ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, January 10, 2012

Menangis tak mahu ditinggalkan.....

Assalamualaikum semua.....huuuu actually mata aku mengantuk sangat ni menulis nombor sampai dah nak pejam rasanya...so kita rehat kejap sambil update blog....

Sana sini orang duk post citer anak masuk tadika lah..anak masuk sekolah darjah 1 lah..... anak aku???? Tahun ni dah masuk Tadika UPSI.....kalau ikut kiraan bulan baru 4 tahun 1bulan 2ohari pada 4 Januari 2012....ya lah lahir hujung2 tahun kan....tapi sekolah tetap kena pergi.

4 Januari 2012 - 1st day sekolah
Pagi2 kul 7 dah bangun...alhamdulillah senang bangun selepas dikejutkan dan aku lak cuti hari tu. Hantar kat tadika pun ok tak de masalah....so aku tinggalkan dia disitu. Kul 12 t/hari aku datang tengok sbb nak tengok mudah2an E in dapat membiasakan diri untuk kelas transit. Lepas lunch.....aku pun ikut dia naik ke tingkat atas tapi E in berhenti kat luar pintu....haiyakkkk ini budak xmo masuk maaa.... sudahnya sampai menangis teresak2 jadi aku pun tak sampai hati lah pulak bila tengok dah beriya sangat menangisnya tu kan...sekeras-keras hati aku..... bila tengok anak menangis, confirm aku kalah...hahahhaaaa

Sudahnya aku bawa balik walaupun Dr Mahani kata tak apa, biarkan aje....tapi aku???? owhhh tidak...kesian kat anak.... memula aku tukarkan baju E in, suh dia baring tapi dia tetap nangis.... waaaaa...jadi apa lagi aku pun kemas apa yang patut...bawa dia masuk dalam kereta. Masuk je dalam kereta, terus zzzzzzzzz....hehe

5 Januari 2012- 2nd day sekolah
Aku sorang je hantar.....dari malam lagi dah cakap esok tak nak pi sekolah tapi aku pujuk jugak... ok bgn pagi agak susah...nak mandi pun susah.....buat aku sedikit HOT.... dah siap semua, aku angkat bawa masuk lam kete..... dalam kete aku pujuk lagi..... dah sampai UPSI, dia boleh tak nak turun dari kereta....hayooooo..... aku terus telefon taska lama E in tuk letakkan dia kat situ. Sampai kat taska, menangis juga tak nak tinggal sudahnya aku hantar ke rumah MIL aku.... habis cerita... ya lah sebab aku dah keje hari Khamis tu...

Lunch time aku jenguk E in kat umah MIL...ayoooo main aje....then aku balik ke opis.

Petang after office hour, terus laju ke rumah mil... aduyaiiii dari tadi tak tido2 + tak mandi2... sabar aje lah...... Sampai rumah minta susu terus zzzzzz sampai pagi esok.....

6 Januari 2012 - 3rd day sekolah
Bangun pagi kul 7..... aku ngan hubby laling kena hantar, tak leh lain2 kereta...hadoiiii... sampi tadika, memula aku layankan jugak dalam kelas tu..then bila dia ralik main jigsaw puzzle...terus kami tinggalkan dia.... huhu...dalam hati aku, kompom bila tak nampak aku ni dia meraung sekuat hati.......

12 noon Mil tepon bgtau E in nangis beriya masa nak pi transit.... aku cakap, xpe biar dia belajar... tapi lepas letak tepon aku lak yang beriya menangis bila teringat anak macam tu.

Petang aku kuar awal dari opis ke tadika, nak bayar yuran transit + tengok E in. Sesampai kat tadika...ok je...memula aku tanya pengasuh kat situ...dorang kata..ala biasalah budak nangis,,, kejap je pun nangisnya tadi....dipujuk2 ok lah dia..... lepas bayar yuran transit... aku cari E in yang duduk dalam kumpulan sedang melakukan aktiviti sebelah petang bersama pelajar-pelajar UPSI. Bila aku panggil tu dia diam je....bila dah cukup kul 5pm...aku naik atas bik barang2 E in dan aku biarkan dia main jongkang jongkit kat bawah di bawah pengawasan pelajar UPSI yang belum balik tu.....

Masa masuk dalam kete...E in tanya, nape mama tak tunggu E in????? jawapan aku...BOSS mama panggil...huhu terpaksa bohong kalau tak camne ehhh????huhu

Sabtu kat rumah je sebab laling kerja....

Ahad ke Tesco Rawang saje bw E in jln2....

Isnin 9 Januari 2012
Sebab dah 2 hari cuti, hari ini senang nak bangun pagi...nak pergi sekolah tapi mesti mama ngan papa hantar. Siap suh aku tunggu dia lagi kat tadika...huhu. Dah sampai tadika...ok masuk dalam kelas dengan aku aku sekali belajar....lama jugak aku kat situ.....then aku bagi alasan nak pi toliet, papa tunggu kat luar...ok terus kami cabut.......haaaa kompom nangis bila tak nampak aku tu...

9hb juga ada PERISTIWA di UPSI....sebab seorang...susah kami semua...dengan JALAN banyak di tutup.... kalau staf dari luar nak masuk dalam kawasan kampus, memang tak lepas nak bw masuk kereta jadinya dorang semua parking kat luar, jalan kaki masuk dalam kawasan kampus.. huuuu menyusahkan orang betul!!!!!

Selasa 10 Januari 2012
Pagi aku nak kuar punch card, E in dengan tak mandinya ikut sekali. Balik kerumah, nak mandi pun susah..sampai basah lah baju kurung aku memandikan E in.....huuu sabar sabar.

Hari ni pergi asing2...sampai kat tadika, turunkan semua barang...anta barang kat bilik transit then turun balik masuk kelas E in..... mungkin dia tak mamanya ada taktik nak tinggalkan dia jadinya dia berkepit je ngan aku hari ni......oh ya, pakai diapers hari ni pegi tadika...huhu... uniform sekolah tak nak pakai...pakai t shirt je beberapa hari ni....ok lah daripada tak nak pergi sekolah langsung kan...ikutkan aje.....

Nak keluar dari kelas tu agak susah sket bila dah berkepit je ngan aku tu kan tapi aku berjaya jugak melarikan diri dan sebaik aku keluar je dari bangunan tadika tu aku dengar suara E in yang kuat tu bertanyakan mana mama sambil menangis.... ayooooo...what to do ya?

Kawan-kawan.... ada pengalaman macam aku tak? Aku memang dah tekad tahun ni untuk lebih banyak bersabar sekiranya anak tak nak ke sekolah...jangan marah sebaliknya kita pujuk dia tapi ada masanya aku fed up juga...susah benar nak tinggal kat tadika..... kawan2 ramai....kawan2 masa di taska pun ada yang satu kelas dengan E in tapi aku tak tahu kenapa E in tak boleh ditinggalkan dengan begitu senang macam budak2 lain....HELP me...... kalau lah aku tak kerja...duk rumah je kan senang...ni anak meragam lagi....kerja kat opis lagi....adeiiiiii

2 comments:

  1. Salam Mama Ezureen,sebenarnya itu perkara biasa bagi 1st timer ke kindergarten.Lain budak,lain perangai...at this age memang they all ada perasaan separation anxiety.So yang penting ibu-ibu kena sabar dan kuatkan hati.Kebiasaannya mereka hanya menangis bila mama mereka ada bersama,tapi bila mama mereka pergi mereka akan berhenti menangis and they know how to behave with their teacher.Setenggah budak senang adapt to the knew environment..sesetengahnya pulak lambat sikit.Just give them a time.Keep the good relationship with teacher and principal.Insaalah after 2 3 weeks she will be ok.Yang penting ibu bapa kena sabar dan kuat semangat untuk kebaikan anak2.We have to be a bit cruel in order to be nice to them and for their own benefit.Visit blog tadika Kak ros to see the children activities.

    ReplyDelete
  2. e-in lahir hujung tahunke? anak saya lahir ujung tahun so sgtla muda bile nak skolah... masa umur 4 tahun (tp baru genap 3 thn brapa hari) dpt sekolah sebulan je..pastu xmo gi sekolah. masa umur masuk 5 tahun dia pi juga sekolah , cuma liatla nak bangun mandi pastu nangis2 gak.. masa 6 tahun tukar ke pasti firdaus , baru senang nak sekolah , x nangis2.. agaknya x stress kat pasti tu.. masakat kurnia minda dia stress sgt ngan cikgu.
    ni darjah 1 pun dah ok tp liat nak bangun pagi tu mcm biasala.. cum x teruk sgt.

    ReplyDelete