ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, June 11, 2009

Anak mati dalam MPV.......Harian Metro 11/6/2009

Oleh Shahrul Nizam
Mohamadam@hmetro.com.my

KUALA LIPIS: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas terkurung ketika bermain seorang diri dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di rumah neneknya di Kampung Batu 9, Jalan Kereta Api, dekat sini, kelmarin.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Farhan Aiman bersama bapa, Mustafa Majid, 39, ibu, Mimi Azura Zaidon, 35, serta empat lagi adik-beradiknya baru tiba dari Kuantan untuk melawat neneknya yang sakit akibat lumpuh di kampung berkenaan.Bagaimanapun, ketika ibu dan bapa serta adik-beradiknya turun, mangsa masuk semula dalam MPV berkenaan sebelum menutup semua pintu dan bermain seorang diri di tempat duduk bahagian tengah sebelum kehilangannya disedari bapanya, kira-kira jam 2 petang.Terkejut melihat keadaan anaknya yang terbaring dalam keadaan sesak nafas, Mustafa cuba memberikan bantuan pernafasan menggunakan mulut (CPR) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis (HKL) sebaik tiba untuk menerima rawatan kecemasan.

Mustafa ketika dihubungi enggan mengulas panjang mengenai kejadian itu kerana terlalu sedih.

“Yang sudah berlaku itu sudahlah...bukan saya tidak mahu menceritakan kejadian, tetapi tidak mahu keluarga terus menanggung kesedihan.“Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak boleh mengulas lanjut dan arwah memang anak kesayangan kami,” kata kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK) itu.Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, mengesahkan kejadian itu dan berkata hasil bedah siasat di HKL pada jam 3.30 pagi semalam, anak bongsu daripada lima beradik itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.“Kejadian ini kali pertama dilaporkan berlaku di daerah ini dan polis berharap kes seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.
****kepada kawan2 semua...jadikan panduan dan tauladan ya....

1 comment: