ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, August 30, 2010

CHILD KIDNAP TRICK IN CARREFOUR, JB

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU.....Tajuk: Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB....


oleh Nor Zahidah Mustaffar


Sharing Is Caring ok..info yang aku baca di fb....perhatian buat parents diluar sana...termasuk peringatan untuk aku dan hubby laling.....

(gambar sekadar hiasan.....masa ni aku gemukkksss sangat...la ni suar yg aku pakai tu dah gedoboh besarnya..hik hik)


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja...Kita tidak tahu entah siapa dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...Terima Kasih. Even if you do not have little kids, pass this one to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mel!. Pleasa, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB> Seorang ibu sedang membongkok untuk membelk-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betulbetul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefor untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta merta. I asked a man whi worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukanny selepas diminta...Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan iti 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. This took all of 3 minjtes after I asked the guys to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her under wear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different...

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak-budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar. Whoever this person was, took the little girl, brought her into the bathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big place where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Sukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas. I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA! BE SURE TO FORWORD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE!

Monday, August 23, 2010

Awas Jualan Murah

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSIN

E-mel yang kuterima dari kawan pejabat. Sangat berguna buat mereka yang kaki shopping waktu SALE lebih2 lagi dah dekat nak raya ni kan....baca hingga habis ya.....
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan terikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam saging' terhadap masayarakat di negara ini.
PETALING JAYA: sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM 455 dan selepas diberi diskaun kononnta sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM 109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna is dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM 455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, penggunan ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertanggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd. Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. "Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009."Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang 'alah membeli menang memakai'.
"Ini tidak, pantang ternampak iklan jualan murah, kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat membeli-belah terkemuka negara ini saban setahun.

Friday, August 13, 2010

Sukai Orang Lain Terlebih Dahulu

Assalamualaikum....Jumaat 13hb. Ogos 2010, jam 2.45 pm....dek kerana sebab bulan puasa...dah 3 hari kita berpuasa....jadinya masuk kerja pun awal.....aku dah xde apa nak buat...errrkkkk??? xde apa nak buat???? hehe..kerja ada ni haaa...jap lagi lerr aku buat...mood nak cuti pulak ni haaa...malehhh..haha...aku duk membelek majalah Maskulin ni ha....page 72 keluaran mei 2010.....Tajuk dia "HUBUNGAN SESAMA INSAN DALAM KEJAYAAN"...weeee weeeee..kalau korang nak tau semua yang diperkatan di dalam tajuk di atas tu..korang buka lerr majalah Maskulin tu ya..aku bik sket je untuk dikongsi bersama....
(gambar sekadar hiasan..kenangan bersama Cik Zahariah, Ketua Pustakawan yang baru sahaja bersara..semalam 12/8/2010 adalah hari terakhir beliau di Perpustakaan Tuanku Bainun....walaupun aku tidak menangis, tapi hati aku skang ni tetiba sayu je bila teringatkan kat x-boss aku ni....walaupun 'bising' tapi hatinya baik sekali...aduhai....cukup2..air mata aku nak meleleh pulak....)

Jom kita terus kepada topik yang hendak aku kongsikan.....

SUKAI ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU

Jadi, bagaimana caranya membuatkan orang suka pada kita?

Adakah dengan cara menceritakan kehebatan diri kita, dan menceritakan pencapaian diri kita, serta menceritakan kekuatan diri kita? Dalam erti kata lain, masuk bakul angkat sendiri!. Sudah tentunya tidak! Malah kalau ini dilakukan, kita akan nampak seperti angkuh dan lagilah orang tidak suka pada kita. Caranya untuk mendapatkan orang suka pada kita ialah dengan cara kita menyukai orang tersebut terlebih dahulu.

Daripada kita menceritakan kehebatan diri kita, kita puji secara ikhlas kehebatan orang tersebut. Daripada kita ceritakan pencapaian diri kita, dengan ikhlas kita hormati pencapaian orang tersebut. Daripada kita menceritakan kekuatan diri kita, dengan ikhlas kagumi kekuatan orang tersebut! Secara tidak langsung, interaksi kita akan membuatkan orang lain suka pada kita. Yang penting, ialah keikhlasan kita. JAngan pulak kita lakukan tanpa keikhlasan kerana orang juga akan nampak kita sekadar mengampu pula!

Bagaimana kita hendak orang sukakan kita, bermula dengan kita menyukai orang tersebut!

Perkara ini dikenali sebagai "the law of indirect effort". Ianya bererti dalam komunikasi, kita perlu mengharapkan pulangan secara tak langsung dengan mengutamakan orang lain terlebih dahulu. Sekiranya kita inginkan kegembiraan, kita perlu beri orang lain gembira. Bayangkan hari jadi orang yang tersayang, bukan sahaja penerima hadiah akan gembira, tetapi kita juga akan turut berasa gembira. Jadi, jawapannya adalah agak mudah. Bagaimana untuk kita mendapat kepercayaan daripada orang lain? Dengan apa yang disebutkan di atas, kita perlu terlebih dahulu mempercayai orang tersebut. Dengan cara ini, apa yang anda berikan, anda akan terima berlipat kali ganda.

PERSONALITI YANG BAIK

Dalam komunikasi dan perhubungan, personaliti yang baik memainkan peranan yang penting. Bukan bermaksud anda perlu menjadi pakar komunikasi, memadai anda bijak menjaga hati orang lain dengan personaliti dan keperibadian yang menarik.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi....

Syukur alhamdulillah. Tahun ini adalah tahun keempat aku berpuasa sebagai seorang isteri...2 tahun semasa tinggal bersama MIL....tahun lepas dan tahun ni bersama2 suami dan anak di rumah sewa (bila lerrr nak pindah umah baru ni...hehe). Sahur pada hari pertama...malam tadi dah masak nasi...jadinya sahur tadi aku buatkan nasi goreng untuk laling....kul 4 pg aku dah bangun masak dan buatkan air...kul 4.30 pagi kejutkan laling bangun makan..sementara laling makan aku duk melayan internet..hehe...kul 5 lebih aku tido balik....tak leh tak tido semula...nnti aku mengantuk sesangat di siang hari...(dulu2 masa zaman aku bujang aku mana de pernah bangun makan sahur.....sejak dah kawen harus bangun you.....)
Okey lah..xmo celoteh banyak2...aku just nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..semoga dibulan puasa ini aktiviti kita dipenuhi dengan kegiatan yang berfaedah dengan berbuat banyak kebaikan bagi menambah pahala......




mulut jangan berkata 'saya PUASA' tetapi pada hakikatnya tidak BERPUASA.....walau kita boleh menipu 'ORANG' tetapi ALLAH maha mengetahui....

Wednesday, August 4, 2010

AWAS! 11 Perkara Pembunuh Cinta

Sumber: Majalah Maskulin Mei 2010


OPPsss.....majalah dapat free ehhh....Ada satu ruangan yang aku suka baca, kelolaan oleh Izwaashura Sadali. Sangat bagus buat mereka-mereka yang bergelar LELAKI....

Khairul menyimpan perasaan terhadap Farah sejak zaman sekolah menengah.10 tahun kemudian, barulah dia berjaya menambat hati gadis yang dipuja. Itu pun selepas Farah putus tunang. Khairul terus menyunting Farah sebagai isteri dan selepas mendirikan rumahtangga dia mula berubah. Perasaan cinta yang meluap-luap dan kekesalan kerana tidak dapat memiliki Farah sejak dulu menimbulkan perasaan dendam dari dalam diri Khairul. Lantas dia menjadi seorang yang terlalu obses terhadap Farah. Pantang ada lelaki yang menghampiri Farah walaupun atas urusan kerja, pasti lebam biji mata. Tidak tahan dengan keadaan ini, Farah akhirnya menuntut penceraian. Namum begitu, Khairul tetap tidak mahu melepaskan Farah dan berazam akan terus mengikat wanita itu sehingga ke akhir hayat.


Hah!!!! Adakah anda pernah berbuat demikian angkara perasaan yang terlalu obsesi terhadap seorang wanita? Atau ada kelemahan lain yang membuatkan anda ditinggalkan? Sikap yang keterlaluan sehingga anda di 'reject'? Berikut merupakan 11 perkara yang mungkin mampu membunuh cinta anda. Dan terimalah hakikat bahawa ia datang dari dalam diri anda sendiri. Perkara sebegini juga boleh menimbulkan kebarangkalian anda ditinggalkan dek pasangan yang tidak tahan dengan sikap anda itu. Jadi sebelum perkara sebegini memudaratkan keadaan, maka berubahlah demi kebaikan bersama. Bak kata pepatah lama 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'.

1. KAKI 'PAU'

Zaman sekarang ini bukan wanita saja bersikap materialistik, tetapi kaum sejenis anda juga ramai yang begitu. Paling memalukan, mangsa yang kena 'pau' ialah wanita iaitu pasangan anda sendiri. setakat hendak menambah (top up) kredit telefon bimbit pun anda meminta duit daripadanya. Belum masuk lagi anda"pau" si dia belikan anda roko. Alamak! Bro...takkan sengkek sangat kot sampai terpaksa meminta-minta daripada pasangan anda. Memanglah 'sharing is caring' tetapi takkan sampai menjadikan si dia sumber pendapatan atau pun bank bergerak anda. Sangat tidak berhemah bagi seorang lelaki apabila terlalu 'makan' duit wanita.


2. BOROS BERBELANJA

Sebulan anda memperuntukkan hampir RM 1,000 untuk 'mekap' kereta anda. RM200 beli minyak wangi, RM300 bajet untuk rokok dan lepak di mapley, RM200 main snuker atau RM 200 untuk membeli pakaian baru top to toe! Tapi bila isteri anda menyuruh membeli sekampit beras atau susu anak, mulalah anda menggelabah kerana bajet untuk keperluan rumah memang tak berapa ada. Anda memaksa isteri anda beli dengan duit gajinya sendiri. Atas alasan, bajet bulanan anda lari! Bro, kalau gaji anda besar dan mahu beli itu ini, tidak mengapa jugalah. Tetapi kalau gaji anda sederhana atau cukup-cukup makan, pandai-pandailah agih-agihkan perbelanjaan. Jangan kerana mahu bergaya, anda jadi papa kedana pula. Semata-mata mahu mencantikkan kereta, anak dan isteri di rumah tak cukup makan atau pada yang bujang, tak mampu belanja makan kekasih hati semasa berjanji temu!

3. BANYAK MASA BERSAMA RAKAN-RAKAN

Zaman bujang, anda sudah banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Bila bergelar suami atau ayah, anda masih dengan tabiat lama, dahulukan rakan-rakan, bukan keluarga. Anda bekerja, begitu juga dengan isteri anda. Habis saja waktu bekerja, si dia terus balik ke rumah dan menguruskan rumah tangga. Anda pula terus ke gelanggang futsal atau melepak di mapley (atau mana-manalah) bersama rakan-rakan. Tengah malam barulah anda muncul di rumah. Begitulah aktiviti seharian anda atas alasan bosan di rumah. Jadi lebih baik anda terus membujang daripada menyandang status sebagai suami/ayah tetapi tidak membawa makna. Ini juga bermakna anda seorang yang tidak bertanggungjawab!

weeee.....untuk lebih lanjut..sila dapatkan Majalah Maskulin keluaran Mei 2010......tak lalu aku nak menaip banyak2...heheh....

Resipi Kerabu Epal Hijau

Wokehhh...straight to the point. Aku tau ada kawan2 aku yang duk tertanya2 camne lah nak buat kerabu epal hijau ni ya....resipi yang paling senang..cepat dan mudah....jom layannnzzzzz
Bahan-bahannya:-
- 2 biji epal hijau
- 1/2 batang lobak merah
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 1 labu bawang besar
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 pokok daun ketumbar (aku tak bubuh daun ni sbb xsuka)
- 1 biji lemon (diambil jusnya)
- 1 sudu teh gula
- Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Epal dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang.
2. Semua bahan lain dihiris.
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
4. Kacau rata dan rasakan masamnya.
5. Sedia dihidangkan.

****Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopaus.

Terima kasih buat Kak Hanieliza untuk resipi yang sedap ini.....

Tuesday, August 3, 2010

Beli apa tuuuu?????

Haluuuu...beli apa lagi ni?????heee......kalau ada menda yang aku berkenan...mmg lah aku beli....shopping online lagi....kali ni kat mama-homebiz.blogspot.com (errrrkkkkk...betul ke ejaan aku ni???? ampun ya Kak Nany kalau tersalah spelling ke...) dah banyak kali juga aku shopping kat blog Kak Nany ni....kali ni jom tengok apa yang aku beli lagi....

telekung.....
dan 2 helai tudung.....meroon + ijau....

Sekian cerita untuk kali ini.....dah lepas jam 2 pm ni..nak buat kerja opis pulak....babai...

Nasi minyak and the gang.....


Taraaaa......ni pulak projek memasak sabtu lepas......nasi minyak and the gang...rendang ayam dan kerabu epal hijau....ekekeke....malas nk buat acar timun so aku buat kerabu tapi kali ni kerabu epal hijau ni aku letak timun...sedap juga......eheheee...puji sendiri
Si E in sampai 3 kali makan lah nasi minyak ni.....suka benar makan nasi minyak....hehe.....nyummmm nyummmm...jemput makan semua.....

Opppsss...ni percubaan pertama aku memasak nasi minyak ya kawan2...aku malas nak masak makanan yang banyak bahan sebenarnya...ya lah family kecik je kan....so selalunya aku masak yang simple aje lah....