ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Friday, April 10, 2009

Lawatan Ke Perpustakaan Hipermedia MPSJ @ 7hb. April 2009

tuk gambar dan cerita-ceriti lawatan yang aku sertai ni aku maleh nak buat part2..so aku sekalikan je...banyak gambar ni, aku pilih yang aku rasa aku boleh jadikan cerita je...ok?jom layannnzzzzz.........

Kami bertolak dari UPSI dlm. pukul 8.30 pagi....singgah R&R Rawang tuk pi toilet je...then teruskan perjalanan..sampai dalam pukul 9.50 am cam tu...tu pun bas dah terlajak dari simpang, so kami turun kat tepi jalan, jalan ramai2 ke tempat yang hendak di tuju...Ni laluan nak ke perpustakaan hipermedia...
masa dlm. perjalanan nak ke lif, disebelah kanan aku menjengah ke tepi, ehhhh ada pasir lerrr...haha
sambil berjalan, sambil aku ambik gambar kat sebelah kanan (di bawah)....taman permainan tuk kanak2
set ini dapat dilihat ketika naik jejantas untuk ke lif ke perpustakaan hipermedia..set ni untuk program kanak2 di TV9...
dah sampai depan pintu masuk perpustakaan hipermedia MPSJ...
memula nampak kaunter lah dulu...cantik kan? simple je...
ni aku bergambar kat dalam perpustakaan.....kat UPSI kalau kami sediakan terminal OPAC lah macam ni, alamatnya kerusi tu rosak sokmo lah....sebelum ni pun aku letak kusi beroda kat PC Opac PTB, jahanam semua rodanya...
tempat letak surat khabar...cantik dan simple tapi statik je, tak boleh berpusing..
rak tempat letak majalah...cantik je majalah tersusun....kalau kat PTB, ntah kemana2 letak di student, bukannya dorang nak letak kat tempat asalnya...main taruk je....
haaa....yang ni plak, sudut bacaan novel...rak novel memang menarik..siap ada sofa lagi boleh membaca sambil bersantai...kalau kat PTB dah sah aku yang dok bersila kat sofa tu..hahaha
ni masa kami dah masuk ke dalam perpustakaan untuk kanak2...memang menarik kat sini, tengok gambar2 kat bawah ni ya...
rak buku dan sofa tuk kanak2 berhampiran kaunter....
buku cerita untuk kanak2...kat PTB pun ada buku2 cam ni...aku pun sejak ada anak ni suka lah tengok buku2 kanak2 yang cam gini...comeiiiii sangat.......
di dalam bilik mari bercerita...ala comei je tempat ni....
PC untuk kegunaan kanak2....best lah dinding dia...sesuai sangat untuk kanak2......
bergambar sebelum ke bahagian pejabat....
salah satu sudut di dalam bahagian perolehan...wooooo kat tepi cermin tu....boring2 malas2 buat keje, boleh lepak sini tengok kereta lalu lalang...heheheh
macam biasalah....ambik kesempatan bergambar untuk kenangan di hari tua.....
haaaa....ni taman permainan yang memula aku ambik gambar tadi tu...dari bahagian perolehan pun boleh nampak taman ni...eeee sukanya aku...kalau aku duk PJ, aku hantar anak aku kat sini....
ni plak kat bahagian katalog.....
dah sampai kat HR.....sunyi je opis dorang ni....
ni plak meja Ketua Pustakawan...heeee...aku suka kat meja dia pasai cermin je....
ni plak bilik mesyuarat.........bilik mesyuarat PTB besar ooooo sampaikan PTj len pun buat mesyuarat kat bilik mesyuarat kami....
huuuu....nak balik dah...bergambar sebelum turun lif tuk balik...yang len dah turun dulu....
ini lah rombongan Cik Noriha, bukan rombongan Cik Kiah tau pasai ketua rombongannya Cik Noriha...Ketua Bahagian Perkhidmatan...hehe...nampak tak papan tanda kat belakang kami tu?Pusat Perkembangan Kanak2...haaaa yang taman permainan kanak2 tu dorang punya lah....actually Ketua Pustakawan (KP) nak kami pi sekali tempat ni tapi aku ni ikut je....yang sebenarnya tujuan lawatan memang tak tercapai pasai tak dapat pi kat pusat perkembangan kana2 tu...sebenarnya pusat tu di bawah PERMATA. KP dah pi dia bagitau memang cantik sangat...ya lah tempat asuhan kanak2....huwaaaaa...len kali aku nak pi sini plak....So kepada kawan2 di luar sana...pi lah melawat pusat ni, mesti korang suka sampai tak nak balik...hehe....
opppssss...sebelum tu aku nak bagitau, Pesta Buku KL di PWTC akan bermula pada 17 April sehingga 26 April 2009, jom ramai2 pi pesta buku dan membeli buku....jadikan amalan membaca satu tabiat yang baik kepada anak2 kita...

3 comments:

  1. Ko tak citer..aku tgk gambar suasana kat library tu aje aku dah tau best. Rasanya lebih excited pi sini dari pi Perpustakaan Negara..hehe..

    Radiah; Cuba ko taruk lagi satu chat box yg leh tinggal pesan kat sini. Nak sembang2 time ko takde..leceh sket, hehe..

    ReplyDelete
  2. laaa...ko tuleh je lah kat chat box aku tu...aku akan dapat terus msg ko tu...

    ReplyDelete
  3. Leh ke..aku try tak leh pun. Kalo ko online/ available..baru aku leh masuk chat ngan ko. Kalo ko offline..ne'hi, hmm.

    ReplyDelete