SHAH ALAM 24 Jun - Seorang bekas pembantu klinik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyamar sebagai doktor yang melakukan lokum dan memperoleh bayaran berjumlah RM860.
Khiron Mansor, 47, dari Sungai Buloh, dekat sini, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Afifah Mamat@Yusof.
Bagi pertuduhan pertama, ibu tunggal kepada empat orang anak itu didakwa memperdayakan ketua jururawat, Siti Zubaidah Baharun, 40, di Klinik Bandaran, No. 7, Jalan Utas C/15C, Seksyen 15, di sini untuk mempercayai bahawa dia adalah doktor berdaftar.
Khiron didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 September dan 31 Oktober 2007 dan menerima upah berbentuk dua baucar bayaran berjumlah RM390.
Tertuduh juga menghadapi satu lagi tuduhan iaitu memperdayakan seorang pembantu klinik, Noor'ashikin Mat Ali@Taharin, 38, antara 9 dan 26 Mac 2008 di Klinik Anis, No. 17, Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2, di sini.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan membuat representasi menyerahkan Sijil Perakuan Amalan Tahunan milik orang lain kepada mangsa dan seterusnya menerima upah berjumlah RM470.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh disebat serta dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Afifah membenarkan Khiron dibebaskan dengan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 8 Julai ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai kes tersebut berkata, siasatan mendapati suspek telah melakukan penyamaran itu di enam buah klinik sekitar Shah Alam dan sebuah klinik di Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak 2007.
Ujarnya, sejak menyamar sebagai doktor lokum, suspek dipercayai meraih pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan.
"Kita kini sedang mencari kakak suspek, Rossnah Mansor, 51, untuk menjadi saksi kes ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai terdekat,'' katanya.
***aku macam penah dengar je kes macam ni....
THIS IS MY BIZ. CARD
7 years ago
salam kak radiah..
ReplyDeletehairclip tu sy beli kat sini..
http://chomelcraft.blogspot.com/
tryla belikan e in. zara pon jenis suka cabut benda atas kepala. tp part hairclip die ok sikitla. leh tahan lama sket atas kepala tuh..hehe
iskk..apalah tipu2 nie...makan duit haram
ReplyDelete