ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, July 9, 2009

Ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun 2009

ARKIB : 26/06/2009

Masih Pembantu Tadbir selepas 28 tahun, gaji mati lima tahun lalu

SAYA sangat gembira dan teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pelaksanaan kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa.
Sayangnya, kegembiraan saya terhenti apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum boleh dipertimbangkan

Di antara syarat utama yang diperlukan ialah:
*Memperoleh markah 80 peratus dan ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga tahun terkini.
*Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang di tetapkan.
Saya berumur 53 tahun dan telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir pada tahun 1981 dan masih menjawat jawatan tersebut sehingga kini (28 tahun).

Saya telah lulus PTK 1 pada Aras III. Saya sekarang di Gred N17 dan telah mencapai gaji maksimum P1 T24 sejak lima tahun yang lalu

Menjadi lumrah bagi seorang tua seperti saya, yang telah mencapai gaji mati dan tiada nampak peluang untuk naik pangkat kecuali menunggu persaraan, menjadikan saya tidak bersemangat bekerja, sensitif malah kadang kala agak kritikal
Sifat sebegini tentunya mendapat perhatian ketua saya yang jauh lebih muda dan berpendidikan tinggi serta begitu tegas ketika memberi markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

Ini menyebabkan saya tidak pernah mencapai markah 80 peratus walaupun telah melaksanakan tugas hakiki dengan sempurna. Akibatnya, terlepaslah peluang saya untuk mendapat kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) pada 1 Julai ini. Bandingkan nasib saya dengan seorang Pembantu Tadbir wanita berumur 36 tahun. Beliau baru berkhidmat 15 tahun dan telah lulus PTK 1 pada Aras III sama seperti saya.

Sekarang beliau berada di Gred N17 P1 T15. Beliau seorang wanita yang manis, cantik dan pandai mengambil hati ketua. Setiap tahun beliau mencapai markah LNPT lebih 80 peratus. Beliau melaksanakan tugas hakiki sama seperti saya. Maka pada 1 Julai ini beliau berkemungkinan besar mendapat kenaikan pangkat secara KUP.

Saya harap kerajaan akan lebih prihatin terhadap nasib saya dan kakitangan kerajaan yang senasib seperti saya.

2 comments:

  1. senasib ngan mak saya... dah 32 tahun kije gomen nih...

    ReplyDelete
  2. hermmm dah nasib ... entah per2 lah mereka nieh .. bersaba sahajalahhhh

    ReplyDelete