ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, March 26, 2009

Nasi goreng sempoiiii.......


nasi goreng ni aku masak petang semalam, lepaih balik kerja petang...nasi dah masak tengahari masa aku balik ke rumah.....nasi goreng ni memang aku buat tak pedas langsung sebab nak bagi e in makan jugak nasi goreng ni...aku lak malas nak asing2kan pedas dengan tak pedas...bila hubby aku balik dari keje...dia pun makan...dia tak kisah pun..pedas ke tak....sebenarnya selalu jugak aku buat nasi goreng ni kat umah...ini aje lah yang paling senang dan cepat sebab e in dah pandai mengusik memacam menda kat dapur skang ni so aku kenalah utamakan keselamatan anak aku...kalau aku masak masakan yang remeh2 kang...udahnya aku asik nak marah e in je...ya lah..budak kecik kan?semua menda dia nak usik dan pegang....so, jom layan resepinya.....

bahannya:
isi ayam
bawang merah
ikan bilis
telur
sayur campur
marjerin
garam

cara2 memasak:
1. bawang merah dan ikan bilis ditumbuk supaya ikan bilis hancur (basuh lah bersih2 dulu ya?).
2.panaskan kuali dan masukkan marjerin...aku guna yang kurang masin.
3.masukkan sayur campur dan isi ayam ke dalam kuali dan biar sebentar supaya ayam masak.
4.bila ayam dah masak...masukkan pula bawang dan ikan bilis yang telah ditumbuk hancur tadi...biar masak sebentar...
5.lepas tu masukkan telur dan kacau rata....
6.masukkan garam dan rasa...
7.masukkan nasi, kacau sebentar dan sudah boleh di hidang.....

Tuesday, March 24, 2009

E in dan putingnya....

haa...ni aku nak citer alkisah anak aku yang sorang ni...e in kalau nak tido...tak dak puting dalam mulut...tak dapat tido lah jawabnya......

Malam tadi, hubby aku bawa aku ngan e in pi pekan tanjung malim...saje nak cari baju/seluar tuk e in pasai this weekend kami nak pi Tanjung Bungah Beach Resort...family day perpustakaan tuanku bainun...padahal aku rasa e in baju ngan seluar dia ada lagi yang boleh pakai...saje je hubby aku nak beli jugak so aku pun ikut je....sampai kat 'pekan', kedai baby world tu tutup lak...iskkkk...bila time aku datang malam dia tutup lak....hubby aku kata tak pe...jom pi kedai baby kiko tue....masuk je kedai aku nampak suar jean baru tergantung...pilih2 aku pun ambik sehelai je lah...harga dah lah mahal...nanti pakainya kejap je.....time kami keluar dari kedai baby kiko tu...anak aku dah menjeling kat mainan yang bunyi2 kat luat kedai tu...aku panggil neno neno...hahahah.....hubby aku laju je melintas jalan pasai kalau kami bagi e in naik neno neno tu jawapnya tak nak turun dan tak dapat balik lah...itu pun dia dah menjerit2 dalam kete...sabau aje lah wehhh...penat aku di buatnya....masa dalam kete tu aku sumbat lah puting baru dalam mulut e in tapi dia tak nak pasai lain patternnya...aduhhhh....puting lama tu pasai dah koyak sket so memang dah tak boleh bagi e in.....tapi aku sumbat jugak lah dalam mulut dia....hahaha....dah sampai umah....nak tido, dia dok cari puting lamanya tu....tapi aku bagi puting baru tu...kejap je dalam mulut dia pas tu ntah kemana dah peginya puting baru tu...

pagi ni e in cari lagi puting lama dia yang dah rosak tue...sebenarnya aku tak buang lagi...ada aku simpan.....then aku hantar e in pi taska...cam biasala nangis lah bila nak kena tinggal tue.....

pagi ni ujan lebat lak....dalam kul spuluh lebih sket aku drive pi billion pasai aku kena gantikan puting e in yang dah rosak tu dengan yang baru dan mesti sama patternnya dengan puting yang dah rosak tue...karang tak dapat tido plak anak dara aku nih....memula aku bawa balik umah dulu, rendam dalam air panas then baru aku hantar ke taska...masa aku sampai kat taska tu aku tak nampak pulak anak aku...aku intai ke dalam sket rupanya tengah makan...aku tak pi dekat pun takut bila dia nampak aku datang, dia nak ikut aku balik pulak....tapi yang aku herannya elok je dia duk diam-diam bila 'opah' bagi makan...pasai apa? kat umah kalau nak bagi e in makan, kena sediakan satu mangkuk kosong ngan sudu tuk dia main baru senang aku nak bagi makan...adehhhh...e in...e in...

betullah kata orang...anak ni bila dengan orang lain dia tak banyak ragam tapi bila dengan mama & papanya...macam-macam ragam....nanti lah aku post picas puting e in tu.....cerita ni saje je...pasai aku maleh nak buat keje kat opis...hahahah

Monday, March 23, 2009

Pregnancy and delivery tag

gambar ni diambil pada 9/12/2007...masa aku balik berpantang kat umah parents aku di Bentong, e in tak sampai sebulan pun usia dia lagi....pipi e in memang chubby dari dia lahir lagi ya.....

Huuuu...tag kali ni pasai pregnancy & delivery...actually aku dah dapat tag ni dari lily azliyana @ mama zara sebelum Koalajepong...memandangkan dah 2 orang yang tag aku pasai citer nih...so aku kena lah buat...tak kan nak hampa kan permintaan kawan2 kan.....so kengkawan...jom layan citer aku ni ek.....


1. Was your first pregnancy planned?
of course lah…pasai one year after married aku tak ngandung2 lagi…orang asik tanya je…boring tul…tu pun ‘ngandung’ pasai masa aku demam aku pi Klinik Syifa…aku siap tanya lagi kat Doktor Aszeri..kah kah kah…

2. What was your second choice name for your site gender name?
Tak de pun…

3. What were your reactions?
Uikkk…suka tak terhingga hingga tak percaya…kah kah kah…mana taknya....sebelum tu aku sibuk bertugas sebagai penyambut tetamu sempena konvo UPSI bulan Mac 2007...aku ni dah lah aktif...kotak kertas A4 yang ada 5 rim kertas didalamnya pun aku angkat sorang2.....dah rezeki kan?????

4. How old were you?
32 yrs old

5. How did you find out you were pregnant?
Aku buat pregnancy test sendiri pasai period dah lewat 2 minggu. Aku ajak hubby pi farmasi beli pregnancy test, pagi2 esoknya aku test…yahoo..positif….tapi hubby aku tak percaya...so malam aku ajak pi test sekali lagi kat Klinik Syifa dan doktor cina tu mengesahkan yang aku dah mengandung 16 minggu masa tu...

6. Who did you tell first?
Of course my beloved hubby
7. Did you want to find out the sex?
Sure….tapi tiap kali pi scan….Doktor Ramesh kata ‘tak nampak’…adeh sampai lah aku nak beranak asik tak nampak je…Sebenarnya aku tak kisah pun boy or girl....

8. Due date?
1 Disember 2007

9. Did you have morning sickness?
Rasanya aku tak de morning sickness…tapi masa aku tak tahu yang aku tengah mengandung…aku memang tak boleh telan air Nescafe…minum je aku muntah…bila dapat tau aku ngandung, terus tak minum Nescafe…pas tu aku start minum peel fresh orange ngan susu strawberry

10. What did you crave?
Memula aku nak makan belimbing besi…beli kat Jusco Bukit Raja kalau tak silap aku….haha….pastu bila malam je aku nak makan bihun sup sayur….haaa…terpaksa lah hubby aku beli bihun sup sayur tuk aku ni haaaa hari-hari....aku ni plak memang gila makan sayur...kalau makan nasi...aku mesti nak ada sayur...

11. What was your first child's sex?
Girl

12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
Masa belum ngandung, berat aku dalam 60kg je cam tu….pastu semakin naik dan semakin naik…last masa check up kat Hospital Slim River, berat aku dah mencecah 80kg…mak oiii….sabar je lah…mana taknya sepanjang mengandung aku memang berselera betul makan…tak kisah dah…yang penting aku makan tuk anak aku sekali...haha

13. Did you have any complications during your pregnancy?
Aku cuma ada masalah pada kandungan dan juga kedudukan uri aku yang berada di bawah…menurut doctor, uri aku type 4, iaitu placenta privea type 4…uri menutup terus laluan untuk baby keluar…then baby lak melintang…memang baby tak dapat pusing langsung sebab uri kat bawah tu….
Bila kandungan semakin membesar, aku tido tak boleh mengiring ke kiri sebab sakit sangat...macam ada mencucuk-cucuk je…. Masa kandungan aku masuk minggu ke 34, aku kena warded kat Hospital Slim River sampai aku bersalin dan aku memang dah diberitahu yang aku tak boleh bersalin normal...so aku redha je....

Pastu udah lah kandungan gula dalam darah aku tinggi masa first check kat klinik kesihatan tajung malim, langsung tiap-tiap bulan kena ambik darah....sebenarnya sekali tu je...lepas tu dah ok dah sebab aku pun pagi2 breakfast ngan milo o ngan biskut / roti je

14. Where did you give birth?
Hospital Slim River, Perak

15. How many hours were you in labor?
Lama…aku ditolak masuk ke bilik pembedahan dalam kul 12 tengahari..dah start posa dari jam 6 pagi tue...memula dorang pasang2 wayar kat badan aku...lepaih tu cucuk tiub dalam kerongkong aku....tak lama pas tu aku dah tak sedar dah....baby keluar pukul 1.26 tengahari....tapi aku masih kat dalam dewan bedah lagi...kalau tak silap dalam pukul 2 petang lebih baru aku keluar dari dewan bedah..itu pun aku mamai lagi dik ubat yang menidurkan aku tu....

16. Who drove you to the hospital?
Hubby dan mother in law

17. Who watched you giver birth?
Doktor pakar bedah, doktor pakar bius dan assistant doctor. Di dalam dewan bedah, hubby tidak dibenarkan masuk...

18. Was it natural or c-section?
C-section

19. Did you take medicine to ease the pain?
Ambik…ubat penahan sakit tapi aku tak rasa pun keberkesanannya ubat tue…so aku kuatkan semangat je...

20. How much did your child weigh?
3.65kg- besarkan anak aku?pasai masa aku kena warded 3 minggu tue...keje aku hari2 makan...tido...makan...tido...

21.When was your child actually born?
14 November 2007

22. What did you name him/her?
Puteri Ezureen binti Edzri

23. How old is your first born today?
1 Years 4 months 9 days

24. Would you do it again?
Waaa….aku dah fobia nak beranak pasai banyak masalah masa ngandungkan e in…takutnya aku…..betul...aku tak tipu...sampai aku cakap kat hubby cukuplah sorang ni je anak kita...

So, aku tagged kengkawan aku plak:-
1. Cintamanisz Lite
2. Ayousha
3. Kak Tun Boxhouse

Thursday, March 19, 2009

Happy 3rd Birthday Nur Aqilah Qistina (Part 2)

inilah birthday girlnya....Nur Aqilah Qistina

nilah MIL aku....Puan Hajah Asiah......



inilah abang ipar aku, babah kepada birthday girl







ni anak aku lak nak potong kek...hehe
e in dan papa

Masa biras aku minta aku orderkan kek ngan Kak Tun Boxhouse...dia bagitau kek tu tuk makan2 famili je..tak buat birthday party pun...tetapi bila malam tadi aku pi umah MIL aku...masa hubby aku parking kete, aku peliklah juga bila kat tempat parking kete tu ada student UPSI...bila aku masuk dalam umah MIL aku, dah terbau nasi lemak yang MIL aku masak dan aku tengok ada lagi student UPSI dalam umah...rupanya abang ipar aku yang berkerja sebagai lecture di UPSI telah menjemput anak muridnya ke rumah MIL aku tuk buat besday party kecil-kecilan tuk anak pompuannya...terkejut aku...hahah pasai aku bagitau kat Kak Tun Boxhouse tak de wat party pun....and kakak ipar aku yang duk kat KL pun ada balik...so, jom kita layannzzzz.....

Happy 3rd Birthday...Nur Aqilah Qistina (Part 1)

dalam kotak lagi...
dah keluar dari kotak...




Semalam....18/3/2009...genap 3 tahun umur anak sedara ku...Nur Aqilah Qistina diberi nama...kalau aku tak silap 2 minggu lepas aku dah bagitau ngan Kak Tun Boxhouse aku nak kek barbie...ni pun pasai biras aku yang soh aku tolong orderkan kek besday tuk anak dia...dan semalam....aduhhh...cantek bangat kek nya....so, jom kita layan gambar kek nya dulu k? tak de cerita sangat pasai aku pun penat lagi dek bertugas sebagai penyambut tetamu sempena konvokesyen UPSI ke -11 pada 16-18 Mac....
Buat Kak Tun Boxhouse...terima kasih kak...cantik kek nya.....menepati citarasa besday girl dan mamanya....

Wednesday, March 11, 2009

Disney + Anakku Suit For My Little Princess






ni aksi e in masa aku baru parking kete..



Last week 2/3/09...aku pi jenjalan kat http://anjungmiszmaz.blogspot.com/ ....ada lak baju sepasang2 yang cute di mata ku...aku ni macam biasalah kan bila tengok menda2 yang murah ni....so aku pun book ngan maz disney + anakku suit yang regenya RM 10.00 sepasang...aku beli 2 pasang tuk anak aku....size 3y...ok lah kan? kang aku beli size 2y kang kejap je anak aku boleh pakai...ha yang ni boleh pakai lama sket....

3/3/09 aku bank in duitnya dan aku bagitau kat maz...maz cakap, thursday (5/3/09) baru dia pos barangnya...semalam aku terima bungkusan dari maz...lambat lah sket pasai isnin coti maulidur rasul kan? dapat je bungkusannya aku pun tangkaplah picasnya....petang balik umah aku suh suami aku pakaikan baju yang wana biru tu pasal baju yang e in pakai masa aku bik dia dari taska dah basah kena air yang dia minum...tak lak aku snap picasnya...lupa lah plak...haha...jom kita layannnzzzz.......

Tuesday, March 10, 2009

9/3/2009@Cuti Maulidur Rasul - jln2 ke Sunway Piramid




































Semalam, cuti Maulidur Rasul...so adik aku yang study kat UPM tu ada datang umah hari sabtu tu...then semalam kena lah hantar dia balik ke UPM....bertolak dari tg. malim dah kul 2 pm sebab hujan je....pas makan kat umah MIL...kami pun bergerak.....plan memang nak ke Sunway Piramid pasai aku pun dah lama benor tak jenjalan kat situ...asik lalu je...hahah....
Princess aku lak sepanjang perjalanan tak nak tido, tadi kat umah tido pun kejap dan sekali je...aku ingatkan dia nak lah tido bila dah bergerak ni tapi matanya tak mo pejam je...asik nak main je...sampai kat Sunway Piramid....adussss sebab hari cuti..mencari parkingnya berpusing-pusing....penuh aje...susah benorrr...kalau aku tahu..tak lah aku datang sini....baik aku pi Bukit Raja...senang....

Apa pun kami dapat gak parking...dekat ngan entrance lak tu...pusing-pusing.....punyalah besar sampai penat berjalan...nak mencari fast food nya kedai pun berpusing-pusing...last-last sampai lah jugak kat pizza hut...huuu feberet aku ni, lama dah nak makan baru ni dapat makan pizza..
So, hubby aku pun order makan...kami pun duduk lah...memula e in elok je...aku pun bagi dia makan roti...elok lagi lah ragam dia..tak lama pas tu dia nak main ngan pinggan kaca tu...so takkan lah aku nak bagi kan? Kang pecah lak...e in apa lah lagi...sakan lah mengangisnya...nak tido pun ya....nak main ngan pinggan kaca tu pun ya...aku cuba bawa dia kuar dari pizza hut tu tapi dia punya menjerit...aduhai...satu level tu boleh dengar suara dia...then hubby aku pun ambik dia bawa pusing kat level tu...diam lah jap...aku pun cepat makan ngan adik aku...pas tu hubby bayar then kami pun keluar...actually aku nak cari hadiah kawen tuk officemate tapi sebab e in asik menjerit je tak dapat langsung...aku naik segan lak orang tengok anak aku manangis menjerit-jerit...huuuu e in, e in...tadi mama soh tido e in tak mo tido...so cam gini lah jadinya...melawan mata yang dah mengantuk....mengamuk sakan e in ya....

Apa barang pun tak dapat beli....aku pun dah penat ngan e in, so aku ajak lah hubby balik pasai nak anta adik aku ke UPM lagi....masuk je dalam kete...setengah jam pas tu... e in pun tido...haaa kan....ngantuk punya pasai....adussss...ini lah dugaan namanya....masa sampai kat UPM tu e in terjaga jap...main-main dalam kete pastu dia tido semula sampailah ke Tanjung Malim tidonya sampai pagi ini, jam 6 pagi dia dah bangun pasai tido dah lama...awal pulak dia bangun, sib baik hubby aku coti hari ni, so dia tengok-tengokkan e in kejap sementara aku bersiap nak pi keje lak....