ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, February 21, 2011

Dah sihat dah...

la ni dah sihat dah...jom layan gambar E-in...

makan2 kat Dapur Siam...selalu papa tak work on Monday, so ptg pas aku blk keje...dapat lerrr ke sini makan2...tempat feberet aku...

budak ni cam besa lah...dah besar dah tapi asik nak duduk kat dalam baby seat tu....

cuba perhati kat muka E-in betul2 ya.....time ni sebulan selepas kena chicken pox.....parut masih nampak....

Masa tak sihat.....

Assalamualaikum semua...ni N3 saje2 je ni....saje nak tempek gambar E-in masa dia kena chicken pox tahun lepas.....sebabnya aku guna hpon lama aku ni...so dapat ler aku transfer gambar2 kat dlm tepon ni ke pc aku...hehe
12/10/2010 - ingatkan kena ulser sebab tak lalu nak makan, minum pun tak mo......sampai demam..rupa2nya....
-
-
-
-

nampak tak??????

bawah leher

kat badan....
-
-
-
-
sudahnya 4 hari aku tak kerja.......sian busyuk mama nie.....

Saya mungkin ada ketumbuhan........sambungan

Bagaimana saya tahu bahawa saya menghidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa uijian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termsauk ujian radiologi seperto mamogram atau XRay payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah menyedut keluar secair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum. Doktor pakar mungkin akan melakukan satu pembedahan kecil yang dipanggil 'biopsi' di mana tisu dari ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Is merupakan perkara yang biasa, kalulah anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda mengalami walaupun diagnosanya bukanlah barah/kanser.

Apakah rawatannya?
Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit/

"Rawatan" tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu.

Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi paluang payudara anda berehat.

Rumusan
Kelainan payudara yang tidak merbahaya adalah merupakan keadaan bukan kanser payudara yang paling kerap. Ia menyebabkan payudara berasa sakit atau terasa sakit bila disentuh. Kelainannya boleh berubah-ubah dari bulan ke bulan kerana keadaannya dipengaruhi oleh perubahan kadar hormon wanita.

Ia biasanya dikesan semasa payudara diperiksa sendiri dan kemudian dipastikan dengan ujian perubatan. Kita bernasib baik kerana keadaan atau simptom ini boleh dihilangkan ataupun dikurangi dengan rawatan doktor. Kesakitan boleh hilang ataupun dilegakan.

Kalau ketulan cecair yang terdapat di payudara anda tidak mempunyai simptom dan anda tidak terasa apa-apa kesakitan, kemungkinan besar, ini tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan semula pada waktu yang ditetapkan oleh doktor anda.

Jadi jika anda ragu-ragu samaada anda menghidapi keadaan ini, sila berjumpa doktor anda. Bertanyalah tentang rawatan dan ubat yang boleh membantu. Walaubagaimanapun, bertenang. Anda akan rasa lebih selesa apabila mengetahui bahawa ini adalah keadaan yang tidak merbahayakan. Anda tidak keseorangan keraa agak ramai wanita juga mempunyai kelainan payudara yang tidak merbahaya ini!

AMBIL PERHATIAN

Kelainan Payudara selalunya bukan kerana kanser. Namun begitu......

...sekiranya anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian payudara anda, janganlah berlengah. Berjumpalah dengan pengamal perubatan dengan seberapa cepat yang mungkin.

Wednesday, February 9, 2011

Saya mungkin ada ketumbuhan........

Saya mungkin ada ketumbuhan payudara ataupun adakah ini tekstur semulajadi?


Apabila seseorang mengatakan terdapat gumpalan untuk sesuatu yang dirasai, anda akan terus berfikir terdapar sesuatu ketumbuhan yang menyebabkannya. Begitu juga dengan payudara kita.

Tetapi, anda perlu tahu tekstur payudara mungkin tidak rata dan terasa seperti terdapat banyak gumpalan di dalamnya. Ini boleh terjadi walaupun sebenarnya tidak terdapat apa-apa ketumbuhan di dalam. Kenyataan ini perlu diingati supaya kita tidak terasa cemas setiap kali kita melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Anda juga perlu berbincang lebih mengenai sesuatu ketumbuhan yang doktor anda telah terjumpa. Adakah ketumbuhan betul-betul boleh dirasai dengan jari ataupun hanya boleh dilihat melalui kaedah pengimejan ultrasound atau mamogram yang mungkin terasa tidak berguna malakukan PSP kerana anda tidak pandai mengesan ketumbuhan tersebut! Sebenarnya, ketumbuhan tersebut memang tidak boleh dirasai.

Setiap orang patut mengenali saiz, bentuk, kekentalan/tekstur, kulit, puting dan lain-lain ciri payudara anda tersendiri. Dengan cara ini, anda dapat mengesan perubahan pada payudara anda dengan lebih keyakinan.


Apakah yang menentukan sesuatu ketumbuhan boleh dirasai atau tidak?
1. Saiz, bentuk (bulat, bujur, leper) dan kekentalan ketumbuhan tersebut
2. Kekentalan/kepadatan tisu payudara di sekeliling ketumbuhan tersebut
3. Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit


Saiz, bentuk dan kekentalan Ketumbuhan
Lebih besar sesuatu ketumbuhan, lebih senang dirasai. Bentuk juga boleh menentukan adakah sesuatu ketumbuhan boleh dirasai. Bentuk yang lebih leper serta lembut akan terasa seperti tisu payudara sekelilingnya, manaka bentuk yang lebih bulat lebih senang dirasai. Sesuatu ketumbuhan yang menyebabkan reaksi tisu disekelilingnya juga akan terasa lebih besar.



Kekentalan ataupun tekstur payudara di sekeliling ketumbuhan
Pengesanan sesuatu ketumbuhan juga akan bergantung kepada keadaan tisu payudara di sekelilingnya. Kalau ketumbuhan dan tekstur payudara di sekelilingnya mempunyai kekentalan yang sama, kita tidak akan dapat mengesannya dengan PSP.

Ketumbuhan yang lebih keras daripada tisu di sekelilingnya akan senang dirasai. Kalau sesuatu ketumbuhan itu lembut, anda mungkin teringat tisu payudara yang biasa di sebelahnya adalah 'ketulan'!


Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit payudara
Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit payudara akan menentukan adakah ketumbuhan tersebut senang dikesan dengan PSP ataupun oleh pemeriksaan doktor anda. Ketumbuhan yang lebih dekat dengan tulang rusuk ataupun di 'pendalaman' tisu payudara lebih susah dikesan.


Rumusan
Dalam praktis dan keadaan semulajadi, pengesanan sesuatu ketumbuhan dengan pemeriksaan payudara dengan jari/tangan bergantung kepada semua fakta yang tersebut di atas.

Mujurnya, hari ini terdapat pemeriksaan pengimejan ultarsound resolusi tinggi di mana keraguan mengenai kewujudan ketulan ataupun tekstur bergumpalam boleh disiasat dengan teliti.

Pemeriksaan ultrasound yang berfokus adalah sangat berguna untuk memastikan adakah sesuatu yang anda rasai adalah ketumbuhan ataupun tekstur yang tidak rata.

Harap ingat, ultrasound bukanlah pemeriksaan saringan untuk kanser payudara, terutamanya untuk mereka yang sudah memcecah umur 40 tahun. Ia merupakan pemeriksaan 'complementary' untuk mamogram. Untuk mereka yang muda lagi, ultrasound berguna untuk situasi tertentu, seperti yang tersebut di atas.


Kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign breast conditions)
Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom tersebut...

Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang 'keras' di payudara anda?

Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?

Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?

Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikut kitaran haid?

Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?

Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda ' ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign atau sistik mastitis kronic).


Payudara anda

Payudara adalah kelenjar yang terdiri daripada banyak saluran (ducts) yang dikelilingi oleh lobus (lobes) tisu-tisu kelenjar dan lemak. Peranan utamanya ialah membuat dan mengeluarkan susu. Payudara dipengaruhi oleh hormon seks wanita dikeluarkan oleh ovari. Hormon-hormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan berubah mengikut kitaran haid dan juga keadaan mengandung.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.


Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!


Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah 'penyekit' bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbulkan sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.


Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).

bersambung.........


Monday, February 7, 2011

Tips mengatasi masalah perut buncit

Sumber: http://dafa.wordpress.com/

Aduhh!!! Perut sudah buncit...dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali t-shirt labuh atau apa saja pakaian yang bersaiz XL atay lebih teruk XXL. Kalau pakai jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yang tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fubgsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin..Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.
Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna uang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ekstra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangu penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi ubat-ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Hindari Sembelit
Sembeli didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikir dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Resipi puding roti pelangi

Atas permintaan kawan2......
Bahan A
1 paket agar-agar
2 senduk gula (leh kurangkan kalau xmo manis)
Air
Bahan B
6 keping roti (gardenia/high 5/ikut suka) - dipotong kecil2 supaya cepat hancur
4 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Esin vanilla
- kesemua bahan ini diblend hingga semua sebati
Bahan C
3 pewarna - ikut suka nak warna apa
Cara2 membuatnya:-
1. Masak agar-agar bersama gula dan air di atas api perlahan. Pastikan air setakar terendam agar2 (kalau banyak air takut nanti puding lembik dan warna pelangi tak menjadi).
2. Kisarkan bahan2 B.
3. Apabila agar-agar telah larut, masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk agar2 tadi dan kacau hingga mendidih. Tapis ketika masih panas dan bahagikan adunan ke dalam 4 mangkuk.
4. 1 adunan biarkan warna asal dan 3 mangkuk yang lain tu masukkan pewarna mengikut kesukaan anda. Kacau adunan supaya warna sekata.
5. Sediakan acuan/loyang.
6. Sendukkan aduan warna asal ke tengah acuan/loyang diikuti dengan warna kedua, ketiga dan keempat. Di ulang hingga adunan habis secara berselang seli. (tuang adunan berselang seli di tengah2 acuan/loyang untuk mendapatkan warna pelangi).
7. Sejukkan di dalam peti sejuk dan apabila puding telah keras...boleh lah ngapppp.

Majlis pertunangan sepupu

Tarikh: 5/2/2011
Lokasi, Raub Pahang (perumahan bsebelahan Sek. Men. Sains Tg. Abdullah, Raub)
aku rasmikan pelamin dulu...kekekeke

bersama E-in, adik aku, dua org sepupu aku....yg belah kanan tu ada kembarnya..yg ni kak ngah, yang bertunang on that day adalah kak long.....

E-in melanyak pelamin...

kami pulak......

dengan kak long yang bertunang pada hari tersebut.....

rombongan dari pihak lelaki yang datang dari Johor....

hantaran kedua belah pihak

E-in ngan sepupunya Adam

anak daraku menawaf ruang tamu......

Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang

Memula tu aku tempek gambar kek dulu ehhh....uuu nyum nyum.....hubby laling beli masa birthday aku hari tu...tapi yang banyak makannya si E-in...ni lerrr kek feberet E-in...kalau bawa pi Secret Recipe...mesti minta kek ni......sekali makan bukan sket2...2 slice skali makan...adeiii. Sudahnya beberapa hari E-in sembelit....haha...terus aku pesan kay hubby laling, len kali tak yah lerr beli besar sebiji cam ni...beli yang dah potong pun ok...memang lerr anak suka makan tapi sudahnya?????haaaaa......sian kat anak

yeee haaa....budak kecik ni mmg suka sesangat lerrr kalau dapat main air......citer hari khamis last week, lepas tapaw kat McD Genting Sempah...tak leh nak makan kat McD sbb orang ramai sgt, jadinya singgah kat Lentang....dah siap makan bagai....E-in laju je nak ke sungai sudahnya papa lerr kena layan...mama? ampun...aku tak kan masuk dlm air punya......jadinya aku jadi penonton aje lerrr....



apa yang orang lain buat..itulah yang E-in ikut........

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year



'Happy Chinese New Year' buat teman2 berbangsa Cina yang akan menyambutnya esok....
Hari ni aku keje lagi.....Insya Allah esok akan blk kampung..ya lah cuti sampai ahad...lagipun dah lama tak blk kampung kan......malam ni kompem lah tak leh tidur...huhuuuu dengar bunyi mercun tum tam tum tam kat umah.....