ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, June 7, 2010

Jln2 tengok lampu berwarna-warni

Sabtu bersamaan 5 Jun 2010.....pagi + tengahari lepak kat umah je.....petang dalam jam 6 lebih cam tu gerak ke Shah Alam...saje jln2 bawa E in....yg selebihnya aku yang nak berjalan..hehe....pagi tu dah ajak hubby laling pi I-City..dia ok je....asik tengok kawan2 blogger duk wat N3 pasal I-City je jadinya aku pun teringin nak pi...lagipun Tg Malim ke Shah Alam tak lah jauh sangat ya kawan2....moh kita layannnzzzz.....
huuu...sib baik dak kecik ni nak pakai t-shirt yang hubby laling beli kat Bandung hari tu....pas2 tu duk kat seat belakang mengoyak tisu.....
ini lah dia.....I-City.......
pi malam minggu...cam gini lah haaa....banyak kereta weiiii....



maaf lah ya..ambik gambar guna kamera hpon cenggini lah haaa....kamera digital dah kehabisan bateri, lupa nak tukar baterinya...
masa sampai kat sini...kami tak turun dari kereta pun....E in siap cakap...ramainya orang...hehe
cantikkan??????

so kawan2..kalau nak pi..len kali pi hari bekerja ya....ini dah lah pusing pun jauh...turun dari bangunan parking pun punyalah jauh....uuuuuuuu

Friday, June 4, 2010

Cotton Voile

Haluuuu...assalamulaikum dan selamat sejahtera...selamat petang semua.....barang yang ku nanti2 sudah tiba akhirnya....setelah beberapa kali duk servey yang mana satu cantik....minta kawan opis pilihkan..hehe....layannzzzzzz
saje tempek gambar aku dulu...nak tayang dress yang aku pakai sebenarnya tapi sebab gambar sekerat..tak dapatlah nak tunjuk penuh...dress beli di online juga...di facebook..beli dengan InkMania Collections....
ini lah dia.....jeng jeng jeng....:)xabis2 mengabiskan duit....ekekeke
Cotton Voile from Azzara Cottons.....(www.azzaracottons.blogspot.com)
4m + 3m......4m tuk aku...3m tuk E in....baju raya kami untuk tahun ini...E in punya leh wat baju kurung+ dress...

Balik kampung....

Cerita minggu lepas...Jumaat cuti sebab Hari Wesak...so aku decide nak balik Bentong..lagipun hubby laling kerja sabtu ahad...malas arrr aku asik duk umah berdua je ngan E in...boring...so, gerak dari Tg. Malim pun dah jam 6 ptg.....sampai kat Bahtera..punya lah lebat hujan sampai tak nampak kereta depan....ada lak lori 'kurang ajar'...laju je kat sebelah kiri memotong...sampai air menyimbah2 kat kereta belah kanan...sampai kat Batang Kali baru lah hujan reda sket....
alhamdulillah....kami sekeluarga selamat sampai ke McD Genting Sempah...berenti rehat dan makan...tengok ni ha muka budak dah penat..tadi dalam kete tak mo tidur....
The Store, Vega Mall Bentong......papa layan e in naik stroller sementara aku cari puting E in.....terus bergegas ke sini sebab tadi masa dalam kete, E in ntah campak kemana ntah puting...sampai tak jumpa masa berenti kat Petronas mencari dalam kereta....serata ceruk papa cari tak jumpa tu yang terus ke sini...
ini eksyen je ni..bukannya dia tidur pun...penat membuai je....pas tu dia turun dari buai..sabar je lah.....
yehaaa....masa untu melanyak katil Bonda Teh...hehe...sila abaikan rambut E in yang serabai tu ya.....bukan di baginya aku sapu minyak....
Ahad 30/5/2010.....berlari2 di taman permainan..suka sangat lah tu..aku pun apa lagi laju jugak lerr mengejar...ya lah..banyak batu....kang kalu dah jatuh kang aku jugak yang susah....uuuuu
laju laju buai ku laju....Bonda Teh tukang layan.....sebelum balik Tg. Malim.....main dulu.....

Kek batik

Salam semua......salam ceria di pagi jumaat...alhamdulillah...sejuk pagi ni...baru je lepas ujan lebat.. Hmmm...dah lama aku tak post N3 pasal masak2 kat blog aku ni....tengahari semalam aku ke kedai membeli bahan2nya...petang baru aku buat...ini percubaan pertama aku..tak pernah buat pun sebelum ni....ntah kenapa tetiba tekak rasa nak makan pulak....lagipun kek ni senang je....tak sampai 1/2 jam pun membuatnya...
this picture was taken on 16/5/2010 kat KFC Tg. Malim....dalam kul 4 petang gitu...pi mamam...kemain lagi dak kecik ni sejak dua menjak ni posing menyenget...hehe
ok kawan2.....ini ler bahan2 nak buat Kek Batik....butter tu mmg dah ada dalam peti ais...nak buat kek buah tak buat2....so aku guna tuk buat kek batik dulu....



Bahan2nya:
Milo
Serbuk koko
Butter
Susu pekat manis
Sedikit air
Biskut marie
Cara2 membuatnya:
1. Patah-patahkan biskut marie kpd. 4 dan masukkan ke dalam bekas. Ketepikan.
2. Cairkan butter didalam periuk di atas api kecil.
3. Setelah butter cair, masukkan milo & serbuk koko. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu pekat manis dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati. (Susu pekat manis tu aku masukkan 1 cawan je dan air 1/2 cawan. kalau nak manis lagi..tambah lerrr lagi....).
4. Tuangkan bancuhan ke atas biskut marie dan tekan2 supaya padat.....
5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam...then bolehlah dipotong dan di makan.....

Thursday, May 27, 2010

Selamat bercuti.......

Assalamualikum semua...hurmmm....kemalasan melanda diriku..malas yang amat nak update blog...ditambah dengan kerja-kerja pejabat yang banyak...kat umah kerja umah pulak...dengan anak lagi...aku sorang2 jerkkk...huk huk....apa pun...hari ini last bekerja untuk minggu ini kerana esok cuti sempena Wesak Day....nak pi mana ya cuti lama ni? Yang lama cutinya aku jerkkk...hubby laling aku hari Sabtu ngan Ahad kerja....welll.....Insya Allah aku akan balik ke kampung esok until Ahad...weeee best best...sebelum balik kampung ingat nak pi Bangi jap mencari kain2 pasang untuk dijual di pejabat...uhuuuu....raya lagi beberapa bulan ni...pejam celik pejam celik sampai puasa then raya lak....ok semua....selamat bercuti...mana2 yang balik kampung atau bercuti kemana-mana tu....mudah2an perjalanan kita dipermudahkan....Insya Allah...




Monday, May 17, 2010

Mama...baby nak susu...

mama enterprem dulu ehhh...hehe

al-kisah last jumaat, 14/5/2010...tengahari tu aku belikan my sweet Little Princess ni 'baby'..siap ada botol susu lagi....haaaa tengok aksi dak kecik ni ngan 'baby' dia...masa masuk lam kete ternampak 'baby' ni....senyum je E in...

ok......mula-mula kita goncangkan botol susu dulu ya......

waaaa....tengok......puting kat mulut tak lekang.....pandai sayang mama bagi 'baby' susu ya....




MAMA LOVE U SAYANG

Thank you very much!!!!!!!!




biar gambar yang bercerita...

Saturday, May 15, 2010

Isteri Lalai, Suami Liar ....sambungan

Bukan hendak menyalahkan isteri atas keadaan ini tetapi bolehkah kita menggali sebab musabab suami menjadi begitu. Kalau memang isteri tidak bersalah 100% dan puncanya adalah orang lain maknanya isteri tidak mahu menganggap masalah suami sebagai masalahnya juga.

Ini merupakan satu kesalahan yang besar, di manakah peranan isteri yang ketika berkahwin dulu pernah berjanji akan menjaga suami sepenuh hatinya? Susah senang sama dirasai, tinggi rendah bukit sama didaki, lautan luas sama direnang?
Eloklah jika suami dan isteri sama-sama beringat, sama-sama sedar, berpakat untuk bertaubat. Imam Hasan Al-Basri pernah berkata:"Pimpin dan kendalikanlah jiwa kerana ia amat liar dan berilah peringatan kerana ia mudah lupa."
MENGENDALIKAN JIWA
Jiwa lelaki tidak sama dengan wanita, tetapi kerana perbezaan itu mereka boleh saling melengkapi satu sama lain. Kebahagiaan rumah tangga berkait rapat dengan kebijakan pasangan mengendalikan getaran jiwa masing-masing.
Jiwa perlukan belaian agama supaya ia dapat ditundukkan dengan sukarela. Kalaupun jiwa itu dikawal dengan kuku besi, diikat dengan rantai baja, 'dimandulkan' dengan kuasa seorang diktator, jiwa manusia tetap akan memberontak.
Suami atau isteri kedua-duanya sama-sama tidak mahu dikuasai dengan kekerasan. Kerana jiwa mereka perlukan belaian. Hanya dengan mengenal Allah dan menghayati agama kita boleh mengendalikan jiwa manusia.
Kalau suami tidak mahu solat, biarlah dia melihat anda solat. Kalau ia tidak mahu belajar Islam, ajarlah anak-anak anda dan diri anda dahulu supaya dia segan. Hidupkan suasana agama dalam rumah, walaupun suami belum berminat. Kendalikan jiwa anda dengan membri teladan yang baik dalam pergaulan kepada suami. Berikan penghargaan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya supaya suami juga membalas menghargai usaha anda mengislamkan dirinya.
Sayangnya, isteri mudah hanyut dalam pelukan suami. Terikut-ikut rentak maksiat, perbuatan dosa dan akhlak buruk suaminya. Alangkah hebatnya iman Asiyah isteri Firaun, yang memilih beriman daripada terpesona kepada harta benda dunia dan cinta suaminya.
Bukan bermakna kita menyamakan kedudukan suami kita dengan Firaun, tidak sama sekali, tetapi pengajaran dari kisah Asiyah itu memberi teladan kepada kita tentang pentingnya sifat sabar dalam merubah jiwa suami supaya tunduk kepada Allah. Sampai dia sanggup menumpahkan darah disebabkan sabar mahu menundukkan jiwa suami dengan iman.
SENTIASA BERI NASIHAT
Pujuk diri sendiri dahulu sebelum memujuk orang lain, nasihat diri sendiri dahulu sebelum menasihati suami, marah diri sendiri dahulu sebelum memarahi suami, cari aib dan kesilapan diri sebelum membongkar aib suami. Mengapa kita perlukan nasihat? Ya, kerana kita mudah lupa. Alangkah pentingnya sebuah nasihat kerana boleh jadi disebabkan perkataan itu, hati kita terus mendapat hidayah Allah. Sesungguhnya penamping yang setia adalah orang yang mahu berkata benar kepada anda bukan orang yang hanya membenar-benarkan perbuatan anda.
Jika suami lalai, isterilah yang mengingatkannya, begitu juga jika isteri terseleweng, suamilah yang mesti meluruskannya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud; "Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan janganlah saling bertolong bantu dalam keburukan dan dosa. Takutlah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksaanBya" (Surah Al-MAidah ayat: 2)

Friday, May 14, 2010

Isteri Lalai, Suami Liar


Asalamualaikum semua.....kali ni aku nak berkongsi sedikit info yang boleh dijadikan panduan dan ingatan buat kita semua.....aku ambik daripada majalah Mingguan Wanita, 7-13 Mei 2010.....cover depan gambar E ja dan anaknya...nampak tajuk yang aku fokuskan nie?????Jom kita sama2 berkongsi maklumat oleh Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam...kredit tu Mingguan Wanita untuk info yang sangat berguna.....

gambar sekadar hiasan...kredit to Google Search....

ISTERI LALAI, SUAMI LIAR
APABILA SUAMI BERFOYA-FOYA, PASTI ADA YANG BERKATA: "OH SILAP ISTERILAH NI SEBAB TAK PANDAI JAGA SUAMI." KALAU ISTERI PANDAI JAGA SUAMI PUN, ORANG AKAN BERKATA, "DAH TAKDIR LAH TU, LELAKI BOLEH KAHWIN EMPAT." MENGAPA SEOLAH-OLAH YANG MEMGANG KUNCI SYURGA ATAU NERAKA SUAMI ITU ADALAH ISTERI? BETAPA HEBATNYA PENGARUH SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMI!
Sewaktu dimeterainya perjanjian ikatan pernikahan, hati isteri dan suami sama-sama sepakat untuk memperjuangkan cinta mereka. Salah satu daripada mereka mesti lebih berpengaruh, mungkin isteri atau pun suami.
Soal siapa tidak penting asalkan pengaruh itu membawa impak positif untuk kehidupan mereka. Menjadi masalah apabila masing-masing tidak lag mahu sepakat, berputus asa dengan pasangan dan sentiasa mencari masalah bukannya mahu mencari jalan keluar.
Jika suami kurang matang, kebudak-budakan dan tiada sifat kepimpinan, isteri mesti tampil lebih kuat daripada suami. Tetapi syaratnya, janganlah akibat terlalu bersemangat mengawal suami hingga melebihi batas kewajaran dan hukum hakan agama.
Jiwa manusia berubah-ubah mengikut persekitaran yang mempengaruhinya. Jika anda melayan suami seperti kanak-kanak, dia akan mudah mengasihi anda. Jika anda menghadapinya seperti bos kepada pekerja, dia akan patuh dan takut kerana kepentingan tertentu.
Jika anda menghormatinya sebagai seorang sahabat dia akan menjaga hubungan itu dengan bersikap adil, jika anda melayannya seperti hamba kepada raja, dia akan memijak maruah anda untuk egonya sendiri. Jadi begitulah adat resam setiap perhubungan. Siapa yang tidak bijak menjaga hubungannya dengan manusia dia akan dizalimi.
Bagi mendampingi suami yang lemah, isteri mesti memperbaiki diri sebelum bersedia mendidik suami. Kadang-kadang disebabkan ISTERI LALAI, suami semakin LIAR. Walaupun tidak 100% ketepatannya, boleh jadi suami BAIK di rumah ibarat PIJAK SEMUT PUN TAK MATI tetapi diluar rumah bukan main LIARNYA, tetapi ada benarnya mempercayai ini demi kebahagiaan rumah tangga......
Ramai isteri yang menangis bila mendengar suami bermasalah, kemudian cuba mengungkit satu demi satu bekas-bekas luka lama dan dibongkar kembali untuk menghukum suami sebagai penjenayah rumah tangga.
to be continue........

Saturday, May 8, 2010

Senaskah buku yang penuh dengan info berguna....

Kredit to Teguh Ringgit Publishing House kerana menerbitkan buku 'Anak sihat & genius' ini yang merupakan kompilasi daripada majalah Feminin & Famili....saje nak share with ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana...buku ini sangat bagus untuk dijadikan panduan dalam kita membesarkan anak....aku beli dah lama dah buku ni....baru kali ni dapat berkongsi dengan kawan2 semua....belum habis baca pun sebab tiap kali aku buka je nak baca..E in dah tarik dari tangan aku....naskah yang aku beli ni pun merupakan cetakan ke-4....wah laris sungguh...yang belum ada buku ni...segera dapatkan di kedai2 buku berhampiran rumah anda...cewahhh promote lak...hehe....

Buku ini menghimpunkan pelbagai tip dan info tentang kanak-kanak dari bayi sehingga enam tahun. Panduan daripada pakar terkenal turut juga disediakan. Datuk Fadzilah Kamsah memberi tip bagaimana untuk menjadikan anak anda genius.
Pendakwah terkenal Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood pula memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk menjadi role model yang positif untuk anak-anak.
Bagaimana mahu mendidik anak tentang seks dari sekecil usia tiga tahun, Dr. Mariani Mohd Nor dan Haji Abu Bakar Abdul Ghani ada jawapannya.
Anda marah si kecil anda suka memainkan 'anu'nya? Jangan cepat melenting sebaliknya baca dulu info yang disediakan oleh Dr. Mariani Mansor tentang tabiat pelik si manja tersebut. Malah Dr. Mariani turut memberikan panduan bagaimana ibu bapa boleh menguruskan anak yang mempunyai tabiat suka mencarut.
Pakar motivai terkenal, Dr. Tengku Asmadi pula memberitahu tentang pelbagai kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak zaman sekarang.
Selain itu, terdapat pelbagai panduan yang disediakan dalam buku ini merangkumi aspek kesihatan, pemakanan, tabiat, perlakuan, pendidikan dan psikologi yang pastinya akan memecahkan pelbagai kebuntuan ibu bapa dalam menangani permasalahan anak di samping memberi panduan berguna untuk ibubapa dalam mendidik si manja....(petikan sinopsis dari buku 'Anak sihat & genius'..)