gambar ni diambil pada 9/12/2007...masa aku balik berpantang kat umah parents aku di Bentong, e in tak sampai sebulan pun usia dia lagi....pipi e in memang chubby dari dia lahir lagi ya.....
6. Who did you tell first?
9. Did you have morning sickness?
11. What was your first child's sex?
12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
16. Who drove you to the hospital?
17. Who watched you giver birth?
21.When was your child actually born?
23. How old is your first born today?
So, aku tagged kengkawan aku plak:-
Huuuu...tag kali ni pasai pregnancy & delivery...actually aku dah dapat tag ni dari lily azliyana @ mama zara sebelum Koalajepong...memandangkan dah 2 orang yang tag aku pasai citer nih...so aku kena lah buat...tak kan nak hampa kan permintaan kawan2 kan.....so kengkawan...jom layan citer aku ni ek.....
1. Was your first pregnancy planned?
of course lah…pasai one year after married aku tak ngandung2 lagi…orang asik tanya je…boring tul…tu pun ‘ngandung’ pasai masa aku demam aku pi Klinik Syifa…aku siap tanya lagi kat Doktor Aszeri..kah kah kah…
2. What was your second choice name for your site gender name?
2. What was your second choice name for your site gender name?
Tak de pun…
3. What were your reactions?
Uikkk…suka tak terhingga hingga tak percaya…kah kah kah…mana taknya....sebelum tu aku sibuk bertugas sebagai penyambut tetamu sempena konvo UPSI bulan Mac 2007...aku ni dah lah aktif...kotak kertas A4 yang ada 5 rim kertas didalamnya pun aku angkat sorang2.....dah rezeki kan?????
4. How old were you?
32 yrs old
5. How did you find out you were pregnant?
Aku buat pregnancy test sendiri pasai period dah lewat 2 minggu. Aku ajak hubby pi farmasi beli pregnancy test, pagi2 esoknya aku test…yahoo..positif….tapi hubby aku tak percaya...so malam aku ajak pi test sekali lagi kat Klinik Syifa dan doktor cina tu mengesahkan yang aku dah mengandung 16 minggu masa tu...
6. Who did you tell first?
Of course my beloved hubby
7. Did you want to find out the sex?
Sure….tapi tiap kali pi scan….Doktor Ramesh kata ‘tak nampak’…adeh sampai lah aku nak beranak asik tak nampak je…Sebenarnya aku tak kisah pun boy or girl....
8. Due date?
1 Disember 2007
9. Did you have morning sickness?
Rasanya aku tak de morning sickness…tapi masa aku tak tahu yang aku tengah mengandung…aku memang tak boleh telan air Nescafe…minum je aku muntah…bila dapat tau aku ngandung, terus tak minum Nescafe…pas tu aku start minum peel fresh orange ngan susu strawberry
10. What did you crave?
Memula aku nak makan belimbing besi…beli kat Jusco Bukit Raja kalau tak silap aku….haha….pastu bila malam je aku nak makan bihun sup sayur….haaa…terpaksa lah hubby aku beli bihun sup sayur tuk aku ni haaaa hari-hari....aku ni plak memang gila makan sayur...kalau makan nasi...aku mesti nak ada sayur...
11. What was your first child's sex?
Girl
12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
Masa belum ngandung, berat aku dalam 60kg je cam tu….pastu semakin naik dan semakin naik…last masa check up kat Hospital Slim River, berat aku dah mencecah 80kg…mak oiii….sabar je lah…mana taknya sepanjang mengandung aku memang berselera betul makan…tak kisah dah…yang penting aku makan tuk anak aku sekali...haha
13. Did you have any complications during your pregnancy?
Aku cuma ada masalah pada kandungan dan juga kedudukan uri aku yang berada di bawah…menurut doctor, uri aku type 4, iaitu placenta privea type 4…uri menutup terus laluan untuk baby keluar…then baby lak melintang…memang baby tak dapat pusing langsung sebab uri kat bawah tu….
Bila kandungan semakin membesar, aku tido tak boleh mengiring ke kiri sebab sakit sangat...macam ada mencucuk-cucuk je…. Masa kandungan aku masuk minggu ke 34, aku kena warded kat Hospital Slim River sampai aku bersalin dan aku memang dah diberitahu yang aku tak boleh bersalin normal...so aku redha je....
Bila kandungan semakin membesar, aku tido tak boleh mengiring ke kiri sebab sakit sangat...macam ada mencucuk-cucuk je…. Masa kandungan aku masuk minggu ke 34, aku kena warded kat Hospital Slim River sampai aku bersalin dan aku memang dah diberitahu yang aku tak boleh bersalin normal...so aku redha je....
Pastu udah lah kandungan gula dalam darah aku tinggi masa first check kat klinik kesihatan tajung malim, langsung tiap-tiap bulan kena ambik darah....sebenarnya sekali tu je...lepas tu dah ok dah sebab aku pun pagi2 breakfast ngan milo o ngan biskut / roti je
14. Where did you give birth?
Hospital Slim River, Perak
15. How many hours were you in labor?
Lama…aku ditolak masuk ke bilik pembedahan dalam kul 12 tengahari..dah start posa dari jam 6 pagi tue...memula dorang pasang2 wayar kat badan aku...lepaih tu cucuk tiub dalam kerongkong aku....tak lama pas tu aku dah tak sedar dah....baby keluar pukul 1.26 tengahari....tapi aku masih kat dalam dewan bedah lagi...kalau tak silap dalam pukul 2 petang lebih baru aku keluar dari dewan bedah..itu pun aku mamai lagi dik ubat yang menidurkan aku tu....
16. Who drove you to the hospital?
Hubby dan mother in law
17. Who watched you giver birth?
Doktor pakar bedah, doktor pakar bius dan assistant doctor. Di dalam dewan bedah, hubby tidak dibenarkan masuk...
18. Was it natural or c-section?
C-section
19. Did you take medicine to ease the pain?
Ambik…ubat penahan sakit tapi aku tak rasa pun keberkesanannya ubat tue…so aku kuatkan semangat je...
20. How much did your child weigh?
3.65kg- besarkan anak aku?pasai masa aku kena warded 3 minggu tue...keje aku hari2 makan...tido...makan...tido...
21.When was your child actually born?
14 November 2007
22. What did you name him/her?
Puteri Ezureen binti Edzri
23. How old is your first born today?
1 Years 4 months 9 days
24. Would you do it again?
Waaa….aku dah fobia nak beranak pasai banyak masalah masa ngandungkan e in…takutnya aku…..betul...aku tak tipu...sampai aku cakap kat hubby cukuplah sorang ni je anak kita...
So, aku tagged kengkawan aku plak:-
1. Cintamanisz Lite
2. Ayousha
3. Kak Tun Boxhouse
No comments:
Post a Comment