabila anak2 mendapat KZM, mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit lain dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Keadaan ini juga akan turut mempengaruhi perkembangan mental anak2 tersebut.
Ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini ataupun untuk pengetahun umum penjaga khususnya, mereka seharusnya meningkatkan pengetahuan mengenai permasalahan ini. Perlu peka dengan perkembangan fizikal dan mental anak2, sedar akan kekurangan yang berlaku pada di kecil anda yang mana dalam meniti usia yang masih muda, ada segelintir ibu baya tidak sedar dengan perkembangan tumbesaran anak2.
Justeru, tingkatkan ilmu keibubapaan bukan saja dalam satu aspek tertentu, malah perluaskan pengetahuan itu yang mencakupi semua perkara yang berkaitan dengan anak2. Jika mendapati si kecil anda mengalami simptom KZM, dapatkan bantuan mengenai pemakanan yang sewajarnya untuk anak daripada pakar pemakanan kanak2 ataupun berjumpa dengan doktor.
Dalam masa yang sama, anda haruslah memberi makanan yang sesuai dengan keperluan anak2. Bukan saja dari segi kuantiti makanan tersebut, malah perlu melihat juga pada kualitinya. Sebaik2nya, makanan itu mengandungi sumber vitamin seperti protein, karbohidrat, zat besi, mineral dan lain2. sentiasa amalkan minum susu untuk anak2 kerana sumber makanan itu sangat penting untuk perkembangan si manja.
KOMPONEN MAKANAN SIHAT
Kelompok Makanan
Protein diperlukan untuk pertumbuhan, pembaikan dan penggantian jaringan tubuh. Contoh makanan yang kaya dengan protein ialah daging, ikan, telur, keju dan produk susu. Serta makanan lain seperti kekacang.
Lemak juga merupakan sumber tenaga dan menghasilkan kalori lebih banyak daripada makanan lain. Makanan yang kaya dengan lemak datangnya daripada makanan jenis kekacang.
Serat adalah bahan yang tidak dapat dicernakan oleh sistem pencernaan. Ia tidak mengandungi zat ataupun energi tetapi bermanfaat untuk melancarkan proses pencernaan.
Vitamin adalah bahan kimia kompleks yang diperlukan tubuh dalam jumlah sedikit. Mineral dan garam2 diperlukan dalam jumlah sederhana. Termasuk di dalamnya zat besi, potasium, kalsium dan sodium.
Kalori membekalkan tenaga pada tubuh kita. Apabila individu itu mengambil lebih banyak kalori daripada keperluan tubuhnya, sisanya akan disimpan sebagai lemak.
Sumber: Majalah Wanita Februari 2009 (ruangan ibu & anak)

Thursday, April 23, 2009

Jangan Pandang Ringan Jika Anak Anda Kurang Zat Makanan



(gambar sekadar hiasan)

Sebagai ibu bapa, akan ada persoalan di dalam minda kita apabila melihat berat badan anak tidak menunjukkan peningkatan yang normal jika dibandingkan dengan anak2 lain.
Umum mengetahui akan kepentingan zat makanan terutamanya di kalangan kanak2 berusia enam tahun ke bawah. Pada usia itu, mereka sedang aktif mengalami proses tumbesaran, bukan saja membabitkan fizikal, malah ia turut melibatkan aspek mental.
Adakah kita sedar bahawa kemungkinan besar, anak2 tadi sebenarnya mengalami kekurangan zat makanan. Kekurangan zat makanan (KZM) adalah penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan antara kalori atau karbohodrat dengan keperluan tenaga atau dengan kata lain, kekurangan tenaga dan protein.
Apabila pengambilan makanan tidak seimbang dengan keperluan kalori, maka kebarangkalian untuk mendaoat KZM sangat tinggi.
Masalah KZM di Malaysia dikatakan masih di tahap memuaskan jika dibandingkan dengan negara2 membangun yang lain. Bagaimanapun dalam konteks sosial ekonomi Negara, masalah ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan implikasi bukan saja jangka pendek, malah turut melibatkan jangka masa panjang.
Lebih2 lagi dalam menuju sebuah negara maju, pastinya taraf dan pencapaian penduduk terutamanya dari segi kesihatan perlulah mencapai tahap yang baik dan konsisten.
Anak2 yang tergolong dalam KZM, tidak mampu mencapai tahap optia terutamanya dari fizikal, sosial, mental, intelektual dan kesannya kekal sepanjang hayat. Pada satu tahap, kurang jelas simptom atau gejala masalah KZM kerana ia adalah satu penyakit yang bersifat 'subclinical' atau tersembunyai; keadaan yang menunjukkan kanak2 itu kelihatan normal tetapi kirang mempunya daya tahanan terhadap penyakit, kurang aktif, letih, tidak bermaya dan kurang keupayaan untuk belajar.
Bagi senario di negara ini, pihak kerajaan mengatur strategi iaitu dengan memberi bantuan kepada kanak2 terpilih. Bantuan berbentuk makanan ini merupakan satu cara rawatan untuk memulihkan kes KZM yang teruk, di samping memberi rawatan untuk memulihkan penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan, jagaan kesihatan dan pengawasan secara rapi.
KURANG ZAT MAKANAN TERBAHAGI KEPADA TIGA PERINGKAT
Peringkat pertama dikenali sebagai kurang tenaga protein ringan. Pada tahap ini, belum dapat dikenakpasti tanda2 khusus. Berat badan anak2 hanya mencapai 80% daripada berat badan normal.
Peringkat kedua adalah kurang tenaga protein sederhana yang mana pada tahap ini, berat badan si kecil anda hanya mencapai 70% daripada berat badan normal. Terdapat tanda yang jelas boleh dilihat, misalnya wajah menjadi pucat dan warna rambut berubah menjadi agak kemerah-merahan.
Tahap ketiga ialah kurang tenaga protein berat dan is terbahagi kepada dua iaitu peringkat agak kurang, dikenali sebagai Marasmus dan Kwashiorkor merupakan peringkat yang teruk. Tanda Marasmus ialah berat badan hanya mencapai kira2 60% daripada berat badan normal dan Kwashiorkor pula mempunyai tanda yang jelas, seperti kaki mengalami pembengkakkan, rambut berwarna merah dan gugur, mata menjadi rabun, kornea mengalami kekeringan dan keradangan. Selain itu, terdapat juga gejala lain seperti mudah diserang penyakit lain; antaranya anamia atau kurang darah, infeksi, cirit-birit, kulit dan bibir mudah sensitif.
FAKTOR PENYEBAB
Panduan yang jelas bagi ibu bapa untuk melihat sama ada anak2 mereka mendapat KZM ialah dengan memerhatikan berat badan dan tinggi yang kurang normal daripada normal. Seandainya tinggi badan si manja tidak bertambah atau kurang daripada normal, itu menunjukkan bahawa anak anda mempunyai KZM.
sekian untuk kali ini. akan bersambung di lain entry kerana info ini belum tamat....
Sumber: Majalah Wanita Februari 2009 (ruangan ibu & anak)

Sweet memories...untuk tatapan kawan2

Tuk entry kali ni aku saje je tempek gambar2 aku ngan hubby dari majlis bertunang hinggalah majlis di Tanjung Malim pasai hari ni dua big boss kat opis aku tak de pasai pi book fair kat KL so aku pun maleh nak buat keje..hehe...jom layan gambar2nya:-


Dua keping gambar aku berbaju peach oren ni masa majlis bertunang pada 27 Ogos 2005 bersamaan hari sabtu....tak dapat nak letak banyak gambar pasai gambar dalam negatif...so maleh nak anta kedai tuk scan...make up tu buat kat kedai pengantin kat Bentong...aku pun tak ingat dah nama kedainya..sebelah bank kat traffic light kat pejabat pos (orang bentong tahulah kedai ni kat mana)...barang hantaran semua adik aku yang buat..aku beli je barang, adik aku tukang gubah pasai aku keje kat tg. malim, adik aku mengajar kat Karak masa tu...lagipun adik aku ni kreatif orangnya...hehe...so kawan2 cuba tengok size badan aku masa ni...kecik je kan?haha..sekarang ni baju bertunang ni langsung tak boleh nak pakai..huhu sayangnya lah...sekali je pakai....haaa masa ni memang aku tak bagi orang yang make up aku tu cukur kening aku...aku tak suka....


Yang berbaju hijau ni plak untuk majlis akad nikah pada 28 Januari 2006...akad nikah di masjid baru bentong...baju hijau ni plak...baju je aku muat pakai sebab buat besar sket tapi kainnya langsung tak boleh pakai dah....make up oleh Kak Yati, Eskay Tg. Malim.....


Yang ni majlis kenduri di umah aku selepas majlis akad nikah..nikah pagi so tengahari tu buat majlis kenduri lak..senang, sekali harung....baju ngan make up masih kak yati...jauh kak yati datang...sampai jugak dia ke Bentong...dan kalau nak tahu, inilah 1st time kening aku kena cukur..oppsss lupa nak bagitau sape fotographernya....fotographernya Fisol, cameraman UPSI..



haa yang berbaju purple ni plak majlisnya kat tg malim pada 5/2/2006..aku suka yang kat tg. malim ni pasai make up cantik....dari bentong sampailah ke tg. malim, pakaian dan make up semua Eskay punya...baju purple ni biras aku ngan MIL aku yang pilih...aku ok je pasai apa?bila dah tengok banyak sangat kat kedai tu...tak nampak dah mana satu yang paling cantik bajunya.lagipun baju yang aku ngan hubby aku pakai ni, kamilah orang pertama yang pakai sebab baju ni baru sampai kat kedai....inai kat jari aku tu mak aku yang buat cam tu...pasai zaman aku kawen mana ada dah orang buat cam tu...semua main lukis....photographer kat tg. malim plak ialah abang jamal..orangnya ok, peramah...abang jamal lah yang dok suruh aku posing, so aku selamba je lah, buat cam tak de orang tengok..haha

yang tengah touch up make aku ni lah kak yati...tuan punya eskay tg. malim...orangnya baik..peramah..tima kasih ya kak yati...
ni family belah aku..ramai lak yang tak bergambar hari tu....mak aku yang berbaju hijau bertudung biru...abah aku lak kat belakang mak aku...adik aku yang duk kat depan berbaju oren bertudung purple tu lah yang buatkan hantaran tuk aku....adik aku ni single lagi...cikgu kat skolah Kuala Repas Bentong (baru je dapat tukar dari Karak)..dulu adik aku ni student upsi (sblm aku masuk UPSI)...3 orang lagi adik aku tak de dlm gambar ni...yang pompuan bongsu tu rasanya time ni dia blaja kat UiTM Jengka..nak peksa, so dia dah balik ke jengka, yang lelaki bongsu kat luar umah gamaknya...adik aku yg. no. 4 tu lak tak ikut kami ke tg. malim...

ni family sebelah hubby aku lak...sedondon gitu....semua adik beradik hubby aku ada...lima beradik semuanya...yang duduk antara aku ngan hubby tu lah MIL aku...sebelah kiri aku, abang hubby ke-3, sebelah kiri hubby lak abang dia no. 2...depan hubby aku tu abang ipar dia, sebelahnya kakak hubby yang sulong..depan aku tu yang pompuan tu adik hubby aku yang bongsu..hubby aku anak no. 4...kirany manja jugak lah dengan mak ni.pasai apa? sebelum kawen, mana mak nak pergi, hubby aku yang bawa kan tapi sekarang abang dia yg. no. 3 tu yang selalu bawa mak pi mana2 sebab dah duk skali ngan mak pasai kami dah pindah umah selepas aku abis pantang last year....

Tuesday, April 21, 2009

Cuti hujung minggu, jln2 ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC KL

Ahad, 19/4/2009...aku ajak hubby pi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC...hubby ok je...dari tg. malim dalam kol 12 lebih...naik kete kelisa ku...dalam perjalanan e in tido sebab dah memang time tido dia...sampai kl dalam kul 1 lebih...mak eh..jem lak kat luar pwtc tu pasai kete parking kiri kanan..suka suka je nak parking kat mana..hubby masuk kat parkin pwtc, harap2 tempat OUM kosong tapi sebaik kami sampai parking penuh tapi hubby aku parking gak lah kat tepi at least tak mengganggu laluan..punya lah ramai orang kat pwtc tu...mak eh nak berjalan pun payah, nasib baik tak kuarkan stroller dari dlm kete kalau tak susah nak menolak stroller..so e in berdukung je lah ngan papa dia..hehe ...jom layan ok????

student UPSI buat show...alahai yang lelakinya lembut bukan main...



kat sini aku jumpa 2nd boss aku..dia tengah tunggu hubby dia..hehe..tak lama kat sini sebab nak bagi e in makan dulu so kami pun pi seberang jalan...singgah McD, beli bubur nasi untuk e in..
ini e in punya.Tak dapat pun nak makan dalam McD pasai orang sepenuh2nya...
ini papa punya
ini aku punya...spagetti black paper sos..sedap oooo....makan kat kyros kebab kat the mall...hubby aku selalu lah makan kat sini pasai opis dia kat tingkat 10 bangunan PWTC tu je...
turn hubby bagi e in makan lak..selalu aku je menyuapkan e in makan..
ni nak pi pesta buku semula tapi e in dah tak nak berdukung...dia nak berlepas..mana boleh ooo seramai2 umat manusia tu kang hilang pulak anak aku ni..
haha....last friday, aku dah punch in, malam tu hubby dah kata dia demam tapi aku buat dek je...pagi tu aku pi punch in, then pi pasar, pas tu pi beli rori telur tuk hubby..aku pun balik umah. Sampai umah aku pegang dahi hubby aku...mak oiii panasnya....aku dah msg officemate bagitau lambat sket tapi bila aku pegang dahi hubby aku tu panas sangat, aku tepon bagitau tak keje lah...kesian lak tak sampai hati nak tinggalkan hubby aku sorang2 kat umah..dah lah tak larat nak bangun...aku letak barang2 yg aku beli kat pasar td, aku makan....pas tu aku start menyapu, kemas umah sket...tukar baju...masak2 dalam kul 11 lebih aku mandi lagi sekali sebab nak pi ambik umat kat klinik ngan nak singgah opis jap...hubby aku lak tak mo bangun2..baring je so aku tinggalkan kejap kat umah sementara aku settlekan keje aku kat opis...dah siap keje kat opis, aku pun balik umah..laaaa tak bangun lagi..hmmmm...bising lah mulut aku soh hubby bangun mandi...maka ubat...adehhh cam budak2...tak jugak bangun...sampaikan aku bawa e in balik umah pun dok baring je lagi..tu pun hubby kata dia nak pi keje jugak...ehhhh...mana boleh, dah lah tak larat bangun, macam mana nak drive kan? eeee ngada2 lak...
Dah ada e in kat umah, apa lagi..berlari aje lah dia...heeee hubby aku akhirnya bangun gak dari tido...mandi, makan tengahari yang aku dah masak tadi tu...pas tu dia makan ubat....pas tu hubby aku tido, e in pun tido...aku pun tido..haha...
Dah petang baru lah ok sket hubby aku..e in lak selsema...aku siap2, ajak hubby pi klinik nak ambik ubat e in lak...so aku lah kena drive....ehhhh e in elok je duk diam ngan papa dia..kalau ngan aku tu...bukan nak dok diam...dah ambik ubat, singgah umah MIL aku, adik ipar aku yang hubbynya keje kat arab tu ada balik lah so lama lah kat situ...dalam kul 7.30 pm baru balik umah...
Esoknya sabtu hubby aku keje sebab jaga exam..tinggal lah aku ngan e in....aku buat kerabu ikan sardin dan daun selom..nanti len entry aku letak...ok?
Ahad....memandangkan hubby aku dah sihat sepenuhnya, aku ajak pi pesta buku....hehe pi kejap je...tak pegi pun kat bangunan satu lagi tu pasai dah penat dengan e in...e in lak sebab masa on the way tu dia tido dalam kete so matanya segar aje lah tapi time balik, masuk je dalam kete, terus tido pasai dah penat berlari....