ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, November 26, 2012

Orang baru....


Assalamualaikum semua.....Nama saya Megat Riffqie bin Edzri. Lahir pada 24hb. Ogos 2012 di Hopsital Permaisuri Raja Perempuan Bainun, Ipoh Perak dengan berat 4kg.... sekarang saya dah berusia 3 bulan.. mama pun dah start kerja....

Muahahahaaaaa... maaf lah semua,berkurun tak update blog..bermula dengan hujung bulan Julai 2012 terpaksa masuk wad...then terpaksa pulak berpindah ke Hospital Ipoh dek kerana ketiadaan doktor bius dan doktor pakar dek kerana nak Raya Puasa....sudahnya my encem boy ni lahir di Ipoh... alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana telah dikurniakan sepasang cahayamata....Kakak pun dah faham dengan situasi mama...kakak pun boleh diharap. Cuma kadang-kadang tu dia geram kat adik dia.... memang kena lepuk lah ngan aku....

ok lah nnti kita citer lagi ya.... bye bye

Wednesday, July 18, 2012

Bergerak-gerak....

Assalamualaikum semua...
hari ni dah masuk 8 hari laling outstation...
Esok balik....yeayyyyy
mudah-mudahan semuanya selamat....

Hari ni nak cerita pasal baby dalam perut ni
2 - 3 hari ni rasa sakit sangat perut sebelah kanan
petang semalam
masa duduk melayan si kakak tengok tv
aku pegang perut
then memang nampak perut tu bergerak-gerak......
huhu means baby duduknya di sebelah kanan perut ku
memang sakit sikit lah bila dia dah bergerak-gerak tu
maybe nak berpusing-pusing kan.....
this time, memang baby sangat aktif
masa mengandungkan E-in dulu
x lah aktif sangat cam ni
apa pun, Syukur Alhamdulillah
sebab baby aktif walau uri disahkan berada di bawah

Friday, July 13, 2012

Breakfast pagi ni......




Morning semua....
dah breakfast?
hari ni aku ambil kellogs corn flakes + full cream milk + milo less sugar
then tetiba tekak aku rasa tak sedap pulak......
huhu.....
Milo less sugar tu keluaran baru Nestle....

Mungkin sebab sejak mengandungkan anak kedua ni..
aku memang tak boleh minum susu yang plain
lain macam jekkk rasa tekak bila dah telah....
xpe jap lagi aku makan nasi lemak pulak....
huwaaa huwaaa banyaknya makan kan
ohhhhh untuk makluman, malam aku memang jarang makan
kalau makan pun aku makan biskut cicah air teh/milo
atau pun makan honey star + susu, kongsi ngan E-in...
hehe

Monday, July 9, 2012

Sangat aktif


Ouchhhh.....
hari ni baby dalam perut tersangatttttt lah aktif
dari hari-hari sebelumnya...
xtau kenapa......

Bsp............

Oppsssss.....
tu bukan tangan aku ya...
hari ni buat BSP kat Klinik Tg Malim
jap g kul 11.30am pun kena cucuk lagi
then sambung kul 5.30pm and last sekali kul 9.00pm

next Monday, check perut pulak

next Monday lagi iaitu pada 23 Julai pun
buat BSP lagi.....
tu dah 3 Ramadhan dah tu...

huhu..........25 Julai akan ke Klinik O & G Hospital Slim River
xpasti samaada that day akan terus kena masuk wad....
kalau masuk wad awal pun
aku tak kisah sebab dapatlah aku berehat kan....
xde lah nak kena banyak bergerak cam sekarang ni...
letih sangat.....
tapi dalam pada masa tu jugak
aku kesian kan si anak
yang manja sangat ngan aku tu....
mudah-mudahan Allah permudahkan semua urusan ku...

Busuk wehhhhh




Busukkkkkk
aku tension aihhhhh
tiap kali nak menyidai kain baju dan nak mengangkat kain baju
rasa cam aku duduk kat kampung pulak dah.......
mudah-mudahan kami sekeluarga di berikan kesihatan yang baik-baik
jauh dari sebarang penyakit.......

2 kali dah masuk panggung wayang...



Al kisah melayan si anak....
tapi bila dah besar ni je baru nak bawa E-in tengok wayang
semalam ke Klang....pi Bukit Raja
sampai pun dah kul 2 lebih....
memula darling beli tiket dulu
then baru pi makan McD

Owwwwhhh...
Madagascar tu kalau tak silap last 2 week tengok....
Ice Age 4 tu tengok semalam
mama walau tak larat, tetap ikut
mana leh tinggal sorang2 kat umah kan...
pas tu pi Dataran Petaling Jaya
ada pulak auto show...
waaa best-best
aku pun suka gak tengok kereta modified........

Friday, July 6, 2012

Sensitif sungguh....


Semenjak dua menjak ni
sejak perut aku dah semakin membesar ni
anak dara sorang ni
pantang kena marah ngan aku
sensitif bukan main
terus menangis tersedu-sedu
maunya aku tak marah
masuk je dalam kereta
selongkar beg atau beg plastik yang ada
then sepah-sepahkan dalam kereta
sudahnya aku marah lah
aku yang terboyot-boyot ni
nak kena kemas balik semua
sebab nak bawa masuk dalam rumah
kadang-kadang 3 sampai 4 kali berulang ke kereta
sebab nak memunggah barang
grrrrrrrrr............

itu belum lagi sepah dalam rumah
aduhai penat dan tak larat menguasai aku sekarang ni

Alahai sayang mama
kasihani lah mama yang dah tak larat ni....

Aduhai dah tak larat sangat dah....


Ya Allah
semalam kesudahannya
aku ambil off sebelah petang
dah tak tertanggung sakit rasanya
sakit punggung...sakit pinggang......
malam tadi..kaki sebelah kanan pulak yang krem
selalunya kaki kiri je yang krem
aduhai.......
sabar aje alah

Khas buat warga Tanjong Malim, Perak

Thursday, July 5, 2012

Mama jangan marah


Al-kisah si anak
tiap kali bila di suruh mandi
masuk aje dalam bilik air
main main main
bila aku bagi berus gigi suh gosok gigi pun boleh buat aku HOT
belum lagi nak jirus air kat badan ngan kepala tu
ada masa mandi air kolah je
tapi kalau cuaca sejuk dan aku rasa air dalam kolah tu sejuk
aku mandikan dengan air panas
nak disabunkan pun main main main dalam bilik air
sampai basah lah aku dibuatnya
bila aku MARAH....

E in akan cakap, "mama jangan marah..nnti mama jadi warna hijau......"
maksud Ein aku akan bertukar jadi cam Incredible Hulk...
hua hua hua
anak anak....dah besar ni...petah sungguh bercakap...

MAMA SAYANG KAKAK....muah muah

Wednesday, July 4, 2012

Bestnya lah...

Syoknya lah
kalau tiap-tiap malam dapat tidur lena cam baby ni
sejak perut semakin membesar ni
mengiring ke kiri pun tak boleh
mengiring ke kanan pun tak boleh
tak selesa sungguh
kalau terlentang je penat lah pulak...
kaki pulak kalau nak beralih-alih posisi
kena alih dengan perlahan-lahan dan berhati-hati
kalau tidak.....kremmmmm ooooo
pendek kata tiap malam sebenarnya tak pernah tidur pun...
jap-jap jaga...jap-jap jaga
bila pagi baru nak lena dah kena bangun pulak.....
huhu......

Terkini....

Malasnya nak update blog
hak hak
minggu ni kandungan dah masuk 31 minggu...
last week masa check up kat Klinik O & G Hospital Slim River
Doktor siap pesan next check up sila lah bawa beg pakaian siap2...

Ehhhh kenapa lah Doc tu cakap kat aku cam tu ehhhh????
actually ada masalah sikit ngan uri aku...
sama kes cam waktu aku mengandungkan E-in dulu
but this time Placenta Privea Type 3 pulak...
aduyaiiiii....
Doc cakap uri tu kalau naik pun, naik sikit je...tetap kena C-ZER

hmmm aku dah agak dah....
sekarang perut bahagian bawah memang terasa sakit
mungkin sebab tempat C-zer dulu tu yang menyebabkan aku terasa sakit
dan payah sangat nak bergerak....
kalau dah baring lak bila nak bangun tu...
Ya Allah..tuhan je lah yang tahu macam mana seksanya nak bangun...
kalau kat opis..bila duduk lama-lama sangat
mulalah punggung pun sakit..nak baring je rasanya...
buat kerja pun SLOW je skang ni....

Jadinya next check up kat Hospital Slim adalah pada 25/7/2012 means kalau keputusan scannya tetap sama....duduklah aku di wad untuk entah berapa lamanya...
kalau kes E-in dulu..3 minggu 3 hari aku duduk makan tido makan tido kat wad
but this time agak berbeza sket sebab dah ada anak yang besar sikit
hati risau nak meninggalkan E-in...
ya lah manja sangat ngan aku kan...bangun tido pun selalu nak mama je...
cam ne lah agaknya nanti bila aku tak ada tu ya....

Kalau kena c-zer...means awal lah aku bersalin....iaitu sebelum Raya Puasa 2012...
maknanya xdapat lah aku makan lemang ngan rendang tahun ni..
huwaaaaaa....pantang wehhhhh

Wednesday, June 6, 2012

27 minggu sudah......

Kat opis tengah black out ni
nak buat kerja pejabat...
apa pun tak nampak...
tadi tengah excited nk semak label barcode...
bila gelap je terus ilang semuanya...

sekejap je masa berlalu
dah masuk 27 minggu usia kandungan ku
nak bergerak pun dah rasa tak larat sangat
tapi ku gagahkan juga
ya lah....asben tak sama tempat kerja
jadi kena lah buat sendiri semuanya kan
tak larat pun tetap kena kuatkan semangat..
baby lak..aduiiii sangat lah aktif bergerak...
apa pun alhamdulillah...
mudah2an baby sihat

Monday, May 7, 2012

2 malam berturut-turut.....

 
E-in: mama janganlah nangis, E-in sayang mama
siap usap kepala aku lagi
siap kesatkan air mata aku lagi

agak-agak korang kenapa lah aku menangis ya?
2 malam berturut-turut aku menangis teresak-esak kat umah waktu malam
si anak pulak pandai sungguh memujuk aku
ya lah tiap kali si anak menangis
aku pujuk sambil peluk dan cium dia
jadi bila aku nangis, perkara yang sama dia buat kat aku
 
malam kedua aku menangis
encik asben sampai agak awal ke rumah
siap si anak berlari ke pintu memberitahu
"papa, mama nangis....tengok lah mama...E-in tak buat mama"
alahai....buat aku bertambah lah menangis
berkali-kali si anak memujuk aku

kenapa aku menangis?
sekuat mana pun aku, setabah mana pun aku
sesabar mana pun aku
selama 4 bulan lebih ni
aku cukup tertekan

ditambah dengan keadaan aku yang sedang mengandung ni
dah lah tiap kali check up ada je masalahnya kali ini
Ya Allah.... besar sungguh dugaan yang kau berikan kepada ku

Tuesday, April 17, 2012

Cantik warna merah......


Cantikkan proton baru ni
kalau tengok bahagian belakang, macam BMW pun ada.....

Wednesday, April 4, 2012

Sakit gigi .....

Assalamualaikum semua....adeiiii mengantuk sangat ni...malam tadi langsung tak boleh tido, kalau lelap pun kejap-kejap je.....sudahnya dari malam tadi aku nekad pagi ni nak pi klinik gigi...cabut aje terus gigi yang sakit tu...... la ni nak makan atau minum lah pulak tak boleh buat sementara waktu...huhu... 2 kali mengandung, 2 kali lah aku kena cabut gigi sebab sakit yang amat...

Thursday, March 29, 2012

Penat + letih + tension + dah tak larat

Assalamualaikum
hari ni kandungan dah masuk 17 minggu
dah hampir seminggu berdua je dengan E-in
membuatkan aku rasa dah penat + letih + tension + dah tak larat
nak melayan karenah anak yang seorang ini
Aduhai, Tuhan saje lah yang tahu
bagaimana keadaan dan situasi yang aku alami
dengan perut yang semakin membesar
dah tak mampu nak terkejar-kejar
itu belum lagi termasuk kain baju yang dah siap berbasuh dah kering
aku campak aje atas katil kat bilik tengah
semenjak mengandung, aku akui kerajinan aku untuk melipat kain baju langsung
dah terbang entah ke mana
apa lagi nak mengemas rumah
nak masak....pun dah tak ada hati nak memasak
andai berdua je dengan E-in di rumah
aku masak yang sempoi aje
selalunya lauk yang dimakan oleh anak ku means 1 lauk je lah aku masak
senangkan? sib baik E-in bab-bab lauk dia tak cerewet
cukup sekadar nasi + ikan goreng berlada atau ayam goreng berlada
air...cukup sekadar air kosong tapi mesti mau yang sejuk

Cuma aku tak tahan nak melayan karenah si E-in apa bila waktu pagi + tengahari + petang dan malam
selalu juga menyebabkan aku naik angin
aduhai..maaf kan mama ya sayang, mama penat sangat
hilang segala kesabaran aku

Apa pun aku bersyukur kerana di kurniakan seorang anak yang bijak + petah dan pintar juga yang memahami (kdg2 tu nak kena ikut cakap dia je)
Dlm minggu ini ketika menemankan E-in sebentar di dalam kelasnya
dek kerana kwn2 yg lain belum sampai hingga beberapa hari menyebabkan
E-in meminta aku menunggunya di kelas
hinggakan terpaksa aku tinggalkan dia dengan Cikgu Laili
(owhh ya sekarang ni bila kena tinggal tu (kdg2 la) air mata je bergenang...suara dah tak kedengaran lagi)
sempat aku bertanya hal2 berkaitan E-in
Cikgu Laili memberitahu, Ezureen belajar pandai + aktif di dalam kelasnya
Alhamdulillah....mungkin sebab aku dah biasakan E-in dengan buku dan pensil + pensil warna sejak dari kecil hingga lah sekarang
dia cepat belajar
walaupun pada permulaan persekolahan tidak mahu ke sekolah dan menyebabkan banyak yang tertinggal
sekarang pun kalau sebelah petang sampai je di rumah
mula2 yang di carinya adalah buku dan peralatan menulis/mewarna
sampailah dah malam waktu maghrib pun macam tu
sampai kan aku tak terlayan
ya lah, kita sebagai isteri dan ibu, kan banyak kerja nak kena buat bila sampai ke rumah, apa pun aku ajarkan juga sekejap-sekejap apa yang hendak di buatnya...

owwhhh ya..aku juga tidak membiasakan anak bermain seorang diri di dalam kawasan pagar rumah apabila sampai ke rumah...lagipun E in jarang nak main kat kawasan parking kereta...biasanya dia akan masuk sekali dengan aku ke dalam rumah dan mulalah mencari apa2 yang patut di buatnya

Huuuuu lambatnya esok @ Jumaat.....Jumaat bertemu Jumaat...cepat lah masa berlalu....dah tak larat dah....

Monday, March 12, 2012

14 minggu sudah....


Assalamualikum semua..... hari ni pagi-pagi aku dah terpacak kat klinik sebab ada monthly check up.... E-in pulak pagi2 masa aku tengah menggosok baju tu dia pun tetiba datang je kat aku.... hua hua hua ya lah malam tadi tidonya awal and mamanya pun terpaksa jugak tido awal menemankan E-in so pagi ni si E-in segar sesangatlah matanya....siap mandi bagai kat umah then aku hantar pi skul...pas punch card, aku makan sket then terus pi klinik...
sekejap je kan dah masuk 14 minggu...muntah pagi + malam masih ada...tak larat dah rasanya....+ perut yang sakit. Tanya nurse tadi dia cakap sebab perut nak menegang...that's why ada rasa sakit sedikit. Dulu masa mengandungkan E-in xde pulak aku rasa sakit macam ni... and bila timbang...ohoooo berat naik 2kg dalam masa sebulan... hak hak


Walaupun aku muntah-muntah tapi aku tetap makan malah terlebih makan... itu pasal berat aku naik mendadak dan pengambilan air gula aku telah dipercepatkan kepada hari Jumaat ini daripada tarikh asalnya sepatutnya bulan April nanti... Aku bila mengandung kalau makan memang tak hengat dunia...kalau tak mengandung, aku DIET tak hengat dunia pulak kan.... hua hua hua.... itu pasal lah E in masa lahir dulu pun besar iaitu 3.65kg...mana taknya mamanya asik makan makan makan....

Wednesday, March 7, 2012

Feberet E-in

Memula sekali, cam besa lah aku nak minta maaf sebab blog tak berupdate. Malas sangat, tak tau nape. Mungkin juga dengan keadaan aku yang masih lagi tak berapa sihat ni...dah masuk 3 bulan tapi muntah-muntah masih ada...pagi muntah air, malam muntah makanan. Aduhai sabar aje lah. Campur ngan melayan karenah anak yang kejap ok kejap tak ok... ada masa nak pi sekolah, ada masa xmo pi dan terpaksa anta ke skul (taska). Ok aku layan kan aje tapi kalau tak mo pi sekolah harus lah bgtau kat mamanya yang tak berapa sihat ni dari rumah lagi... cam semalam, dah sampai sekolah pastu tak mau masuk dalam kelas, terpaksa lah aku hantar pi skul pulak... kan aku dah kena patah belakang balik tu.... nak marah-marah sangat kat anak pun tak boleh juga...nama pun budak walau terkadang tu hilang KESABARAN aku..... tapi walau aku dah marah anak, kemudiannya aku akan peluk dan terangkan pada anak kenapa mamanya marah... mungkin sebab itu walaupun aku agak GARANG tapi E-in tetap manja dan sayang lebih kat aku...haha. Bila aku tanya, E-in sayang mama tak? Mama sayanggggg E-in... E-in akan anggukkan kepala...sayang banyak ke sikit? aku tanya lagi. Banyak lah mama...huhu sungguh terharu aku dibuatnya.

Hak hak..ampun, cerita dah lari dari tajuk... Ni ha, lately ni E-in suka sangat makan ikan goreng. Ikan goreng semata-mata ngan nasi. Xde letak kicap ok. Tapi nasi tak kering sebab aku lebihkan sikit minyak menggoreng tu bila angkat ikan. Maknanya aku akan letak sikit minyak atas nasi dan gaul.... Pastu bukan dia nak sikit-sikit ikan tu tiap kali masuk dlm mulut..mesti nak banyak.... jadinya aku selalu jugaklah beli ikan...tak kisah ikan apa..size besar sket.. mula-mula goreng sampai garing (dah tentulah dah gaul ngan kunyit + garam)....then angkat.. tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah di hiris nipis + sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam... goreng hingga bawang sedikit garing dan masukkan ikan....balik-balik kan dan angkat.... Heee senangkan anak aku makan.... tak banyak karenah. Sib baik tak ikut cam papa dia yang tak makan seafood, kalau tak haru aku dibuatnya... hua hua hua....

Tuesday, February 21, 2012

Dah baca Harian Matero hari ini???

BERLAGAK SUCI..... Ya Allah...mudahnya manusia zaman sekarang... dah lah meragut pastu siap anta sms minta maaf..... pada mereka yang suka membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah tu.... ingat-ingatlah....hari ini kita buat pada orang lain.....satu hari nnti kejadian yang sama akan berlaku pada diri kita sendiri......Usaha lah sikit kalau nak duit..jangan cari jalan mudah je.....Dan peringatan juga untuk mereka di luar sana khususnya wanita yang menunggang motorsikal...TOLONG LAH JANGAN LETAK HANDBAG ANDA DALAM RAGA MOTORSIKAL.....beringat sebelum kena....r

Walau tak nak ke sekolah tapi aku kena usaha....

Dah 4 hari termasuk hari ini aku hantar E-in ke taska (skul).....sebenarnya perkara ni dah lama terpikir di fikiran ku...walaupun buku latihan tetap ku belikan tapi hari ini aku berusaha juga mencari tulisan putus-putus di internet untuk memudahkan aku menyediakan nota pembelajaran buat puteri kesayangan ku..... xpe....kat rumah pun aku tetap ajar E-in menulis + membaca + mengira dan mewarna......dan hasilnya hari ini dengan bantuan officemate aku yang berjaya menolong mendownloadkan huruf titik-titik/putus untuk aku.....mekaseh banyak2 ya Fazli.... sebab dah banyak tolong akak.....

Alhamdulillah.....dah siap pun beberapa naskah buku nota pembelajaran untuk E-in dan aku akan search lagi di internet bahan-bahan yang sesuai untu pembelajaran E-in..

Oh ya...ini lah link yang ku dapat di internet (http://www.ceritarasahati2.com) sekiranya korang rasa apa-apa info kat situ yang sesuai untuk korang semua jadikan bahan rujukan......

Wednesday, February 15, 2012

Tak sihat.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman ku...... 1st nak minta maaf sebab lately dah xde story baru kat blog aku nie.... aku tak berapa sihat... kandungan pun dah nak masuk 11 minggu... tapi perut dah membuncit dan nampak.... huhu.... ya lah kulit perut tebal + perut pun memang dah sedia buncit kan so bila baru 2 bulan lebih perut aku dah nampak tu yang semua orang nampak pelik... it's normal bagi aku sebab masa aku mengandungkan E-in dulu pun cam tu gak... bila kandungan masuk 3/4 months kalau tak silap, aku dah mula pakai baju mengandung sebab baju-baju kurung semua memang dah ketat jadinya untuk aku merasa selesa, aku pakai je baju mengandung cepat2.... xde masalah kan? Lagipun korang tengok lah size badan aku size apa..... betul tak? bukannya badan aku size S/M..... bila mengandung memang aku akan bertambah-tambah gemukksss.... walaupun xde selera makan dan muntah2 tapi aku tetap jugak makan... xpe nnti pas habis pantang aku DIET semula.... azam kali ni nak lebih kurus dari yang aku pernah alami sebelum mengandung....


Dan alhamdulillah juga my little princess dah mula seronok nak ke sekolah...pagi hantar dah xde nangis...sebabnya aku dah tukar tempat transit dia.... balik semula ke taska lama... huhu xpe lah aku bersusah sikit janji anak dah tak menangis kan..... cuma tengahari memang tak leh lambat sikit aku sampai kat tadika..ala bukan lambat pun, kul 12 aku dah terpacak kat tadika...bila tak nampak muka aku dia boleh nangis lak... tu kes semalam lah tu.....jenuh gak hari2 pesan jangan nangis...kan mama janji nak ambik...kalau mama lambat sket, E in tunggu je...mama mesti datang punya... huhu...haru haru.....opsss tak tau kenapa lately E in tersangat manja ngan aku... kalau aku tak sihat pun, tetap nak aku yang mandikan + hantar dia pi tadika.... tak nak papa yang mandikan + hantar pi tadika..... xpe untuk anak aku gagahkan diri ku walau aku sendiri tak sihat.....

Wednesday, January 11, 2012

Geram.....sabar lah duhai hati...

Aku sayang sangat kat budak ni
Dah masuk tadika
pagi2 suka buat aku kalut
budak ni pun dah terlebih manja lak ngan aku
malam tadi kena marah ngan aku sebab buat sepah
terus nangis minta di pujuk
kalau papa marah pun mama jugak yang pujuk
bila dah beriya nangis kena marah tu
kenalah ambik dan pujuk
terus aku bawa masuk bilik
tepuk2 dan terus zzzzz sekali ngan aku
huahuahuaaaa

gambar masa family day hari tu
mandi swimming pool tengah panas
dah lah kulit tu gelap
bertambah2 gelap
siap berbelang2 lagi
huhu

Tuesday, January 10, 2012

Menangis tak mahu ditinggalkan.....

Assalamualaikum semua.....huuuu actually mata aku mengantuk sangat ni menulis nombor sampai dah nak pejam rasanya...so kita rehat kejap sambil update blog....

Sana sini orang duk post citer anak masuk tadika lah..anak masuk sekolah darjah 1 lah..... anak aku???? Tahun ni dah masuk Tadika UPSI.....kalau ikut kiraan bulan baru 4 tahun 1bulan 2ohari pada 4 Januari 2012....ya lah lahir hujung2 tahun kan....tapi sekolah tetap kena pergi.

4 Januari 2012 - 1st day sekolah
Pagi2 kul 7 dah bangun...alhamdulillah senang bangun selepas dikejutkan dan aku lak cuti hari tu. Hantar kat tadika pun ok tak de masalah....so aku tinggalkan dia disitu. Kul 12 t/hari aku datang tengok sbb nak tengok mudah2an E in dapat membiasakan diri untuk kelas transit. Lepas lunch.....aku pun ikut dia naik ke tingkat atas tapi E in berhenti kat luar pintu....haiyakkkk ini budak xmo masuk maaa.... sudahnya sampai menangis teresak2 jadi aku pun tak sampai hati lah pulak bila tengok dah beriya sangat menangisnya tu kan...sekeras-keras hati aku..... bila tengok anak menangis, confirm aku kalah...hahahhaaaa

Sudahnya aku bawa balik walaupun Dr Mahani kata tak apa, biarkan aje....tapi aku???? owhhh tidak...kesian kat anak.... memula aku tukarkan baju E in, suh dia baring tapi dia tetap nangis.... waaaaa...jadi apa lagi aku pun kemas apa yang patut...bawa dia masuk dalam kereta. Masuk je dalam kereta, terus zzzzzzzzz....hehe

5 Januari 2012- 2nd day sekolah
Aku sorang je hantar.....dari malam lagi dah cakap esok tak nak pi sekolah tapi aku pujuk jugak... ok bgn pagi agak susah...nak mandi pun susah.....buat aku sedikit HOT.... dah siap semua, aku angkat bawa masuk lam kete..... dalam kete aku pujuk lagi..... dah sampai UPSI, dia boleh tak nak turun dari kereta....hayooooo..... aku terus telefon taska lama E in tuk letakkan dia kat situ. Sampai kat taska, menangis juga tak nak tinggal sudahnya aku hantar ke rumah MIL aku.... habis cerita... ya lah sebab aku dah keje hari Khamis tu...

Lunch time aku jenguk E in kat umah MIL...ayoooo main aje....then aku balik ke opis.

Petang after office hour, terus laju ke rumah mil... aduyaiiii dari tadi tak tido2 + tak mandi2... sabar aje lah...... Sampai rumah minta susu terus zzzzzz sampai pagi esok.....

6 Januari 2012 - 3rd day sekolah
Bangun pagi kul 7..... aku ngan hubby laling kena hantar, tak leh lain2 kereta...hadoiiii... sampi tadika, memula aku layankan jugak dalam kelas tu..then bila dia ralik main jigsaw puzzle...terus kami tinggalkan dia.... huhu...dalam hati aku, kompom bila tak nampak aku ni dia meraung sekuat hati.......

12 noon Mil tepon bgtau E in nangis beriya masa nak pi transit.... aku cakap, xpe biar dia belajar... tapi lepas letak tepon aku lak yang beriya menangis bila teringat anak macam tu.

Petang aku kuar awal dari opis ke tadika, nak bayar yuran transit + tengok E in. Sesampai kat tadika...ok je...memula aku tanya pengasuh kat situ...dorang kata..ala biasalah budak nangis,,, kejap je pun nangisnya tadi....dipujuk2 ok lah dia..... lepas bayar yuran transit... aku cari E in yang duduk dalam kumpulan sedang melakukan aktiviti sebelah petang bersama pelajar-pelajar UPSI. Bila aku panggil tu dia diam je....bila dah cukup kul 5pm...aku naik atas bik barang2 E in dan aku biarkan dia main jongkang jongkit kat bawah di bawah pengawasan pelajar UPSI yang belum balik tu.....

Masa masuk dalam kete...E in tanya, nape mama tak tunggu E in????? jawapan aku...BOSS mama panggil...huhu terpaksa bohong kalau tak camne ehhh????huhu

Sabtu kat rumah je sebab laling kerja....

Ahad ke Tesco Rawang saje bw E in jln2....

Isnin 9 Januari 2012
Sebab dah 2 hari cuti, hari ini senang nak bangun pagi...nak pergi sekolah tapi mesti mama ngan papa hantar. Siap suh aku tunggu dia lagi kat tadika...huhu. Dah sampai tadika...ok masuk dalam kelas dengan aku aku sekali belajar....lama jugak aku kat situ.....then aku bagi alasan nak pi toliet, papa tunggu kat luar...ok terus kami cabut.......haaaa kompom nangis bila tak nampak aku tu...

9hb juga ada PERISTIWA di UPSI....sebab seorang...susah kami semua...dengan JALAN banyak di tutup.... kalau staf dari luar nak masuk dalam kawasan kampus, memang tak lepas nak bw masuk kereta jadinya dorang semua parking kat luar, jalan kaki masuk dalam kawasan kampus.. huuuu menyusahkan orang betul!!!!!

Selasa 10 Januari 2012
Pagi aku nak kuar punch card, E in dengan tak mandinya ikut sekali. Balik kerumah, nak mandi pun susah..sampai basah lah baju kurung aku memandikan E in.....huuu sabar sabar.

Hari ni pergi asing2...sampai kat tadika, turunkan semua barang...anta barang kat bilik transit then turun balik masuk kelas E in..... mungkin dia tak mamanya ada taktik nak tinggalkan dia jadinya dia berkepit je ngan aku hari ni......oh ya, pakai diapers hari ni pegi tadika...huhu... uniform sekolah tak nak pakai...pakai t shirt je beberapa hari ni....ok lah daripada tak nak pergi sekolah langsung kan...ikutkan aje.....

Nak keluar dari kelas tu agak susah sket bila dah berkepit je ngan aku tu kan tapi aku berjaya jugak melarikan diri dan sebaik aku keluar je dari bangunan tadika tu aku dengar suara E in yang kuat tu bertanyakan mana mama sambil menangis.... ayooooo...what to do ya?

Kawan-kawan.... ada pengalaman macam aku tak? Aku memang dah tekad tahun ni untuk lebih banyak bersabar sekiranya anak tak nak ke sekolah...jangan marah sebaliknya kita pujuk dia tapi ada masanya aku fed up juga...susah benar nak tinggal kat tadika..... kawan2 ramai....kawan2 masa di taska pun ada yang satu kelas dengan E in tapi aku tak tahu kenapa E in tak boleh ditinggalkan dengan begitu senang macam budak2 lain....HELP me...... kalau lah aku tak kerja...duk rumah je kan senang...ni anak meragam lagi....kerja kat opis lagi....adeiiiiii