Hari ni selasa bersamaan 21/4/2009, pagi masuk opis je memula aku terkam adalah pc aku..haha pasai jumaat lepas EL, hubby demam panas...so rindu sesangat kat pc aku..hehe. Aku buka blog aku..tengok kat shout mix kot2 ada msg..ye ye...ada satu msg tu aku kena tag dengan Lida...sukanya aku dapat tag...hehe..jom kita layan tag kali ni:
Rules:
Upload picture yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:-
Ni gambar2 yang banyak kenangannya pada aku...cerita gambar dari atas ke bawah ok?
Gambar aku bertudung kuning (gmbr pertama) tu masa aku terima Anugerah Khidmat Cemarlang dari Y.Bhg. Datuk Rais Abd. Karim, Naib Canselor UPSI pada tahun 2004. Actually tahun dinilai adalah untuk tahun 2003...heee sukanya aku akhirnya apa yang aku khidmat aku di UPSI mendapat pengiktirafan dari big boss UPSI (sebab aku adalah staf di pej. naib canselor ketika melapor diri di UPSI sehingga 19 Jun 2004, aku ditukarkan ke perpustakaan).
Aku suka sangat gambar ni pasai masa ni aku kurus je lagi, dlm 55kg je berat badan aku dan masa ni aku tengah hangat bercinta ngan hubby aku..hehe..Gambar kedua plak, kat KLIA, lepas majlis kenduri kawen kat Tg. Malim, nak hantar abang ipar aku balik Sabah..huhu tengok, aku kurus lagi time ni...Berbaju hijau sedondon tu masa 1st time beraya sebagai suami isteri..raya kat tg. malim (baju tu baju nikah aku ngan hubby, memang tak buat baju tuk raya pon)...gambar berbaju coklat tengah memegang e in ni plak ambik kat Bentong, sebelum pi kenduri kawen kat Chamang, umah atok sedara aku...tengok lah aku yang semakin tembam ni...haaaa yang berbaju purple ni paling aku suka, cewah macam model plak..hehe...bergambar masa majlis perkahwinan aku di tg. malim..bila lah aku nak kurus balik ekkkk??????....
Bila kali terakhir makan pizza?
dalam tahun ni...masa tu singgah Sunway Pyramid sebelum hantar adik aku balik UPM...kat tg. malim tak de pizza...paling dekat pun kat Rawang...feberet aku nih...
Lagu terakhir yang anda dengar?
Gemilang - Jac
Apa yang anda buat selain tag ni?
Sambil buat tag ni sambil aku semak memo yang aku buat last week sebab tak sempat nak buat salinan...dan sambil2 menyemak duit denda yang di hantar oleh staf BPP...
Selain name sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan ape?
Sedara mara semua panggil 'nina', ni memang panggilan dari kecik lagi, arwah nenek yang panggil cam tu so semua sedara mara ikut. Di kalangan kengkawan ada gak yang panggil 'nina' ni selain 'Raja' dan juga 'Radiah'. Adik beradik dan housemate semua panggil 'kak ngah' pasai aku anak kedua dalam adik beradik aku...
Tag lagi 5 orang soalan seterusnya ada kaitan dgn orang yang anda tag
Berikut adalah 'mangsa' seterusnya...jangan marah aaaa....
1.Cintamanisz Lite
2.MahaSayang
3.KoalaJepong
4.Shima
5.Annyssophellia
No. 1 pada anda?
Best friend masa skolah menengah..tak sangka lepas 16 tahun bertemu kembali di fb dan blog...
Orang no. 3 ada hubungan dengan sape?
Tak de hubungan dengan sape2.. ni kawan sekerja di UPSI
Kata sesuatu berkenaan no. 5
Memula kenal anis kat fotopages..tak sangka hubby anis orang raub juga
Bagaimana dengan orang no. 4
Kawan blog...dari sabah...
Siapa orang no. 2
Ni pon kawan sekerja..bee namanya...bee keje kat Pejabat Bendahari..anak kami sebaya..dulu sama2pi kursus induksi
cantik gambo kawin kaler purple tu..
ReplyDeleteto Hazlina: thank you...baju kawen dari Eskay...make up oleh kak yati...tuan empunya eskay...
ReplyDeleteyekla..sy pon suka tgk gmbar kawen akak tu. baju n make up mmg cantik..=))
ReplyDelete