
Thursday, September 23, 2010
Raya 2010

Jalan-jalan ke Shah Alam



Monday, September 6, 2010
Kad Ucapan Selamat Hari Raya

Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Assalamualaikum semua...maaf banyak2 lah ya...kemalasan melanda diri, nak mengupdate blog pun aku malas sesangat...
anyway..memandangkan tinggal 3 hari je lagi, esok + lusa + tulat....pas tu Insya Allah semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa... di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf buat semua teman2 yang mengenali diri ini...andai ada terkasar bahasa dan terlepas cakap....maafkan diri ini..Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H daripada kami sekeluarga
*****copppp..ni gambar raya tahun lepas..mmg tengah chubby masa ni...
Monday, August 30, 2010
CHILD KIDNAP TRICK IN CARREFOUR, JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja...Kita tidak tahu entah siapa dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...Terima Kasih. Even if you do not have little kids, pass this one to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mel!. Pleasa, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB> Seorang ibu sedang membongkok untuk membelk-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betulbetul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefor untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta merta. I asked a man whi worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukanny selepas diminta...Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan iti 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. This took all of 3 minjtes after I asked the guys to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her under wear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different...
Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak-budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar. Whoever this person was, took the little girl, brought her into the bathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big place where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Sukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas. I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA! BE SURE TO FORWORD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE!
Monday, August 23, 2010
Awas Jualan Murah

Friday, August 13, 2010
Sukai Orang Lain Terlebih Dahulu

Jom kita terus kepada topik yang hendak aku kongsikan.....
SUKAI ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU
Jadi, bagaimana caranya membuatkan orang suka pada kita?
Adakah dengan cara menceritakan kehebatan diri kita, dan menceritakan pencapaian diri kita, serta menceritakan kekuatan diri kita? Dalam erti kata lain, masuk bakul angkat sendiri!. Sudah tentunya tidak! Malah kalau ini dilakukan, kita akan nampak seperti angkuh dan lagilah orang tidak suka pada kita. Caranya untuk mendapatkan orang suka pada kita ialah dengan cara kita menyukai orang tersebut terlebih dahulu.
Daripada kita menceritakan kehebatan diri kita, kita puji secara ikhlas kehebatan orang tersebut. Daripada kita ceritakan pencapaian diri kita, dengan ikhlas kita hormati pencapaian orang tersebut. Daripada kita menceritakan kekuatan diri kita, dengan ikhlas kagumi kekuatan orang tersebut! Secara tidak langsung, interaksi kita akan membuatkan orang lain suka pada kita. Yang penting, ialah keikhlasan kita. JAngan pulak kita lakukan tanpa keikhlasan kerana orang juga akan nampak kita sekadar mengampu pula!
Bagaimana kita hendak orang sukakan kita, bermula dengan kita menyukai orang tersebut!
Perkara ini dikenali sebagai "the law of indirect effort". Ianya bererti dalam komunikasi, kita perlu mengharapkan pulangan secara tak langsung dengan mengutamakan orang lain terlebih dahulu. Sekiranya kita inginkan kegembiraan, kita perlu beri orang lain gembira. Bayangkan hari jadi orang yang tersayang, bukan sahaja penerima hadiah akan gembira, tetapi kita juga akan turut berasa gembira. Jadi, jawapannya adalah agak mudah. Bagaimana untuk kita mendapat kepercayaan daripada orang lain? Dengan apa yang disebutkan di atas, kita perlu terlebih dahulu mempercayai orang tersebut. Dengan cara ini, apa yang anda berikan, anda akan terima berlipat kali ganda.
PERSONALITI YANG BAIK
Dalam komunikasi dan perhubungan, personaliti yang baik memainkan peranan yang penting. Bukan bermaksud anda perlu menjadi pakar komunikasi, memadai anda bijak menjaga hati orang lain dengan personaliti dan keperibadian yang menarik.
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan datang lagi....


Wednesday, August 4, 2010
AWAS! 11 Perkara Pembunuh Cinta

Hah!!!! Adakah anda pernah berbuat demikian angkara perasaan yang terlalu obsesi terhadap seorang wanita? Atau ada kelemahan lain yang membuatkan anda ditinggalkan? Sikap yang keterlaluan sehingga anda di 'reject'? Berikut merupakan 11 perkara yang mungkin mampu membunuh cinta anda. Dan terimalah hakikat bahawa ia datang dari dalam diri anda sendiri. Perkara sebegini juga boleh menimbulkan kebarangkalian anda ditinggalkan dek pasangan yang tidak tahan dengan sikap anda itu. Jadi sebelum perkara sebegini memudaratkan keadaan, maka berubahlah demi kebaikan bersama. Bak kata pepatah lama 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'.
1. KAKI 'PAU'
Zaman sekarang ini bukan wanita saja bersikap materialistik, tetapi kaum sejenis anda juga ramai yang begitu. Paling memalukan, mangsa yang kena 'pau' ialah wanita iaitu pasangan anda sendiri. setakat hendak menambah (top up) kredit telefon bimbit pun anda meminta duit daripadanya. Belum masuk lagi anda"pau" si dia belikan anda roko. Alamak! Bro...takkan sengkek sangat kot sampai terpaksa meminta-minta daripada pasangan anda. Memanglah 'sharing is caring' tetapi takkan sampai menjadikan si dia sumber pendapatan atau pun bank bergerak anda. Sangat tidak berhemah bagi seorang lelaki apabila terlalu 'makan' duit wanita.
2. BOROS BERBELANJA
Sebulan anda memperuntukkan hampir RM 1,000 untuk 'mekap' kereta anda. RM200 beli minyak wangi, RM300 bajet untuk rokok dan lepak di mapley, RM200 main snuker atau RM 200 untuk membeli pakaian baru top to toe! Tapi bila isteri anda menyuruh membeli sekampit beras atau susu anak, mulalah anda menggelabah kerana bajet untuk keperluan rumah memang tak berapa ada. Anda memaksa isteri anda beli dengan duit gajinya sendiri. Atas alasan, bajet bulanan anda lari! Bro, kalau gaji anda besar dan mahu beli itu ini, tidak mengapa jugalah. Tetapi kalau gaji anda sederhana atau cukup-cukup makan, pandai-pandailah agih-agihkan perbelanjaan. Jangan kerana mahu bergaya, anda jadi papa kedana pula. Semata-mata mahu mencantikkan kereta, anak dan isteri di rumah tak cukup makan atau pada yang bujang, tak mampu belanja makan kekasih hati semasa berjanji temu!
3. BANYAK MASA BERSAMA RAKAN-RAKAN
Zaman bujang, anda sudah banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Bila bergelar suami atau ayah, anda masih dengan tabiat lama, dahulukan rakan-rakan, bukan keluarga. Anda bekerja, begitu juga dengan isteri anda. Habis saja waktu bekerja, si dia terus balik ke rumah dan menguruskan rumah tangga. Anda pula terus ke gelanggang futsal atau melepak di mapley (atau mana-manalah) bersama rakan-rakan. Tengah malam barulah anda muncul di rumah. Begitulah aktiviti seharian anda atas alasan bosan di rumah. Jadi lebih baik anda terus membujang daripada menyandang status sebagai suami/ayah tetapi tidak membawa makna. Ini juga bermakna anda seorang yang tidak bertanggungjawab!
Resipi Kerabu Epal Hijau
.jpg)
- 2 biji epal hijau
- 1/2 batang lobak merah
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 1 labu bawang besar
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 pokok daun ketumbar (aku tak bubuh daun ni sbb xsuka)
- 1 biji lemon (diambil jusnya)
- 1 sudu teh gula
- Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Epal dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang.
2. Semua bahan lain dihiris.
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
4. Kacau rata dan rasakan masamnya.
5. Sedia dihidangkan.
****Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopaus.
Terima kasih buat Kak Hanieliza untuk resipi yang sedap ini.....
Tuesday, August 3, 2010
Beli apa tuuuu?????
.jpg)
Sekian cerita untuk kali ini.....dah lepas jam 2 pm ni..nak buat kerja opis pulak....babai...