ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, June 28, 2010

JUDI MENGUNDANG PERMUSUHAN DAN PERGADUHAN

Sumber: Majalah iLuvislam

Tabiat pemain judi itu, jika kalah pada kali yang pertama, dia akan merasa tidak puas hati dan ingin mencuba dan terus mencuba dengan harapan untuk mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi

Pada masa kini, kes perjudian sering dipaparkan dalam media massa. Keadaan ini mempamerkan bahawa ia bagaikan sesuatu yang sukar dibendung. Ini kerana kemunculannya dalam pelbagai bentuk dan rupa. Malah judi tersebut menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan untuk dapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai tegahan syarak.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya." (Surah al-Ma'dah:90).

Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Yidak sedikit pun mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad, serta merosakkan perangai dan budi pekerti seseorang.

Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa bermain kad(berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah telah mencelup tangannya ke dalam daging dan darah babi" (Riwayat Muslim).

Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai undur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, pelbagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar.

Cara Salah Cepat Kaya

Walaupun Islam mengharamkan judi sejak awal lagi, tapi masih ada di kalangan Muslim yang melibatkan diri dengan judi. Seperti membeli tiket loteri semata-mata untuk mendapatkan harta atau wang yang banyak dengan cara mudah atau ingin cepat kaya tanpa perlu bersusah payah.

Mereka terpikat dengan hadiah atau ganjaran yang tinggi. Misalnya dengan membuat pertaruhan sebanyak sepuluh ringgit, mereka berpeluang mendapat wang berpuluh-puluh ribu ringgit. Gejala seumpama ini menyebabkan ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, pergi melakukan pemujaan di kubur-kubur lama dan pokok-pokok besar. Ada juga yang mendapatkan nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, mendapatkan nombor daripada mimpi dan sebagainya.

Pada tanggapan mereka hal ini dapat mendatangkan tuah dan keuntungan. Demikianlah keadaan seseorang yang sudah menjadi kaki judi atau hamba judi, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia bertentangan dengan agama demi untuk mencapai hasratnya. Allah SWT menerangkan bahawa judi adalah suatu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa.

Perbuatan yang menjerumuskan diri kepada akidah, sifat tamak dan rakus yang boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa dan akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT. Judi juga punca kepada dendam, permusuhan, pergaduhan dan membawa kepada bunuh diri. Tabiat pemain judi itu, jika kalah pada kali pertama, dia akan merasa tidak puas hati dan ingin mencuba dan terus mencuba dengan harapan untuk mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi.

Apabila beroleh kemenangan pula dia akan terus bertambah tamak dan gemar berjudi sehingga menjadikan judi sebagai darah dagingnya. Soal kalah dan rugi tidak dipedulikan, yang penting seronok main judi sehingga sanggup BERGADAI dan BERHUTANG walaupun dapur rumah tidak berasap.

Saturday, June 19, 2010

Happy Father's Day

Salam semua..aku bersiaran dari rumah..jam dah pukul 8.45 pm...hubby laling tak balik lagi dari kerja..hari ni ada kelas untuk student master OUM..huhu....esok pun kerja lagi...uuuuu...dah masuk bulan Jun pun....pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu....Well, xmo cakap byk2....
Happy Father's Day to abah, Raja Ahmad bin Raja Hamid, di Bentong Pahang.....to my hubby laling,
Edzri bin Haji Zainuddin.....
Abang...love u so much...thank you for everything....


and Happy Father's Day untuk semua ayah/babah/daddy/papa/abah di seluruh dunia.........


Thursday, June 17, 2010

Menu untuk petang ini...

Salam semua....jemput makan......hehe...ini menu yang aku masak untuk E in sebenarnya.....mmg tak pedas lgsg wokehhh.....asik belikan nasi lemak je, E in pun dah pandai cakap: E in tak nak nasi lemak...jadinya...hari ni, lepas kul 5 petang...aku terus ke kedai membeli bahan2 untuk di masak....then baru aku ambik E in...oh yaaa...hubby laling lak...dia tak makan ni sebab ada udang....

Tapinya bila dah sampai umah..masa aku tengah memasak, selepas E in nangis nak puting....aku ke depan jap tengok E in yang tadinya riuh kemain..tetiba senyap je...laaaaa dah tidur rupanya dak kecik ni...penat sangat gamaknya...jadinya....aku pun makan lerrr sikit...hehe

Sape kata aku tak pandai masak? Kalau pandai masak pun tapi memasak tak ikhlas hanya sebab TERPAKSA... aku pun tak hairan ngan orang cam tu....aku dulu masa skolah..aliran Sains Rumah Tangga tau....pernah dapat anugerah pun masa form 3 sebab mata pelajaran SRT tu...cuma bila dah kerja..dah duk sendiri sblm kawen..aku pun malas nak masak..dan bila dah kawen dan dapat duduk sendiri dengan hubby laling dan anak...aku dapat masak apa aje yang aku rasa tekak aku nak makan...tak de sape pun nak komplen...BETUL tak kawan-kawan??????Masa stay ngan MIL, mmg aku jadi tak reti nak memasak sebab KEJUTAN MENU....bahan masakan..dan aku tak nafikan masakan MIL aku mmg sedap...apa pun aku dapat belajar masak makanan hubby laling...itu yang penting sebenarnya....kalau tak pandai...kita kena belajar....bila dah pandai..kita berkongsi...

Sekian untuk kali ini......

Wednesday, June 16, 2010

Fenomena Hutang Dan Keburukannya


Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Editor: kasihsayang

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungking tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tiak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" (Riwayat Muslim,6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" (Riwayat Al_Bukhari, 2/83)

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat Islam agar berdoa dilepaskan dari hutang: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" (Riwayat Al-Bukhari, 1/214)
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain:-
Ertinya: Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seseorang bertanya, "Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah? ; "Benar" Jawab Rasulullah" (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad,3/38; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu digikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut:-
KAD KREDIT : - Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat dinasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI:- Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" (jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat kontroversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya diterima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun pada kebiasaannya, kadar yang dikenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA:- Dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun, mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA):- Haji sememangnya wajib bagi umay Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami 'priority' atau 'awlawiyyat' di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidakfahaman kebanyakkan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?????

dihantar oleh: samskhad
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah di gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "sedang belajarlah ni tetapi sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitulah jawab di gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Imu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itukepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita pandai memasak, mereka itu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disruruh belajar, apa salahnya lelaki!


10 Perangkap Syaitan

1_am_Kidal
editor: kasihsayang



ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." (An-Nisa': 120-121).


Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannnya dengan sifat mazmunah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmunah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.


Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berluma-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawam hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah gilongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan mengusai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh:-

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. (kemewahan & kesenangan dari sumber yang halal, bukannya dari sumber yang haram contohnya berjudi)

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur." (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Hindarilah kamu daripada sifat hasad dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagimana api memakan kayu yang kering" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."(Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:"Jangan kamu bersenang lenang dengan kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya."(Riwayat Muslim).

Thursday, June 10, 2010

Sambutan birthday Aida.....

9/6/2010 bersamaan hari Rabu...after 2 pm.....sambutan birthday Aida telah diadakan, my opismate, setiausaha kepada Ketua Pustakawan. Actually birthday Aida jatuh pada 8/6/2010 tapi Aida tak sihat that day...buat kecil2an aje ya kawan2....yang hadir staf PTD..ada beberapa orang yang tak ada dalam gambar...layannzzzz...
Mari aku perkenalkan, mula dari kiri berbaju kemeja warna coklat tu...En. Khairul Asyrani seorang pegawai teknologi maklumat di PTB, En Ahmad Fazli, orang yang diraikan: Aida atau nama penuhnya Noraiada Ahmad Tahir, yang terselindung tu 2nd boss, Puan Rusliza Yaacob, berbaju hijau tu big boss: Cik Zahariah and yang last berbaju dan bertudung wana coklat tu aku lerrr tu....

Monday, June 7, 2010

Jln2 tengok lampu berwarna-warni

Sabtu bersamaan 5 Jun 2010.....pagi + tengahari lepak kat umah je.....petang dalam jam 6 lebih cam tu gerak ke Shah Alam...saje jln2 bawa E in....yg selebihnya aku yang nak berjalan..hehe....pagi tu dah ajak hubby laling pi I-City..dia ok je....asik tengok kawan2 blogger duk wat N3 pasal I-City je jadinya aku pun teringin nak pi...lagipun Tg Malim ke Shah Alam tak lah jauh sangat ya kawan2....moh kita layannnzzzz.....
huuu...sib baik dak kecik ni nak pakai t-shirt yang hubby laling beli kat Bandung hari tu....pas2 tu duk kat seat belakang mengoyak tisu.....
ini lah dia.....I-City.......
pi malam minggu...cam gini lah haaa....banyak kereta weiiii....



maaf lah ya..ambik gambar guna kamera hpon cenggini lah haaa....kamera digital dah kehabisan bateri, lupa nak tukar baterinya...
masa sampai kat sini...kami tak turun dari kereta pun....E in siap cakap...ramainya orang...hehe
cantikkan??????

so kawan2..kalau nak pi..len kali pi hari bekerja ya....ini dah lah pusing pun jauh...turun dari bangunan parking pun punyalah jauh....uuuuuuuu

Friday, June 4, 2010

Cotton Voile

Haluuuu...assalamulaikum dan selamat sejahtera...selamat petang semua.....barang yang ku nanti2 sudah tiba akhirnya....setelah beberapa kali duk servey yang mana satu cantik....minta kawan opis pilihkan..hehe....layannzzzzzz
saje tempek gambar aku dulu...nak tayang dress yang aku pakai sebenarnya tapi sebab gambar sekerat..tak dapatlah nak tunjuk penuh...dress beli di online juga...di facebook..beli dengan InkMania Collections....
ini lah dia.....jeng jeng jeng....:)xabis2 mengabiskan duit....ekekeke
Cotton Voile from Azzara Cottons.....(www.azzaracottons.blogspot.com)
4m + 3m......4m tuk aku...3m tuk E in....baju raya kami untuk tahun ini...E in punya leh wat baju kurung+ dress...

Balik kampung....

Cerita minggu lepas...Jumaat cuti sebab Hari Wesak...so aku decide nak balik Bentong..lagipun hubby laling kerja sabtu ahad...malas arrr aku asik duk umah berdua je ngan E in...boring...so, gerak dari Tg. Malim pun dah jam 6 ptg.....sampai kat Bahtera..punya lah lebat hujan sampai tak nampak kereta depan....ada lak lori 'kurang ajar'...laju je kat sebelah kiri memotong...sampai air menyimbah2 kat kereta belah kanan...sampai kat Batang Kali baru lah hujan reda sket....
alhamdulillah....kami sekeluarga selamat sampai ke McD Genting Sempah...berenti rehat dan makan...tengok ni ha muka budak dah penat..tadi dalam kete tak mo tidur....
The Store, Vega Mall Bentong......papa layan e in naik stroller sementara aku cari puting E in.....terus bergegas ke sini sebab tadi masa dalam kete, E in ntah campak kemana ntah puting...sampai tak jumpa masa berenti kat Petronas mencari dalam kereta....serata ceruk papa cari tak jumpa tu yang terus ke sini...
ini eksyen je ni..bukannya dia tidur pun...penat membuai je....pas tu dia turun dari buai..sabar je lah.....
yehaaa....masa untu melanyak katil Bonda Teh...hehe...sila abaikan rambut E in yang serabai tu ya.....bukan di baginya aku sapu minyak....
Ahad 30/5/2010.....berlari2 di taman permainan..suka sangat lah tu..aku pun apa lagi laju jugak lerr mengejar...ya lah..banyak batu....kang kalu dah jatuh kang aku jugak yang susah....uuuuu
laju laju buai ku laju....Bonda Teh tukang layan.....sebelum balik Tg. Malim.....main dulu.....

Kek batik

Salam semua......salam ceria di pagi jumaat...alhamdulillah...sejuk pagi ni...baru je lepas ujan lebat.. Hmmm...dah lama aku tak post N3 pasal masak2 kat blog aku ni....tengahari semalam aku ke kedai membeli bahan2nya...petang baru aku buat...ini percubaan pertama aku..tak pernah buat pun sebelum ni....ntah kenapa tetiba tekak rasa nak makan pulak....lagipun kek ni senang je....tak sampai 1/2 jam pun membuatnya...
this picture was taken on 16/5/2010 kat KFC Tg. Malim....dalam kul 4 petang gitu...pi mamam...kemain lagi dak kecik ni sejak dua menjak ni posing menyenget...hehe
ok kawan2.....ini ler bahan2 nak buat Kek Batik....butter tu mmg dah ada dalam peti ais...nak buat kek buah tak buat2....so aku guna tuk buat kek batik dulu....



Bahan2nya:
Milo
Serbuk koko
Butter
Susu pekat manis
Sedikit air
Biskut marie
Cara2 membuatnya:
1. Patah-patahkan biskut marie kpd. 4 dan masukkan ke dalam bekas. Ketepikan.
2. Cairkan butter didalam periuk di atas api kecil.
3. Setelah butter cair, masukkan milo & serbuk koko. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu pekat manis dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati. (Susu pekat manis tu aku masukkan 1 cawan je dan air 1/2 cawan. kalau nak manis lagi..tambah lerrr lagi....).
4. Tuangkan bancuhan ke atas biskut marie dan tekan2 supaya padat.....
5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3 jam...then bolehlah dipotong dan di makan.....