ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, October 29, 2009

Alhamdulillah.....

Syukur alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu E in meragam bila hendak dihantar ke taska, tetiba pagi ni mood dia ok je....nak plak nek kete aku....kalau tak tu..nak nek kete papa....aku tukang bawa barang...hehe...apa pun aku bersyukur sangat dengan mood E in untuk hari ni dan mudah-mudahan esok dan seterusnya pun ok je....itupun tadi aku bawa pi opis dulu, punch card then bawa pi beli nasi lemak....baru lerrr aku hantar pi taska....dengan plastik bungkusan nasi lemak di tangan E in...nak plak dia berdukung ngan pengasuh kat taska tu tadi....cuma semalam petang masa aku ambik tu...ada calar kat dua belah pipi E in....pengasuh kata E in buat sendiri....bagitau hubby laling....dia tak percaya...hmmmm ntah lah..berpuluh kali dia tanya kat aku nape ngan pipi anak tu..sape buat? adehhh.....tadi pagi aku tanya lagi kat pengasuh...dia kata memang E in yang buat sendiri calar kat muka dia tu.....mmmmm tak pe lah..mungkin agaknya masa dia mengamuk semalam tu...dia sendiri yang mencalarkan mukanya......

Wednesday, October 28, 2009

Tips mengenai kitaran haid dan waktu subur wanita

Assalamualaikum semua..

Kali ni aku nak berkongsi maklumat dengan korang semua....info aku dapat dari internet.....Kepada Encik Blog PakarHowTo..radiah mintak izin tempek maklumat ni kat blog radiah ekk...boleh berkongsi maklumat dengan kawan2 di luar sana......jom layannnnnn.....

Baik lah kawan2 semua..hari ini saya nak berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betui. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama:-
1. Untuk memudahkan mednapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-14
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogon meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu ini lah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteining Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
***(14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. JAdi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. sekiranya periodnya tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi diklinik2 di Kuala Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tiak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah wajtu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Tuesday, October 27, 2009

No mood.......

GERAM.....SAKIT HATI.....SEDIH.......
-
-
-
-
-
-
MALAS DAH.....THAT'S WHY LERRRR AKU JADI BARAN.......

Wednesday, October 21, 2009

Boleh kerrrr????

Semalam aku timbang berat.....ehhh turun lagi...sebelum ni berat aku 72kg....semalam jarum tunjuk ke angka 67kg...yahoo...sukanya aku......setelah puas aku berdiet ni ha...bulan posa pun aku tak jamah nasi.....dan aku bertekad untuk sampai ke 50kg ...dan kalau terdaya lagi akan meneruskan sehingga 45kg...hehe.....jom layan gambar aku masa aku kurus......
tahun 2006...time honeymoon....

tahun 2004....masa ni rasanya berat aku dalam 50kg camtu....baju ni memang dah tak muat langsung tapi aku masih simpan lagi....

tahun 2005...masa bertunang...kalau boleh nak sampai aku boleh sarung balik baju ini....

Demam lagi....


Semalam, aku cuti lagi...E in demam lagi....kul 3.00 pagi badan E in panas je aku rasa masa dia bangun minta susu tu....aku just sapu air kat kepala dan lap ngan kain basah kat tapak kaki E in...ok lah sket...pas tu bila aku bangun kul 6 pagi semalam....masa aku tengah mandi..aku dengar suara E in nangis2 mencari aku.....aku kuar je dari bilik air terus dia minta dukung...aku ambik, dukung dan pujuk E in..aku rasa panas betul badan anak aku...aku pun apa lah lagi..ambik air...panaskan kepala E in..itu pun dia tak bagi bila aku nak tempek cool fever kat dahi dia.....pas tu asik nak berkepit je ngan aku udahnya aku msg boss dan opismate bagitau aku cuti sebab E in tak nak berlekang pun dari aku....udahnya semalam bila ngan aku tu...5 kali lah mandinya....alhamdulillah kurang sket panas badannya....hari ni dapat lah aku keje...badan E in pun dedar je..dan aku bekalkan dengan ubat demam skali tadi.....

hari ni aku bz sket ok..nak settlekan Purchase Order untuk payment.......nak sediakan Purschase Order dan nak update fail meja.....

Monday, October 19, 2009

Jom makan......

Sabtu baru ni hubby laling tak keje..ya lah cuti Deepavali kan???jadinya aku pun malas nak masak....hehe...pagi tu aku dah bagi E in breakfast, pastu hubby laling bawa E in pi makan roti canai kat kedai mamak plak.......E in suka sangat lerrr dapat berjalan......then untuk lunch tengahari, aku ajak hubby laling pi kfc tapinya bila sampai kat sana, mak ehhh ramainya orang beratur...jadi aku malas lah nak makan kat kfc..pastu hubby laling ajak pi Secret Recipe...aku pun apa lah lagi..yahoo.......tapikan.....aku tak ambik lerrr makanan yang kami order....gambar E in adalah ni ha...orang tengok menu..dia pun nak tengok menu gak......layannzzzz......





Mengantuk sangat......

Ini cerita E in jumaat yang lalu....petang pas ambik E in dari taska aku singgah beli donut untuk E in...makannya sket je selebihnya asik kedepan kebelakang masa aku tengah drive...tak mo duk diam langsung...dah sampai umah..main dulu pastu aku mandikan...bagi makan siap2 pas tu tetiba je dalam kul 6 lebih tu dia nek atas kusi....masa tu aku tengok syok melayan cerita apa aaa kat tv????lupa lah....then aku tengok E in dah terlentok2 atas kusi tu..aku pujuk masuk buai tak nak so aku biarkan aje dia tido dulu..jap-jap lagi leh pindahkan E in masuk buai...hasilnya....jom layan E in tido....bermula dengan gambar yang last skali tu ya...sampai lerr matanya tertutup rapat..kesian anak aku..mengantuk sangat........



Friday, October 16, 2009

Menangis teresak-esak.....


Semalam...aku tak keje lagi.....pagi semalam.....masa aku nak kuar dari umah, E in nangis je sampai teresak2 sampaikan tak mo masuk dalam kete...sebenarnya E in pun tak berapa sihat....aku pujuk2 nak lah jugak dia masuk dalam kete sambil aku baringkan seat kete aku tuk E in minum susu....pas tu masa dah sampai kat taska, aku bawa masuk E in dulu...aku baringkan atas tilam dalam bilik taska dia...adoii dia bantai lerrr nangis lagi sampai tak mo lepaskan aku..pas tu aku tinggalkan lah kejap sebab nak memunggah beg dan bakul susunya dari dalam kete ke dalam taska...udah nangis tu aku matikanlah enjin kete ku..ingatkan kejap je rupanya sampai kul 8 lebih aku duk memujuk e in..last-last aku decide aku cuti je lah hari tu...kesian plak bila nengok E in menangis sampai teresak-esak tu....hmmm...terpaksa lah aku memunggah balik barang2 E in masuk kete...pas tu aku bawa lah E in pi beli kuih...

Bila dah sampai umah..ehhhhh elok plak si E in..suka je dia....hmmmm....agaknya badan tak berapa sihat, pas tu pengasuh yang biasa ngan E in tu dah berenti sebab sambung belajar..agaknya dia terasa kehilangan....sebab ada jugak bila dia buka majalah Ma & Pa ruangan gambar ibu dan baby yang lepas bersalin tu..dia duk sebut nama pengasuh dia tu....huhu anak aku rindu gamaknya kat pengasuh dia sampai demam...

Apa pun sebab semalam ngan aku kat umah jadinya aku pastikan dia makan ubat ikut waktunya......so....kesihatan agak baik lah hari ini.....sib baik hari ni nak pi school.....tapi nek kete papa...hehe...sampai 2 kete skali mengantar e in pi taska.....

Tuesday, October 13, 2009

Ayam masak lada hitam + pucuk gajus.....

ni menu yang aku masak hari ahad hari tu....resipi???aku refer dari buku Kak Hanielieza......daun kat bawah ni plak....korang penah tengok ke?makan? penah tak?try lah..memang sedap youuu....ni namanya pucuk gajus.....aku dan hubby laling memang hantu ulam...so makan dengan ayam masak lada hitam pun sedapppp.....tak yah banyak2 lauknya....lagipun cam besa....aku ngan hubbby laling je yang makan....

Tak de bahan.....

Sorry lah kawan2 semua.....aku dah tak de bahan nak buat cerita...kwang kwang kwang..ada masanya aku dah ketandusan cerita....jadinya...sebab tak nak korang semua tertanya2..aku tempek lah gambar2 E in dan aku...jadi lah....sana sini orang dok citer pi open house...aku dapat gak jemputan tapinya mana dapat nak pi...hubby laling aku keje...susah nak bawa E in..bukannya dia nak duk diam dalam kereta....jadinya untuk keselamatan anak...aku duk umah aje lah.....jom layanzzzz gambar terbaru E in dan aku...
E in bila umur dah semakin membesar ni...nak bergambar pun susah...hmmmmm...
rambut cam besa...tak kasi aku ikat....tu menan kat belakang tu..udah patah kakinya dikerjakan dek E in....huwaaaa..mahal tau aku beli...walau pun tak sampai RM 100.00 regenya tapi dah dekat lah jugak....
aktiviti menconteng bersama papa..papa tak nampak dalam gambar....papan putih ni aku beli kat Cosway...guna kupon..aku perabihkan kupon tahun 2006..banyak maaa..apa mau beli???hehe....

tuan punya blog plak nak enteprem....jangan marah aaaa....lama dah tak de gambar aku.....ada nampak sket tak perubahan pada muka aku yang dah tak bolattt itu????sila abaikan eye bag bawah mata aku itu ya.....memang tak penah cukup tido pun...E in tido lasak kemain jadinya aku tak penah tido nyenyak..jap-jap jaga jap-jap jaga... kalau aku tak pakai krim kat muka..lagi lerrr nampak eye bag itu......

Thursday, October 1, 2009

Honey Apple3

Assalamualaikum semua....korang penah dengar ke tak pasal Honey Apple3 ni? Aku? biasa dengar....dan tergerak di hati aku untuk mencuba minuman ini....oh ya.....bukan setakat untuk menguruskan badan ya tuan-tuan dan puan-puan...aku ni bila tengok slogannya yang bertulis 'Sedap Sihat Segar' Nak Kurus Tak semestinya mahalll!!!! mula lah aku nak try.....ni pun setelah aku melayan portal UPSI, ada student masuk iklan ni kat ruangan forum..tu pun setelah berminggu dok pokir nak beli ke idak....akhirnya aku ambik keputusan nak mencuba....cuba selagi boleh...hehe...terul betul aku kan? ya lah aku kan duk opis..bila masanya aku nak exercise? asik duduk je membesarkan punggung..hahaha...dulu zaman bujang aku aktif main netball...posisi C pulak tu..tu pasai lerr aku sekeping aje....lemak tak sempat nak landing dah terbakar....alasan....alasan ke??? bila ah ada anak ni...aktiviti waktu petang dah tak leh nak beriya sangat....dulu masa tak de anak lagi aku join juga aerobick..main netball...skang ni mana ada dah...

Apa yang aku melalut-lalut ni?????Jom aku terangkan fungsi Honey Apple3

Sedap Sihat Segar

Nak Kurus Tak Semestinya Mahal!! (harga sekotak baru RM 38.00) dan ada 24 sachet

Fungsi:-

1. Kurus dengan sihat

2. Detoksifikasi

3. Menghilangkan lemak

4. Membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan

5. Melawaskan pembuangan air kecil dan besar

6. Melembapkan dan mengencangkan kulit

7. Meningkatkan kecergasan

8. Menghilangkan stress dan membantu tidur lebih nyenyak

Ok kawan2....diminum 2 kali sehari sebelum makan, maknanya sekotak boleh minum tuk 12 hari....kalau beli 3 kotak pun tak sampai RM 200.00....aku penah minum Herbalife.....keputusan memang memberangsangkan tapi bila tak ambil....badan naik mendadak....ya lah bila tak minum Herbalife....makan 3 kali sehari....Insya Allah yang ini, sebab harga murah, aku rasa aku boleh amalkan di samping aku minum JMD......Insya Allah....USAHA TANGGA KEJAYAAN.....nak kurus...kena belanja lebih sket buat orang cam aku yang tak dapat nak pi exercise ni..hehe

Aku dalam di lema.....

Hmmmm...malam tadi, sesampainya hubby laling aku ke umah kami iaitu selepas dia menyinggah umah maknya....hubby laling bagitau ada perkara nak bincang....aku cakap pi mandi lah dulu...sesudah mandi dan sebagainya..hubby laling bagitau, next year, dia kena pindah opis ke Shah Alam atau PJ sebab opis OUM di tingkat 10 bangunan PWTC tu nak tutup..kalau tak silap aku, OUM dah beli bangunan sendiri...jadinya memang kena pindah lah dah....

Cam besa lah..bila dah macam tu mula lah hubby laling cakap nak beli motor..aku cakap tak yah lah..bawa je la kelisa tu...hubby laling kata...banyak duit habis nanti.....Pas tu aku suggest lah..abang duk lah menyewa kat sana nanti tiap2 minggu balik lah....dia kata tak mo..nanti rindu kat aku ngan anak...pulak.....hmmmm...last2 aku pikir...baik aku cari keje kat IPTA lain di area KL dan Shah Alam..hubby laling kata ok jugak...

Mmmmmm....maknanya aku kena start rajin membelek surat khabar lah pulak lepas ni....tapi..aku kan dah beli umah kat Tanjong Malim ni...ni yang aku berat hati ni.....sebab sekiranya aku dapat kerja kat KL atau Shah Alam, mudah lah hubby nak pi keje.....ya lah selama ni kan aku yang jaga makan dan pakainya..boleh ke nanti dia sorang2 tu????

So, aku nak tanya pendapat korang semua..apa harus aku buat? Cari keje di IPTA lain dan berenti dari UPSI? atau stay keje di UPSI?

Jom kita masak udang masam manis pulakkkk....

Jangan meleleh air liur udah lah ya bila korang semua tengok dan baca N3 aku kali ni...dah lama rasanya tak masak udang....ya lah hubby laling mana makan seafood jadinya aku pun malas nak masak.....ekceli, udang masam manis ni masa bulan posa hari tu pun aku ada masak, tapi that day aku guna udang galah yang aku beli kat TF..tapi sebab semalam aku masak udang masam manis ni, tak de lah aku dapat udang galah...jangan tak percaya..aku sorang je meratah udang ni..ntah bape ekor ntah..banyak lah jugak...haha..abis dah tak makan nasi...apa pun, jom layan resipi Udang Masam Manis yang aku ambil dari buku Senangnya Memasak.....Makanan Laut hasil Kak Hanielieza.....
Bahan A

- 5 ekor udang besar (udang harimau)
- 1 labu bawang besar (di hiris)
- 1 biji tomato (di potong 4)
- 5 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa


Bahan b (bagi menumis)
- Dihiris

- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 tangkai cili merah
- 1 tangkai cili hijau


Cara Membuatnya:-
1. Gaulkan udang dengan garam dan gorengkan. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi.
3. Masukkan udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kemusian kacau rata.
4. Tutup api dan hidangkan.

********senangkan?????....cuba lah...nyum nyum...