Pagi ni macam selalulah, memula aku mesti buka blog aku dulu...nak tengok komen, followers aku...ada dapat tag ke/award ke?..hehe masa aku layan blog lily azliyana @ mama zara, aku dapat tag ni...it's about anak...rajin betul mama zara ni anta tag kat aku..tima kasih ya lily sebab ingat kat akak...so apa kata kita layan citer aku....
1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Sama macam mama zara..baru sorang dan Girl
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Tak de perancangan sebab aku masih lagi fobia masa mengandung dan bersalin kan E in..takuutttttt...
3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Nama daughter kesayangan aku ialah Puteri Ezureen binti Edzri
...........nama ni tak ada makna dalam islam
4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Hubby aku nak nama mula anak dengan huruf 'E' so aku pun penin gak memikirkan nak bagi nama apa...pas tu aku teringatkan anakanda Sultan Perak yang bernama YM Raja Azureen tu...aku minat sangat kat YM Raja Azureen pasai orangnnya sweet sangat..selalu tengok dia masa konvo UPSI...so aku tukar dari huruf 'A' tu kepada 'E' so jadilah Ezureen...pasai aku 'Raja' kenalah letak 'Puteri'....abah aku tak nak nanti terus keturunan Raja-Raja family tu hilang....(opppsss aku keturunan kerabat Selangor..tapi dah tak reti nak citer macam mana sebab dah jauh......)
5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Macam yang aku dah citer kat atas tu lah....biarlah walau tak de maksud dalam islam (cam nama papa dia)..asalkan anak aku cerdik dan pandai macam papanya yang pernah dianugerahkan pelajar cemerlang daerah Batang Padang selepas mendapat 5A dalam peperiksaan masa darjah 5 dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi...Insya Allah
6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata....apakah nama yang anda beri?
Tak plan pon lagi.....macam E in pon..dah bersalin baru aku pikir namanya...
7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyakatan berapa girl & berapa boy?
Kalau ikut aku, aku nak dua orang je...1 boy 1 girl..hubby nak 5 orang...tapi disebabkan aku bermasalah masa ngandung,bersalin dan masa dalam pantang..buat aku takut je nak anak lagi...serik....fobia...takut...
8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jaraj beza umur anak anda?
- tiada
9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang...anda nak gir @ boy? nyatakan sebabnya...
Kalau dah ditakdirkan aku mengandung lah jugak nanti..aku tak kisah pon anak apa asalkan anak aku sihat dan sempurna macam kakaknya....
10.Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
E in kuat merajuk, mengamuk, menangis, menjerit macam aku jugak....tapi yang tang mengamuk tu cam papa dia masa kecik...kalau mengamuk, habis semua menda terbalik...tapi rasanya lebih banyak perangai aku...kalau kat taska...jangan lah ada budak lain yang kacau dia..memang dia marah..haaa macam aku lah tu..hehe
11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua raka blogger...
Hehe banyak lah pulak ya gambar e in aku upload..tak pe..semua untuk tatapan rakan blogger aku..kalau nak tengok lebih banyak gambar E in, add lah aku kat facebook....(kalau korang semua perasaan kat bulu mata E in yang panjang melentik tu..ikut papa dia...muka bulat ikut aku...)...sori lerrr kalau ada antara gambo E in ni aku dah publishkan sblm ni....
suka la tgk rmbut e in yg curly2 tu..=)
ReplyDelete