ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, April 27, 2009

Lauk sempoi untuk lunch pada ahad (26/4/09)

Semalam, ahad, cuti hujung minggu, hubby aku tak keje tapi sabtu tu dia keje sebab ada open entry test kat HQ OUM kalau tak silap aku....so sebab hubby ada kat umah semalam...aku pun masak lah, ya lah kalau pada hari2 bekerja memang aku jarang sangat memasak sebab tak de orang tolong tengokkan e in...e in lak kalau aku kat dapur dia pun mula nak nak menyibuk sama...aku paling takut sebab e in suka sangat menggoyangkan rak pinggan mangkuk...adehhh takut betul aku kalau segala pinggan mangkuk kaca yang ada kat rak tu jatuh menimpa e in...parahhhhh....jom.....oppp sebenarnya MIL aku soh makan kat umah dia tapi aku masak juga pasai masa hubby aku cuti lah baru dia dapat merasa air tangan aku kan? petang tu kami pi jugak umah MIL aku, saje jalan bawa e in...
gambar ni aku ambik hari jumaat, masa aku singgah Yatt Fong nak beli bahan2 masak spageti tu, aku belilah pensil kaler ngan buku mewarna untuk e in....so, petang pas ambik e in dari taska, sampai kat umah, aku bagi dia buku ngan pensil kaler ni..so dapatlah tinggalkan e in kejap2...hehe tapi sambil dia dok kaler, sambil dia masukkan kaler pensil tu dalam mulutnya...alahai....lepas ni memang aku tak lepas pandang dah...nak bagi dia menda2 ni time aku duk depan dia...
jeng jeng..ni lah menu semalam...sempoi je, apa yang ada kat dalam peti ais...tak de menu utama sebab hubby aku dah selalu sangat makan ayam/daging so aku masak simple je kali ni....menu pertama....telur dadar...kosong je sebab kalau pedas e in tak leh makan lak....
ikan bilis dan kentang goreng...feberet hubby aku. hubby aku tak makan spesis sea food...ikan bilis je makan tapi kena tengok size ok??????yang ni memang kena lebihkan minyak sebab hubby aku buat cam kuah plak..memula aku pun heran jugak, tapi lama2 dah tau itu yang hubby aku suka, tu pasai badan aku cepat naik mendadak masa duk ngan MIL aku...dah tahu puncanya?hehe
kerabu ikan bilis dan tomato...ni feberet aku....hubby pun suka juga...selau jugak aku buat kerabu ni...pasai aku suka makan tomato...ni belum pindah dalam mangkuk lagi....
sayur tumis air je...tak de minyak ekkkk....sayur sayur sayur...haha aku ni memang hantu sayur...kalau makan tak de sayur, tak lengkap bila makan...hehe....kat bawah ni aku letak resipi kerabu ikan bilis ngan ikan bilis dan kentang goreng k? yang lain2 tak payah...budak skolah pun reti buat...hehe...

Resipi ikan bilis goreng dan kentang goreng ( ni lauk feberet hubby aku)
Bahan2nya:
Ikan bilis - goreng garing
Kentang - hiris nipis dan goreng garing
Sedikit cili api mesin
Bawang kecil - hiris nipis
Minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Secukup rasa garam
Cara2 membuatnya:-
1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang, biar bawang masak kemudian masukkan sedikit cili api mesin dan serbuk kunyit.
2. Masukkan pula ikan bilis dan kentang yang telah siap digoreng. Rasakan garam dan siap untuk di makan...dimakan bersama nasi atau boleh juga makan begitu saje...selalunya aku akan goreng kentang tu garing2...baru lah best ada bunyi rangup...
Resipi kerabu ikan bilis dan tomato
Bahan2nya:
Tomato - potong empat dan potong sederhana tebal (buah hendaklah yang keras sket, kalau masak sangat tak best sebab lembik)
Ikan bilis - goreng garing
Jus limau kasturi
Cili api - hiris nipis, sikit je dah cukup, banyak sangat nanti makan tergigit cili pulak
Serai - hiris nipis, tak payah banyak2
Bawang merah - potong 4 dan hiris
Garam secukup rasa
Gula - sikit je
Cara2 membuatnya:
1. Pastikan ikan bilis digoreng garing.
2. Campur semua bahan yang telah dihiris ke dalam mangkuk bersama ikan bilis. Campurkan jus limau kasturi, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan sudah siap untuk di makan. (selalunya aku ratah je kerabu ni...)Actually kalau kawan2 semua nak rasa kerangupan ikan bilis tu, bila time nak makan je baru dicampurkan sekali ok?boleh di sejukkan di dalam peti ais...

5 comments:

  1. Mcm ni punya menu..byk mana cik abg ko tambah nasik? hehe..

    ReplyDelete
  2. to CINTAMANISZ Lite: cik abang aku pun kontrol gak makannya...simpan perut sebab mak dia ajak makan umah, petang tu masa jln2 ke umah MIL aku, hubby aku makan lagi..haha...aku je meratah rendang..

    ReplyDelete
  3. akak suka bilis kentag tu... rasa nak ngap jer skrin nih... hehee

    ReplyDelete
  4. Radiah; daging goreng taruk bawang merah, bwg putih, halia, cili merah, cili api dan kentang hiris yg dah digoreng dulu pun sedap sgt makan ngan nasik.
    Masa zaman sekolah dulu..mmg minyak daging goreng tu aku gaul ngan nasik, hehe. Tu yg muka naik jerawat byk tu..ngeh2.

    ReplyDelete
  5. emmm...selera tgk sayur tu..mcm2 ader. boleh bukak kelas masakan laks nanti ni. he2!!!

    ReplyDelete