ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, April 23, 2009

Jangan Pandang Ringan Jika Anak Anda Kurang Zat Makanan



(gambar sekadar hiasan)

Sebagai ibu bapa, akan ada persoalan di dalam minda kita apabila melihat berat badan anak tidak menunjukkan peningkatan yang normal jika dibandingkan dengan anak2 lain.
Umum mengetahui akan kepentingan zat makanan terutamanya di kalangan kanak2 berusia enam tahun ke bawah. Pada usia itu, mereka sedang aktif mengalami proses tumbesaran, bukan saja membabitkan fizikal, malah ia turut melibatkan aspek mental.
Adakah kita sedar bahawa kemungkinan besar, anak2 tadi sebenarnya mengalami kekurangan zat makanan. Kekurangan zat makanan (KZM) adalah penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan antara kalori atau karbohodrat dengan keperluan tenaga atau dengan kata lain, kekurangan tenaga dan protein.
Apabila pengambilan makanan tidak seimbang dengan keperluan kalori, maka kebarangkalian untuk mendaoat KZM sangat tinggi.
Masalah KZM di Malaysia dikatakan masih di tahap memuaskan jika dibandingkan dengan negara2 membangun yang lain. Bagaimanapun dalam konteks sosial ekonomi Negara, masalah ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan implikasi bukan saja jangka pendek, malah turut melibatkan jangka masa panjang.
Lebih2 lagi dalam menuju sebuah negara maju, pastinya taraf dan pencapaian penduduk terutamanya dari segi kesihatan perlulah mencapai tahap yang baik dan konsisten.
Anak2 yang tergolong dalam KZM, tidak mampu mencapai tahap optia terutamanya dari fizikal, sosial, mental, intelektual dan kesannya kekal sepanjang hayat. Pada satu tahap, kurang jelas simptom atau gejala masalah KZM kerana ia adalah satu penyakit yang bersifat 'subclinical' atau tersembunyai; keadaan yang menunjukkan kanak2 itu kelihatan normal tetapi kirang mempunya daya tahanan terhadap penyakit, kurang aktif, letih, tidak bermaya dan kurang keupayaan untuk belajar.
Bagi senario di negara ini, pihak kerajaan mengatur strategi iaitu dengan memberi bantuan kepada kanak2 terpilih. Bantuan berbentuk makanan ini merupakan satu cara rawatan untuk memulihkan kes KZM yang teruk, di samping memberi rawatan untuk memulihkan penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan, jagaan kesihatan dan pengawasan secara rapi.
KURANG ZAT MAKANAN TERBAHAGI KEPADA TIGA PERINGKAT
Peringkat pertama dikenali sebagai kurang tenaga protein ringan. Pada tahap ini, belum dapat dikenakpasti tanda2 khusus. Berat badan anak2 hanya mencapai 80% daripada berat badan normal.
Peringkat kedua adalah kurang tenaga protein sederhana yang mana pada tahap ini, berat badan si kecil anda hanya mencapai 70% daripada berat badan normal. Terdapat tanda yang jelas boleh dilihat, misalnya wajah menjadi pucat dan warna rambut berubah menjadi agak kemerah-merahan.
Tahap ketiga ialah kurang tenaga protein berat dan is terbahagi kepada dua iaitu peringkat agak kurang, dikenali sebagai Marasmus dan Kwashiorkor merupakan peringkat yang teruk. Tanda Marasmus ialah berat badan hanya mencapai kira2 60% daripada berat badan normal dan Kwashiorkor pula mempunyai tanda yang jelas, seperti kaki mengalami pembengkakkan, rambut berwarna merah dan gugur, mata menjadi rabun, kornea mengalami kekeringan dan keradangan. Selain itu, terdapat juga gejala lain seperti mudah diserang penyakit lain; antaranya anamia atau kurang darah, infeksi, cirit-birit, kulit dan bibir mudah sensitif.
FAKTOR PENYEBAB
Panduan yang jelas bagi ibu bapa untuk melihat sama ada anak2 mereka mendapat KZM ialah dengan memerhatikan berat badan dan tinggi yang kurang normal daripada normal. Seandainya tinggi badan si manja tidak bertambah atau kurang daripada normal, itu menunjukkan bahawa anak anda mempunyai KZM.
sekian untuk kali ini. akan bersambung di lain entry kerana info ini belum tamat....
Sumber: Majalah Wanita Februari 2009 (ruangan ibu & anak)

1 comment:

  1. tq coz give info psal mulmutrisi.. bleh sya gunakan untk kajian sya x...

    ReplyDelete