Salam semua......salam ceria di pagi jumaat...alhamdulillah...sejuk pagi ni...baru je lepas ujan lebat.. Hmmm...dah lama aku tak post N3 pasal masak2 kat blog aku ni....tengahari semalam aku ke kedai membeli bahan2nya...petang baru aku buat...ini percubaan pertama aku..tak pernah buat pun sebelum ni....ntah kenapa tetiba tekak rasa nak makan pulak....lagipun kek ni senang je....tak sampai 1/2 jam pun membuatnya...






Milo
Serbuk koko
Butter
Susu pekat manis
Sedikit air
Biskut marie
Cara2 membuatnya:
1. Patah-patahkan biskut marie kpd. 4 dan masukkan ke dalam bekas. Ketepikan.
2. Cairkan butter didalam periuk di atas api kecil.
3. Setelah butter cair, masukkan milo & serbuk koko. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu pekat manis dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati. (Susu pekat manis tu aku masukkan 1 cawan je dan air 1/2 cawan. kalau nak manis lagi..tambah lerrr lagi....).
4. Tuangkan bancuhan ke atas biskut marie dan tekan2 supaya padat.....
5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam...then bolehlah dipotong dan di makan.....
No comments:
Post a Comment