ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, October 18, 2011

Mee goreng Mama's Ezureen Style.....


Jemput makan semua.....menu last week..masak untuk my little princess...aku????aku makan udang + sotong + cili merah ngan ijau tu.....++++ tomato..... laling? xmakan ni sebab ada sea food...

Friday, October 14, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat .....Pesanan Buat Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Monday, October 3, 2011

Walaupun tidak seperti yang ku idamkan....

Assalamualaikum semua...jangan marah ya....sebab dah lama sangat aku tak update blog nieee.... hehe, kerja banyak + masa tak mengizinkan + kadang2 upload gambar slow sangat cam siput = hasilnya aku MALAS...boleh tak gitu???? Hahahaaaa... Entry kali ni pun sebabnya aku terlebih rajin lak nak mengupdate blog...ya lah korang semua mesti boring kan asik citer yang sama je berbulan-bulan.... Huhaaaaahaaaa....Ok lah.....nak citer pasal aku bershopping di Nilai 3 pada 2/10/2011 baru ni...dah lama betul tak ke sana.......jom tengok apa yang aku dapat....

tempat simpan kunci....

basikal untuk letak bunga hiasan....

dah lama mengidam basikal ni...selalu servey online...asik sold je....RM 58.00 jeeee kat Nilai 3

lapik kaki....

close up sket...aku beli 5 helai....RM 20.00 per pcs.....

haaaaa.... ini lah yang ku katakan berdasarkan tajuk Entry aku tuk kali ini....

close up......cantik tak???? Hanya RM 118.00 termasuk pemegangnya ok......
Cerrrr tgk gambar terakhir ini ok......

jam double faces yang sangat2 kuidamkan......dah puas pusing, tetap juga tak ada......jadinya, aku beli ajelah seperti yang di atas tu.......semuanya di Rafflesia Classic....beli RM 200.00 ke atas, terus dapat jadi ahli dan dapat 10% discount.....ada lagi barang2 lain sebenarnya tapi tak sempat nak snap gambar sebab E-in duk mengacau...takut pecah...nnti lerrr dah siap gantung kat dinding, aku post kat blog ya.....

Sekian.....wassalam

Thursday, September 29, 2011

Semoga menjadi kenyataan....











thanks to Encik Google untuk gambar2 yang cantik dan tuan punya gambar......

Angan-angan..kalau dilebihkan rezeki..aku nak cam gini...










Cantikkan.....

Kelebihan Bersedekah


Sumber (http://albesuty.blogspot.com/2010/04/kelebihan-bersedekah.html)

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja.

Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezki tersebut untuk insan lain juga. Contohnya dalam slip gaji kita ada rezki orang lain. Apabila dapat duit maka kereta kita rosak maka ia adalah rezki orang bengkel, tengah bulan pula anak demam , maka ia rezki doktor, petang jumaat perg pasar malam, maka ia rezki penjaja, nak pergi kerja isi minyak, maka ia rezki pengusaha pam minyak. pegi KL lalu TOL( Tahan Orang Lalu), maka ia rezki PLUS. Sebab itu ulama' berpendapat rezki itu ialah apa yang kita pakai, guna, makan sahaja, adapun duit yang berjuta-juta yang kita sayang nak keluarkan , itu belum tentu duit kita, bila kita mati ia milik orang lain. Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti.

Sebab itulah kita akan berkira untuk bersedekah RM10 kepada anak yatim berbanding dengan kita sanggup membelanjakan RM10 untuk meracun diri dengan membeli rokok, ini kerana syaitan akan cuba memujuk kita supaya tidak bersedekah kerana takut jadi papa. Percayalah setiap pagi Allah s.w.t utuskan dua malaikat yang berdoa:" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil." Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah. Di sini saya akan berikan beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah:

Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.

BACA, FAHAM, FIKIR DAN AMAL.

Friday, August 26, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

Assalamualaikum semua.....tup tap tup tap....sekejap je dah 26 hari umat Islam berpuasa.....tinggal beberapa hari je lagi nak menyambut Aidilfitri. Dan dengan itu, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua teman-teman blogger dan juga buat mereka yang menjadi silent readers blog aku ni..Mohon maaf juga sekali lagi kerana blog ini sudah jarang dikemaskini dek kerana kekangan masa.......

Buat teman2 yang balik kampung tu, aku doakan mudah2an perjalanan kalian semua termasuk aku dan keluargaku sendiri, dipermudahkan disepanjang perjalanan...Ingat lah orang yang tersayang sedang menanti ketibaan kita...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H"






Thursday, August 18, 2011

Ya Ampun......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...ya Allah.....dah berapa kurun aku tak update blog ya????Last sekali post pada Jun 2011.......huhahaaaa.....maaf ya kawan-kawan sekelian.....bukan xde masa terluang....tapi banyak kerja yang perlu dilakukan di pejabat...kalau kat rumah pulak..ya lah bila dah pindah ke rumah sendiri..... signal Celcom Broadband langsung cam hampehh je....menyampah aku dibuatnya...kalau lunch time lak..aku banyak habiskan masa melayan fb dan window shopping dan terus shopping online kalau ada barang yang aku berkenan....

Nanti lah ya bila KERAJINAN aku datang untuk mengupdate blog, aku update ya....banyak gambar dan banyak cerita sebenarnya...nanti lah...bye bye.....

Monday, June 13, 2011

Jalan2 ke Melaka - Kenduri Fir & Fizi (part 1)

Alkisah 28Mei. 2011....pagi2 dah bangun bersiap nak ke Melaka....alhamdulillah E-in nak pakai dress yang aku beli on-line....2 helai sekali aku beli, 1 warna pink dan 1 warna purple.....E-in nak pakai warna pink....ok, aku ikut aje.......
muka budak seronok nak jalan2.....masih di rumah sewa masa ni.....

kalau diambil gambar, tak pernah nak posing betul2...huhu

singgah beli Nasi Lemak untuk E-in.....

berhenti di Tol Tg. Malim utk. tggu yang lain2.....

puting tu melekat je kat mulut......



duk sorang2 kat belakang....lagipun dah besar kannnnn....siap bawa teddy bear pemberian Cikgu Zana.....

papa yang cool.......

Singgah RnR Seremban untuk rehat dan makan2......camm biasalah bila dah nampak menda ni kan..tak sah kalau tak naik....sib baik mama dah standby duit 50sen.....

makan pun tak selera......huhu......