ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Friday, August 26, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum semua.....tup tap tup tap....sekejap je dah 26 hari umat Islam berpuasa.....tinggal beberapa hari je lagi nak menyambut Aidilfitri. Dan dengan itu, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua teman-teman blogger dan juga buat mereka yang menjadi silent readers blog aku ni..Mohon maaf juga sekali lagi kerana blog ini sudah jarang dikemaskini dek kerana kekangan masa.......

Buat teman2 yang balik kampung tu, aku doakan mudah2an perjalanan kalian semua termasuk aku dan keluargaku sendiri, dipermudahkan disepanjang perjalanan...Ingat lah orang yang tersayang sedang menanti ketibaan kita...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H"






Thursday, August 18, 2011

Ya Ampun......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...ya Allah.....dah berapa kurun aku tak update blog ya????Last sekali post pada Jun 2011.......huhahaaaa.....maaf ya kawan-kawan sekelian.....bukan xde masa terluang....tapi banyak kerja yang perlu dilakukan di pejabat...kalau kat rumah pulak..ya lah bila dah pindah ke rumah sendiri..... signal Celcom Broadband langsung cam hampehh je....menyampah aku dibuatnya...kalau lunch time lak..aku banyak habiskan masa melayan fb dan window shopping dan terus shopping online kalau ada barang yang aku berkenan....

Nanti lah ya bila KERAJINAN aku datang untuk mengupdate blog, aku update ya....banyak gambar dan banyak cerita sebenarnya...nanti lah...bye bye.....

Monday, June 13, 2011

Jalan2 ke Melaka - Kenduri Fir & Fizi (part 1)

Alkisah 28Mei. 2011....pagi2 dah bangun bersiap nak ke Melaka....alhamdulillah E-in nak pakai dress yang aku beli on-line....2 helai sekali aku beli, 1 warna pink dan 1 warna purple.....E-in nak pakai warna pink....ok, aku ikut aje.......
muka budak seronok nak jalan2.....masih di rumah sewa masa ni.....

kalau diambil gambar, tak pernah nak posing betul2...huhu

singgah beli Nasi Lemak untuk E-in.....

berhenti di Tol Tg. Malim utk. tggu yang lain2.....

puting tu melekat je kat mulut......



duk sorang2 kat belakang....lagipun dah besar kannnnn....siap bawa teddy bear pemberian Cikgu Zana.....

papa yang cool.......

Singgah RnR Seremban untuk rehat dan makan2......camm biasalah bila dah nampak menda ni kan..tak sah kalau tak naik....sib baik mama dah standby duit 50sen.....

makan pun tak selera......huhu......

Alhamdulillah...akhirnya.......tapi aku pulak yang TIDAK SIHAT....

Syukur alhamdulillah.........setelah sekian lama, 3 tahun juga lah kami duk menyewa.....akhirnya Jun 2011 kami berpindah masuk ke rumah baru yang aku beli......

bermula dengan 26 Mei, aku EL sebab E-in tetiba demam lak pagi tu, bangun tido aku rasa badan E-in panas sangat...then 27 Mei aku cuti sebab dah apply cuti tahun untuk kemas barang....alhamdulillah....E-in bertambah sihat...Sabtu kami konvoi bergerak ke Melaka....Ahad balik Tg. Malim....

Isnin Selasa aku kursus...malam pindah, Rabu Khamis aku cuti sebab mengemas di rumah baru lak....Jumaat kerja.....aduhai......cuba kira bape malam aku tak cukup tido tu......Sabtu pagi dah rasa tekak sakit tapi ok lagi..sihat lagi...Ahad pagi je tekak tersangatlah perit dan suara pun tak kuar...arggggghhhh..tensionnya aku..nak menelan pun sakit ya amat...dah petang baru gi klinik...ubat jangan cakaplah....berjenis2.......

rumah sewa yang meninggalkan kenangan pahit apabila rumah aku dipecah masuk pada 4hb April 2011 sekitar jam 2pm - 5pm setelah 3 tahun aku duk menyewa....hilang barang kemas aku ngan E-in..huk huk....dengan anjing yang duk mengejar je....tetapi sekarang...ALHAMDULILLAH..aman je aku rasa bila dah tak de gangguan dari anjing ntah sape punya ntah....

hingga ke hari ini....batuk masih ada tetapi tidak lah TERUK sangat..........

yang teruk lagi ialah SELSEMA aku ni ha......aku pun tak tau kenapa kali ini demam dan selsema yang aku alami tersangatlah lama....huhu....seksa ooooo bila SELSEMA.....udah lah air cond kat opis sejukkksss gilerrr.....arrggggg......

Thursday, May 5, 2011

Susu penting untuk kanak-kanak sedang membesar

Oleh WINNIE CHEE
www.nutriweb.org

PENGAMBILAN susu di kalangan kanak-kanak sekolah didapati semakin menurun. Di Malaysia, misalnya kebanyakan ibu membenarkan anak mereka berhenti minum susu sewaktu mereka masih di peringkat prasekolah lagi.

Antara sebabnya dalah kerana anak enggan minum susu dan menganggap ia adalah makanan untuk bayi. Pada masa sama, kanak-kanak mula menggemari minuman lain terutama minuman ringan dan kordial. Tambahan pula, ramai kanak-kanak tidak merasai kepentingan minum susu sedangkan tiada sesiapa dalam keluarga yang berbuat demikian.

Sebagai ibu bapa, kita harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahgian daripada diet harian yang sihat. Ini memastikan mereka menerima pemakanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan ceria sepanjang zaman kanak-kanak.

Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga,

Semua nutrien ini penting untuksatu atau lebih jenis fungsi. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang terdapat dalam susu menjadikannya istimewa.

Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, umpamanya aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Apa yang juga perlu diketahui ialah apabila kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Setiap orang memerlukan kalsium sepanjang hayat. Maqngikut kajian, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Kekurangan kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum (atau dikenali sebagai peak bone mass. Ini boleh meningkatkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) di kemudian hari.

Pengambilan kalsium yang mencukupi menolong memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Mineral ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan (misalnya sardin dan ikan bilis), kekacang, produk kekacang (misalnya tauhu, fucok dan tempe) dan buah-buahan kering (misalnya kismis, kurma, aprikot dan prun). sayuran berdaun hijau (misalnya bayam dan kailan) juga mengamdungi kalsium.

Satu sumber kalsium yang kaya (dan mungkin paling senang diperoleh daripada diet) ialah susu dan produk tenusu. Kalsium susu adalah paling mudah diserap dab digunakan oleh tubuh badan. dua gelas susu setiap hari boleh membekalkan jumlah kalsium yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar.

Susu juga mudah dan senang untuk dihidangkan sehingga anak anda boleh minum susu pada bila-bila masa.

Anda boleh tuangkan susu ke dalam semangkuk bijirin sarapan yang sedia untk dimakan atau dihidangkan segelas susu bersama dengan roti sandwic. Apa jua caranya ia adalah sarapan yang cepat lagi berkhasiat untuk anak anda sebelum pergi ke tadika.

Apabila anak anda berasa lapar di antara waktu makan utama, berikannya sepaket susu. Anda juga boleh memberikannya beberapa keping biskut penuh mil dan ini adalah snek segera yang sihat.

Kadangkala, anak anda mungkin kurang berselera atau berkeras hanya mahu makan sejenis makanan saja. Sekali lagi, susu boleh dijadikan penyelamat! Walaupun ia tidak boleh menggantikan diet yang seimbang, kandungan nutrien dalam susu boleh membantu anak anda pada waktu sebegini.

Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari.
  • Dapatkan semua ahli keluarga minum susu. Anak anda juga tidak mahu ketinggalan apabila melihat semua orang berbuat demikian.
  • Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa
  • Hidangkan susu kotak secara sejuk dab susu tepung secara suam.
  • Ceritakan khasiat susu kepada anak. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu gemar minum susu.
  • Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan milktail. Jika anda kisar bersama ais, anda akan memperoleh minuman susu kocak ais yang istimewa sekali.
  • Walaupun ramai khuatir mengenai pengambilan lemak yang berlebihan, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak seharusnya diberi susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak, kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan/diet dan pakar pediatrik. Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan ia boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.
Susu mentah perlu menjalani proses pempasteuran untuk membasmi bakteria yang terkandung. Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang biasa digunakan, termasuk UHT (ultra-high temperature), sterilisasi, dan ultra-pasteur. Ini bukan saja menjadikan susu selamat untuk diminum, tetapi juga memanjangkan hayatnya tanpa penambahan sebarang bahan pengawet.

Proses-proses tersebut memberi sedikit kesan kepada kandungan nutrien susu. Dengan perkataan lain, khasiatnya dikekalkan. Kini, susu yang terdapat di pasaran ditambah dengan sesetengah nutrien, misalnya beta-karotin, vitamin E, vitamin C, kalsium, serat makanan atau asid lemak perlu, seperti Omega 3 dan 6. Ini bertujuan memperkayakan susu supaya dapat memberi lebih khasiat nutrien.

Walaupun teknologi yang maju telah digunakan dalam pengeluaran susu, pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang tembam. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.

WINNIE Chee adalah Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ahli Panel Penasihat Program Pemakanan Pemulaan ceria. Beliau adalah seoang pakar diet dan juga pensyarah dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Wednesday, April 20, 2011

Malaysia snatch thieves on bike broke car window and rob Near Section 16...



PENCURI sekarang semakin KURANG AJAR....kita bersusah payah bekerja untuk mendapatkan DUIT tapi korang semua tengok lah VIDEO ni....Soooo please ya kawan2...apabila memandu, pastikan handbag / laptop dan sebagainya tidak diletakkan di atas seat.....

Monday, April 18, 2011

Aku nak beli yang cam ni pulak...

Salam semua......aku xmo citer lah pasal kejadian tempoh hari ya...aku masih TRAUMA..tido malam pun tak lena.....menakutkan...terbayang2 aje...huuuuuu

-

-

-

tengok gambar bangle kat bawah ni lelama sket ehhhh........

-

-

gambar...kredit to Siti Rohaniza geng FB....


harga?????? 3ribu +++++..RM tau........so..aku rasa lebih baik aku beli dan pakai yang besar camni 1 je kat tangan..betul tak????huhhhh berangan tak sudah2 aku ni...berangan???aku kalau bab-bab EMAS aku sanggup kumpul duit nak beli..hik hik....tunggu ehhh kalau ada rezeki lebih tahun ni...dapat lah aku pakai dan melaram yang cam ni lak...yang penting nak beli tuk E-in dulu....tunggu dapat duit main kutu tahun ni...Insya Allah....

Wednesday, April 6, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku..aku REDHA dengan dugaanMu.....

Huk huk...

tarikh kejadian: 4hb. April 2011

masa: after 2pm - 5pm

location: umah sewa, Tmn Indah

yang hilang....

1 unit bangle (aku punya...mahal oooo...baru je aku trade in last year)..3 bentuk cincin (cincin beli masa bujang, cincin mak bagi + cincin tunang)...seutas rantai leher E-in + seutas rantai tangan E-in.....1 tin tabung E-in yang dah hampir penuh....brg kemas E-in pun aku baru trade in Disember last year sebab dapat duit main kutu....


huk huk...apa pun aku sangat2 bersyukur kerana kejadian berlaku ketika aku dan anak tiada di rumah dan juga ketika hari asben laling ku bercuti.....Tuhan masih sayangkan kami...aku REDHA...barang yang hilang boleh dibeli lain...kalau nyawa yang melayang.....?????? Ya Allah minta dijauhkan segala malapetaka ke atas keluarga ku....Amin.


nnti kat next N3 aku citer lebih detail kejadiannya...semalam EL sebab aku masih trauma dan masih ada rasa takut sehinggakan aku tak boleh tido..

Monday, April 4, 2011

E-in nak naik kapal terbang......

Haluuu semua.......just nak share alkisah si E-in..lately asik sebut nak naik kapal terbang...semuanya bermula on 28th. Mac hari tu....pagi tu masa nak anta E-in pi school..kete asben ada kat belakang kete aku....tapi aku tak anta E-in pi taska terus sebab dia dah terjaga dlm kete so aku terus drive ke opis...punch card dulu leerrrr....sesampai je kat parking, E-in tanya, mama papa mama....ya lah memula tadi aku kat belakang kete aku kan tetiba hilang...aku cakap..papa pi work...papa pi sabah..naik kapal terbang. Sebaik dengar aku sebut kapal terbang, terus E-in nangis then terpaksalah aku 'tipu' bagitau papa tak jadi naik kapal terbang..papa bawa kete....kalau aku tak 'tipu' kang mengamuk sakan lak dalam kete tu....

Sudahnya sampai semalam pun masih sebut nak naik kapal terbang.....bila naik kete, mesti sebut nak naik kapal terbang...cam ne tu????? Sampaikan aku terpaksa cakap...nak naik kapal terbang kena duit banyak...E-in kumpul duit dulu ya....hehe.....ya lah belum berkesempatan nak bawa E-in naik kapal terbang kan....bas dah naik....train pun dah naik.....feri pun dah merasa...tinggal yang terbang kat awan je belum...... Ingat nak pi dekat2 jelah nnti...mungkin ke Langkawi????Aku pun belum pernah sampai ke Langkawi lagi.....bila ya???? Aku free aje...asben lah yang bz memanjang..asik sibuk ngan pameran je skang ni......

Monday, March 28, 2011

Aku tengah giler tengok citer ni....

Waduh waduh waduh.....lama betul aku tak update blog aku ni ya...haha....bukannya tak de cerita untuk dikongsi bersama tapi aku M A L A S..........tapi dek kerana diri sendiri pun dah boring bila bukak blog je tak de cerita baru..jadinya waktu rehat tengahari ini..aku merajinkan diri untuk mengupdate blog aku ini......

Kejora & Bintang...aduh bikin aku tak senang duduk kalau tak dapat ikut setiap episod....ada lah juga tu aku terMISS nak tengok..bila dah MISS tu aku pun tengok lerr kat Youtube tapi tak best sebab tak de subtitle.....ada masa berebut juga dengan E-in..aku nak tengok Kejora & Bintang...yang E-in lak nak tengok kartun...selalu aku cakap kat E-in kalau nak tengok citer ni...aku cakap cam ni: Mama nak tengok citer kakak nangis..boleh tak....nak tengok Bintang....huahahahaaaa...punyalah hebat penangan citer ni walaupun banyak yang tak logik...asik kebetulan kebetulan kebetulan...grrrrr tapi tetap jugak nak tengok.....

yang sebenarnya...aku nak tengok HERO HANDSOME ni ha.......E-in pun pandai cakap "handsomenya abg ni mama"...hahahaaaa

handsome?????

handsome kan.......walau apa pun asben laling tetap nombor 1............