Cara Salah Cepat Kaya
Monday, June 28, 2010
JUDI MENGUNDANG PERMUSUHAN DAN PERGADUHAN
Cara Salah Cepat Kaya
Saturday, June 19, 2010
Happy Father's Day
Thursday, June 17, 2010
Menu untuk petang ini...
Tapinya bila dah sampai umah..masa aku tengah memasak, selepas E in nangis nak puting....aku ke depan jap tengok E in yang tadinya riuh kemain..tetiba senyap je...laaaaa dah tidur rupanya dak kecik ni...penat sangat gamaknya...jadinya....aku pun makan lerrr sikit...hehe
Sape kata aku tak pandai masak? Kalau pandai masak pun tapi memasak tak ikhlas hanya sebab TERPAKSA... aku pun tak hairan ngan orang cam tu....aku dulu masa skolah..aliran Sains Rumah Tangga tau....pernah dapat anugerah pun masa form 3 sebab mata pelajaran SRT tu...cuma bila dah kerja..dah duk sendiri sblm kawen..aku pun malas nak masak..dan bila dah kawen dan dapat duduk sendiri dengan hubby laling dan anak...aku dapat masak apa aje yang aku rasa tekak aku nak makan...tak de sape pun nak komplen...BETUL tak kawan-kawan??????Masa stay ngan MIL, mmg aku jadi tak reti nak memasak sebab KEJUTAN MENU....bahan masakan..dan aku tak nafikan masakan MIL aku mmg sedap...apa pun aku dapat belajar masak makanan hubby laling...itu yang penting sebenarnya....kalau tak pandai...kita kena belajar....bila dah pandai..kita berkongsi...
Sekian untuk kali ini......
Wednesday, June 16, 2010
Fenomena Hutang Dan Keburukannya
Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?????
10 Perangkap Syaitan
1. Melalui sifat bohong dan angkuh:-
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. (kemewahan & kesenangan dari sumber yang halal, bukannya dari sumber yang haram contohnya berjudi)
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur." (An-Nahl:23)
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Hindarilah kamu daripada sifat hasad dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagimana api memakan kayu yang kering" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."(Riwayat Muslim).
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:"Jangan kamu bersenang lenang dengan kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya."(Riwayat Muslim).
Thursday, June 10, 2010
Sambutan birthday Aida.....
Monday, June 7, 2010
Jln2 tengok lampu berwarna-warni
Friday, June 4, 2010
Cotton Voile
ini lah dia.....jeng jeng jeng....:)xabis2 mengabiskan duit....ekekeke
Cotton Voile from Azzara Cottons.....(www.azzaracottons.blogspot.com)
Balik kampung....
ini eksyen je ni..bukannya dia tidur pun...penat membuai je....pas tu dia turun dari buai..sabar je lah.....
yehaaa....masa untu melanyak katil Bonda Teh...hehe...sila abaikan rambut E in yang serabai tu ya.....bukan di baginya aku sapu minyak....
Kek batik
ok kawan2.....ini ler bahan2 nak buat Kek Batik....butter tu mmg dah ada dalam peti ais...nak buat kek buah tak buat2....so aku guna tuk buat kek batik dulu....