ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, September 29, 2009

Jamu Mak Dara

Istimewa Jamu Mak Dara
Jamu Mak Dara bukan saje boleh membuatkan seseorang itu menambah berat badan tetapi juga boleh menjadikan mereka kurus dan langsing. Jika anda inginkan berat badan yang ideal, ikuti cara minum Jamu Mak Dara sebagai panduan.
KURUS- makan jamu sebelum sarapan pagi. Untuk minum Jamu Mak Dara (serbuk) letakkan satu sudu makan jamu dibancuh bersama setengah cawan air panas. Disamping itu sediakan segelas air suam. Bila air jamu dah suam bolehlah diminum sambil tangan kiri mengampu kedua-dua belah payu dara. Selepas itu minum segelas air suam. Selesai minum air suam barulah lepaskan tangan yang mengampu payu dara tadi. Amalkan minum air jamu ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
MENAMBAH BERAT- Untuk menambah berat badan, air jamu ini hendaklah diminum selepas sarapan. Ia juga perlu diamalkan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Untuk minum Jamu MAk Dara letakkan satu sudu makan jamu dibancuh bersama dengan setengah cawan air panas. Disamping itu sediakan segelas air suam. Bila air jamu dah suam bolehlah diminum sambil tangan belah kiri mengampu kedua-dua payu dara. Lepas minum jamu bolehlah minum segelas air suam tersebut. Habis minum air suam barulah lepaskan tangan yang mengampu payu dara tadi. Amalkan minum air jamu ini dua kali sehari pagi dan petang. Secara tidak langsung ia membantu menegangkan payu dara.
BUANG LEMAK & TOKSIK- Selain buang lemak dan toksik jamu ini juga mampu membuang angin, mengetatkan fungsi rahim, memberi tenaga, mengatasi masalah keputihan dan berbau. Cara minum jamu ini seperti untuk kurus diminum sebelum sarapan pagi.
*****kalau tak lalu nak minum Jamu Mak Dara serbuk, boleh lah ambil yang dalam bentuk kapsul....


Monday, September 28, 2009

Aksi anak dara tecitku sepanjang aidilfitri 2009

19/9/2009 - dalam perjalanan balik ke Bentong...duk mengunyah vitamin...sampai 6 biji dikunyahnya..sudahnya seminggu aku tak bagi makan vitamin..hehe

The Store Vega Mall.....mainan yang wajib naik..tak dapat naik...satu bangunan leh dengar suara E in...


Pagi raya..E in meragam tak mo bergambar...tengoklah tudung aku yang tak match ngan baju..huwaaa...tak pe..nanti aku cari lain...

(atas & bawah)2nd hari raya..baru balik dari TF..beli barang nak masak spagetti..dress E in ni lah aku beli kat online jua..disini http://brandedkidscollection.blogspot.com
ada sehelai lagi tak berpakai.....

3rd hari raya....nak balik ke Tanjong Malim dah..duk melambai mak tok ngan tok abah

udah sampai Tanjong Malim...wif sepupu

baju E in ni pun aku beli di online juga..kat mana? ala dah lupa lah......
mengepow papa ngan Pooh....murah jekkkk..jadilah...mainnya pun kejap je pas tu tak heran dah kat Pooh tu....
raya ke 5....aku dah sempoi dah......
(dari kiri): Ulfa Shahirah(anak kakak ipar yg sulung), Nur Aqilah Qistina (anak abang ipar ke 3) dan
Puteri Ezureen
laju je nak naik buaian.....



suka dapat naik motor....
Secret Recipe Tanjong Malim
la ni dah tak mo duduk dah.....ni masa dalam perjalanan balik ke Tanjong Malim dari hospital Slim River

Pizza Hut Tanjong Malim (sorry gambar tak clear.....)

I'm back.....

Assalamualaikum semua.....selamat pagi.....hari ni aku dah kembali bertugas seperti sediakala tapi hati tak tenteram sebabnya......anak abang ipar aku yang baru dilahirkan semalam secara c-section...malam tadi dalam keadaam kritikal di hospital Slim River....itu pun setelah abang ipar aku suh operate...kalau tak ntah lah....masa beberapa raya tu biras aku dah masuk wad tapi setelah 2 malam di wad (kalau tak silap aku)..sebab masih tak de tanda2 nak bersalin, doktor suh biras aku balik umah....sabtu malam rasanya abang ipar aku hantar isteri dia pi ospital semula....tup2 sebab baby lambat keluar..baby dah termakan najis ketika di dalam perut mamanya...Ya Allah..mudah2an Nur Danish dalam keadaan selamat....
Ok kengkawan semua..setelah seminggu lebih aku tak bersiaran....hari ni aku dah kembali bertugas ya.....update blog dengan cerita raya? Hmmmm ntah lah....gambar berhari raya pun tak banyak...almaklum lah..anak dara sorang tu dah besar...nak mengambik gambar pun susah...huhu......
Oppsss....pas tu aku nak citer pasai diet aku....sehari sebelum balik ke kampung, aku ada timbang berat aku...ada lah turun dalam 3 kg je cam tu...ya lah aku mana ada exercise kan....pas tu bila cuti seminggu pasai raya...habis diet aku...huwaaaaa.....hari ni aku start berdiet kembali...dan nak mulakan kembali aktiviti turun naik tangga dari aras 1 ke aras 4 tiap pagi...insya allah....hehe......(hari tu stop pasai puasa....hehe)
Ok lah kengkawan semua...selamat kembali bertugas...miss u all.....

Wednesday, September 16, 2009

10 jenis makanan antikolestrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya yang mengandungi 48% protein, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola makanan yang rendah dengan zat besi boleh menaiikan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Sampainya hati....


Tuesday, September 15, 2009

Ada sebabnya kenapa aku tak bagi beli....

Cam besa lah..aku pepagi mesti baca paper dulu kat tenet sebelum wat menda lain.....tetiba hati aku sayu je bila baca berita ni..walaupun mangsa kemalangan bukan family aku tapi cukup menyedihkan aku lebih2 lagi lagi 5 hari je kita nak menyambut Syawal.....
Apa lah kena mengena tajuk N3 aku kali ni ngan berita kemalangan ini ya?Ni ha....hubby laling aku ni...masa dia bagitau aku pihak OUM nak beli bangunan sendiri kat Shah Alam...dia dah sibuk2 nak beli motor besar...sebab hubby laling kata nanti kalau kena pindah ke Shah Alam..jauh..susah bawa kete..banyak belanja...bawa motor senang..boleh ciluk ciluk.....adoiii sebagai isteri, macam2 yang aku pikirkan....dan aku membantah keinginan hubby laling nak beli motor besar....ya lah korang bayangkan ya...dari Tanjong Malim ke KL....kat highway tu kalau pepagi buta dengan lori besarnya....ada yang rosak tepi jalan la...so...korang semua tentu boleh pikir kan risikonya? Penah masa dalam perjalanan balik ke Tanjong Malim dari Bentong, kami ikut KL sebab hujan lebat..kalau tak silap masa sampai kat Sungai Buloh.....jalan menghala ke KL..ada sebji motor besar tu..penunggang dia dah tergolek kat atas jalan raya...aaaaaa?????? amacam???huhu...biarlah bawa kete lebih belanjanya.......ada juga aku bagitau hubby laling..kalau dah pindah Shah Alam, nanti abang bawa lah kete sayang ni..jimat minyak..ya lah aku kan pakai kelisa je..minyak memang jimat...tapinya kete hubby laling kena lah tukar sebab aku tak reti bawa manual...hehe....
Apa pun..memang aku tak bagi hubby laling beli motor....BAHAYA........

Monday, September 14, 2009

Edaran kad ucapan...........

Assalamualaikum....memandangkan lagi 6 hari je kita nak menyambut Syawal, di kesempatan ini aku nak menghadiahkan kad-kad di bawah ini untuk semua followers dan pengunjung setia blog aku ini...(tahun depan lerrr aku create kad raya sendiri...tahun ni aku malasssss......)

Time to collect Hari Raya's card....

Kad-kad raya ni semua pemberian dari kawan2 blogger..aku punya kad raya?emmmm nanti lah...aku tempek yang segera punya sebab aku tak de masa nak mengedit gambar...malas yang sebenarnya...apa pun mekasih kepada mereka:-

1. kak ieda

2. Alona Cintamanisz Lite

3. UmiDanish

4. mama-tisya

Friday, September 11, 2009

Selingan.....

Assalamualaikum semua.....dan selamat petang....actually aku nak bagi kat semua followers aku dan pengunjung setia blog aku termasuk kengkawan aku yang rajin sungguh menyinggah dan memberi komen kat blog aku ni...jadinya..aku nak hadiahkan ucapan2 kat bawah ni tuk korang semua...ambik lah..jangan segan2 ok?gantung kat umah memasing......





Sib baik......

Baru je pagi tadi aku komplen sampah tak berkutip....tadi balik umah tengahari tadi aku tengok tong sampah dah tergolek kat tepi pagar..hehe...sampah dah berkutip dah.....pas ni tak tahu lah pulak hari apa dorang datang kutip sampah lagi..dulu 3 kali seminggu...pastu dah jadi seminggu sekali pulak dah......
Kenapa lah gamaknya ya?Lori lama dah tentu rosak ni.....agaknya yang baru satu tu lah guna mengutip sampah kat seluruh kawasan Tanjong Malim ni gamaknya....ala kesian betul....bangunan dah bertambah besar....weiiii beli lerrr lori sampah lagi.....

Lori sampah ohhhhh lori sampah

lori sampah oooo lori sampah......
dah seminggu lebih sampah dalam tong sampah kat kawasan umah aku tak berkutip.....bau pun dah menyengat hidung....sampah umah aku tu sib baik lerr dalam tempatnya..tak de lah bersepah2 serata alam tetapinya sampah budak2 bujang depan umah aku tu...masya allah..bersepah2 aku tengok masa aku balik petang semalam, sampaikan polisterin makanan tu pun dah masuk dalam pagar umah aku...
adehh...apa sudah jadi dengan lori sampah di Tanjong Malim?last week aku nampak kat jalan ada lori sampah baru...tup tup this week sampah tak berkutip juga...dah nak masuk seminggu lebih dah ni..esok sabtu ahad..bertambah2 lagi lah sampah kat umah aku tu...
ya lah bulan posa ni kan aku masak..jadinya banyak lah sampah nya...ditambah ngan diapers anak lagi...ayoyoooooo......

sape nak jawab ni?tak kan di Tanjong Malim hanya ada SATU saje LORI SAMPAH? iskkkkk tak logik betul lah...kawasan perumahan punya lah banyak....Orang Majlis Daerah? apa macam?????????