ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Wednesday, August 26, 2009

Korban Ramadhan......atas kesilapan orang lain....

Ini berita yang aku baca pagi ini....




KANGAR: “Saya potong tali pinggang keledar bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kereta Perodua Kancil yang beransur-ansur tenggelam ke dalam terusan dan ketika diangkat naik, mangsa masih bernafas. “Dia sempat memegang tangan saya untuk seketika sebelum menghembuskan nafas terakhir di tebing terusan,” kata Mohamad Yatim Denan, 63, menceritakan detik cemas menyelamatkan pasangan yang kenderaan mereka terbabas dalam terusan di Kilometer Satu, Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang anggota Rela, Marzuki Othman, 58, meninggal dunia manakala isterinya, Khalsom Aud Latif, 62, parah apabila kereta Perodua Kancil mereka bergesel sebuah Proton Wira sebelum terbabas ke dalam terusan.Marzuki adalah peneroka Felda Mata Ayer, Padang Besar, dekat sini dan dipercayai meninggal dunia akibat lemas manakala pemandu kereta Proton Wira pula didakwa menghilangkan diri sejurus selepas kemalangan.

Mohamad Yatim berkata, beliau mendengar dentuman kuat ketika membaiki rumah dan melihat jelas kenderaan terbabit terjunam memasuki terusan berhampiran menyebabkan dia meluru ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahaya, berkata kejadian berlaku selepas Proton Wira dipandu seorang lelaki gagal memotong kenderaan dinaiki pasangan berkenaan. Katanya, Proton Wira terbabit bergesel dengan bahagian hadapan kereta dipandu mangsa menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh pokok sebelum terbabas ke dalam terusan.
****kepada si pemandu proton wira.....akibat kecuaian anda...orang lain menjadi mangsa...selama mana anda hendak mendiamkan diri?????tak tenteram hidup anda jika tidak tampil kehadapan...

6 comments:

  1. al-fatihah tue arwah... geram lah tgk org yg dah buat salah lepas tue melarikan diri.. betul kak selama mana anda nak memdiamkan diri.. mmg xtenang hidup die..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah untuk arwah.. sungguh tak bertanggungjawab pemandu wira tu..

    ReplyDelete
  3. jaatnye kete wira tu..tapi nak cite sikit..my cousin pun meninggal akibat langgar lari ni.. sampai sekarang tak jumpe sape yg melanggarnye.. tak taulah die menyorok kat mane sebab orang dapat kenalpasti die cos at the time excident tu, awek die yg ade dalam kete same ngan die turun untuk tengokkan my cousin tu..tapi bile dia dah turungkan awek dia, terus die pecut kete n tak jumpa2 sampai sekarang..maybe dah lari ke thailand kut..hehehe

    ReplyDelete
  4. lupe nk bgtau..jemputlah join kontes ku..dtg blog utk lebey lanjut. bye!

    ReplyDelete
  5. Org yg langgar lari ni hidup dia takkan tenteram selagi dia tak pergi mintak maaf kat keluarga mangsa. Kalo dia org Islam..elok laa dia turut mendoakan kesejahteraan roh mangsa.

    ReplyDelete