ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Khasiat buah tomato

Sumber: http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid=161


TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetumse sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkang risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astrigen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Masalah jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kuloit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Topeng penyegar ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. Boleh juga sapukan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikanny lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Monday, February 21, 2011

Saya mungkin ada ketumbuhan........sambungan

Bagaimana saya tahu bahawa saya menghidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa uijian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termsauk ujian radiologi seperto mamogram atau XRay payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah menyedut keluar secair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum. Doktor pakar mungkin akan melakukan satu pembedahan kecil yang dipanggil 'biopsi' di mana tisu dari ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Is merupakan perkara yang biasa, kalulah anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda mengalami walaupun diagnosanya bukanlah barah/kanser.

Apakah rawatannya?
Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit/

"Rawatan" tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu.

Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi paluang payudara anda berehat.

Rumusan
Kelainan payudara yang tidak merbahaya adalah merupakan keadaan bukan kanser payudara yang paling kerap. Ia menyebabkan payudara berasa sakit atau terasa sakit bila disentuh. Kelainannya boleh berubah-ubah dari bulan ke bulan kerana keadaannya dipengaruhi oleh perubahan kadar hormon wanita.

Ia biasanya dikesan semasa payudara diperiksa sendiri dan kemudian dipastikan dengan ujian perubatan. Kita bernasib baik kerana keadaan atau simptom ini boleh dihilangkan ataupun dikurangi dengan rawatan doktor. Kesakitan boleh hilang ataupun dilegakan.

Kalau ketulan cecair yang terdapat di payudara anda tidak mempunyai simptom dan anda tidak terasa apa-apa kesakitan, kemungkinan besar, ini tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan semula pada waktu yang ditetapkan oleh doktor anda.

Jadi jika anda ragu-ragu samaada anda menghidapi keadaan ini, sila berjumpa doktor anda. Bertanyalah tentang rawatan dan ubat yang boleh membantu. Walaubagaimanapun, bertenang. Anda akan rasa lebih selesa apabila mengetahui bahawa ini adalah keadaan yang tidak merbahayakan. Anda tidak keseorangan keraa agak ramai wanita juga mempunyai kelainan payudara yang tidak merbahaya ini!

AMBIL PERHATIAN

Kelainan Payudara selalunya bukan kerana kanser. Namun begitu......

...sekiranya anda mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian payudara anda, janganlah berlengah. Berjumpalah dengan pengamal perubatan dengan seberapa cepat yang mungkin.

Wednesday, February 9, 2011

Saya mungkin ada ketumbuhan........

Saya mungkin ada ketumbuhan payudara ataupun adakah ini tekstur semulajadi?


Apabila seseorang mengatakan terdapat gumpalan untuk sesuatu yang dirasai, anda akan terus berfikir terdapar sesuatu ketumbuhan yang menyebabkannya. Begitu juga dengan payudara kita.

Tetapi, anda perlu tahu tekstur payudara mungkin tidak rata dan terasa seperti terdapat banyak gumpalan di dalamnya. Ini boleh terjadi walaupun sebenarnya tidak terdapat apa-apa ketumbuhan di dalam. Kenyataan ini perlu diingati supaya kita tidak terasa cemas setiap kali kita melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Anda juga perlu berbincang lebih mengenai sesuatu ketumbuhan yang doktor anda telah terjumpa. Adakah ketumbuhan betul-betul boleh dirasai dengan jari ataupun hanya boleh dilihat melalui kaedah pengimejan ultrasound atau mamogram yang mungkin terasa tidak berguna malakukan PSP kerana anda tidak pandai mengesan ketumbuhan tersebut! Sebenarnya, ketumbuhan tersebut memang tidak boleh dirasai.

Setiap orang patut mengenali saiz, bentuk, kekentalan/tekstur, kulit, puting dan lain-lain ciri payudara anda tersendiri. Dengan cara ini, anda dapat mengesan perubahan pada payudara anda dengan lebih keyakinan.


Apakah yang menentukan sesuatu ketumbuhan boleh dirasai atau tidak?
1. Saiz, bentuk (bulat, bujur, leper) dan kekentalan ketumbuhan tersebut
2. Kekentalan/kepadatan tisu payudara di sekeliling ketumbuhan tersebut
3. Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit


Saiz, bentuk dan kekentalan Ketumbuhan
Lebih besar sesuatu ketumbuhan, lebih senang dirasai. Bentuk juga boleh menentukan adakah sesuatu ketumbuhan boleh dirasai. Bentuk yang lebih leper serta lembut akan terasa seperti tisu payudara sekelilingnya, manaka bentuk yang lebih bulat lebih senang dirasai. Sesuatu ketumbuhan yang menyebabkan reaksi tisu disekelilingnya juga akan terasa lebih besar.



Kekentalan ataupun tekstur payudara di sekeliling ketumbuhan
Pengesanan sesuatu ketumbuhan juga akan bergantung kepada keadaan tisu payudara di sekelilingnya. Kalau ketumbuhan dan tekstur payudara di sekelilingnya mempunyai kekentalan yang sama, kita tidak akan dapat mengesannya dengan PSP.

Ketumbuhan yang lebih keras daripada tisu di sekelilingnya akan senang dirasai. Kalau sesuatu ketumbuhan itu lembut, anda mungkin teringat tisu payudara yang biasa di sebelahnya adalah 'ketulan'!


Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit payudara
Jarak ketumbuhan daripada permukaan kulit payudara akan menentukan adakah ketumbuhan tersebut senang dikesan dengan PSP ataupun oleh pemeriksaan doktor anda. Ketumbuhan yang lebih dekat dengan tulang rusuk ataupun di 'pendalaman' tisu payudara lebih susah dikesan.


Rumusan
Dalam praktis dan keadaan semulajadi, pengesanan sesuatu ketumbuhan dengan pemeriksaan payudara dengan jari/tangan bergantung kepada semua fakta yang tersebut di atas.

Mujurnya, hari ini terdapat pemeriksaan pengimejan ultarsound resolusi tinggi di mana keraguan mengenai kewujudan ketulan ataupun tekstur bergumpalam boleh disiasat dengan teliti.

Pemeriksaan ultrasound yang berfokus adalah sangat berguna untuk memastikan adakah sesuatu yang anda rasai adalah ketumbuhan ataupun tekstur yang tidak rata.

Harap ingat, ultrasound bukanlah pemeriksaan saringan untuk kanser payudara, terutamanya untuk mereka yang sudah memcecah umur 40 tahun. Ia merupakan pemeriksaan 'complementary' untuk mamogram. Untuk mereka yang muda lagi, ultrasound berguna untuk situasi tertentu, seperti yang tersebut di atas.


Kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign breast conditions)
Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom tersebut...

Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang 'keras' di payudara anda?

Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?

Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?

Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikut kitaran haid?

Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?

Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda ' ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign atau sistik mastitis kronic).


Payudara anda

Payudara adalah kelenjar yang terdiri daripada banyak saluran (ducts) yang dikelilingi oleh lobus (lobes) tisu-tisu kelenjar dan lemak. Peranan utamanya ialah membuat dan mengeluarkan susu. Payudara dipengaruhi oleh hormon seks wanita dikeluarkan oleh ovari. Hormon-hormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan berubah mengikut kitaran haid dan juga keadaan mengandung.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.


Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!


Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah 'penyekit' bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbulkan sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.


Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).

bersambung.........


Monday, February 7, 2011

Tips mengatasi masalah perut buncit

Sumber: http://dafa.wordpress.com/

Aduhh!!! Perut sudah buncit...dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali t-shirt labuh atau apa saja pakaian yang bersaiz XL atay lebih teruk XXL. Kalau pakai jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yang tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
Jika perut disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.
Minum lebih banyak air juga menjamin fubgsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin..Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.
Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna uang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ekstra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangu penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi ubat-ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Hindari Sembelit
Sembeli didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikir dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Saturday, May 15, 2010

Isteri Lalai, Suami Liar ....sambungan

Bukan hendak menyalahkan isteri atas keadaan ini tetapi bolehkah kita menggali sebab musabab suami menjadi begitu. Kalau memang isteri tidak bersalah 100% dan puncanya adalah orang lain maknanya isteri tidak mahu menganggap masalah suami sebagai masalahnya juga.

Ini merupakan satu kesalahan yang besar, di manakah peranan isteri yang ketika berkahwin dulu pernah berjanji akan menjaga suami sepenuh hatinya? Susah senang sama dirasai, tinggi rendah bukit sama didaki, lautan luas sama direnang?
Eloklah jika suami dan isteri sama-sama beringat, sama-sama sedar, berpakat untuk bertaubat. Imam Hasan Al-Basri pernah berkata:"Pimpin dan kendalikanlah jiwa kerana ia amat liar dan berilah peringatan kerana ia mudah lupa."
MENGENDALIKAN JIWA
Jiwa lelaki tidak sama dengan wanita, tetapi kerana perbezaan itu mereka boleh saling melengkapi satu sama lain. Kebahagiaan rumah tangga berkait rapat dengan kebijakan pasangan mengendalikan getaran jiwa masing-masing.
Jiwa perlukan belaian agama supaya ia dapat ditundukkan dengan sukarela. Kalaupun jiwa itu dikawal dengan kuku besi, diikat dengan rantai baja, 'dimandulkan' dengan kuasa seorang diktator, jiwa manusia tetap akan memberontak.
Suami atau isteri kedua-duanya sama-sama tidak mahu dikuasai dengan kekerasan. Kerana jiwa mereka perlukan belaian. Hanya dengan mengenal Allah dan menghayati agama kita boleh mengendalikan jiwa manusia.
Kalau suami tidak mahu solat, biarlah dia melihat anda solat. Kalau ia tidak mahu belajar Islam, ajarlah anak-anak anda dan diri anda dahulu supaya dia segan. Hidupkan suasana agama dalam rumah, walaupun suami belum berminat. Kendalikan jiwa anda dengan membri teladan yang baik dalam pergaulan kepada suami. Berikan penghargaan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya supaya suami juga membalas menghargai usaha anda mengislamkan dirinya.
Sayangnya, isteri mudah hanyut dalam pelukan suami. Terikut-ikut rentak maksiat, perbuatan dosa dan akhlak buruk suaminya. Alangkah hebatnya iman Asiyah isteri Firaun, yang memilih beriman daripada terpesona kepada harta benda dunia dan cinta suaminya.
Bukan bermakna kita menyamakan kedudukan suami kita dengan Firaun, tidak sama sekali, tetapi pengajaran dari kisah Asiyah itu memberi teladan kepada kita tentang pentingnya sifat sabar dalam merubah jiwa suami supaya tunduk kepada Allah. Sampai dia sanggup menumpahkan darah disebabkan sabar mahu menundukkan jiwa suami dengan iman.
SENTIASA BERI NASIHAT
Pujuk diri sendiri dahulu sebelum memujuk orang lain, nasihat diri sendiri dahulu sebelum menasihati suami, marah diri sendiri dahulu sebelum memarahi suami, cari aib dan kesilapan diri sebelum membongkar aib suami. Mengapa kita perlukan nasihat? Ya, kerana kita mudah lupa. Alangkah pentingnya sebuah nasihat kerana boleh jadi disebabkan perkataan itu, hati kita terus mendapat hidayah Allah. Sesungguhnya penamping yang setia adalah orang yang mahu berkata benar kepada anda bukan orang yang hanya membenar-benarkan perbuatan anda.
Jika suami lalai, isterilah yang mengingatkannya, begitu juga jika isteri terseleweng, suamilah yang mesti meluruskannya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud; "Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan janganlah saling bertolong bantu dalam keburukan dan dosa. Takutlah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksaanBya" (Surah Al-MAidah ayat: 2)

Friday, May 14, 2010

Isteri Lalai, Suami Liar


Asalamualaikum semua.....kali ni aku nak berkongsi sedikit info yang boleh dijadikan panduan dan ingatan buat kita semua.....aku ambik daripada majalah Mingguan Wanita, 7-13 Mei 2010.....cover depan gambar E ja dan anaknya...nampak tajuk yang aku fokuskan nie?????Jom kita sama2 berkongsi maklumat oleh Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam...kredit tu Mingguan Wanita untuk info yang sangat berguna.....

gambar sekadar hiasan...kredit to Google Search....

ISTERI LALAI, SUAMI LIAR
APABILA SUAMI BERFOYA-FOYA, PASTI ADA YANG BERKATA: "OH SILAP ISTERILAH NI SEBAB TAK PANDAI JAGA SUAMI." KALAU ISTERI PANDAI JAGA SUAMI PUN, ORANG AKAN BERKATA, "DAH TAKDIR LAH TU, LELAKI BOLEH KAHWIN EMPAT." MENGAPA SEOLAH-OLAH YANG MEMGANG KUNCI SYURGA ATAU NERAKA SUAMI ITU ADALAH ISTERI? BETAPA HEBATNYA PENGARUH SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMI!
Sewaktu dimeterainya perjanjian ikatan pernikahan, hati isteri dan suami sama-sama sepakat untuk memperjuangkan cinta mereka. Salah satu daripada mereka mesti lebih berpengaruh, mungkin isteri atau pun suami.
Soal siapa tidak penting asalkan pengaruh itu membawa impak positif untuk kehidupan mereka. Menjadi masalah apabila masing-masing tidak lag mahu sepakat, berputus asa dengan pasangan dan sentiasa mencari masalah bukannya mahu mencari jalan keluar.
Jika suami kurang matang, kebudak-budakan dan tiada sifat kepimpinan, isteri mesti tampil lebih kuat daripada suami. Tetapi syaratnya, janganlah akibat terlalu bersemangat mengawal suami hingga melebihi batas kewajaran dan hukum hakan agama.
Jiwa manusia berubah-ubah mengikut persekitaran yang mempengaruhinya. Jika anda melayan suami seperti kanak-kanak, dia akan mudah mengasihi anda. Jika anda menghadapinya seperti bos kepada pekerja, dia akan patuh dan takut kerana kepentingan tertentu.
Jika anda menghormatinya sebagai seorang sahabat dia akan menjaga hubungan itu dengan bersikap adil, jika anda melayannya seperti hamba kepada raja, dia akan memijak maruah anda untuk egonya sendiri. Jadi begitulah adat resam setiap perhubungan. Siapa yang tidak bijak menjaga hubungannya dengan manusia dia akan dizalimi.
Bagi mendampingi suami yang lemah, isteri mesti memperbaiki diri sebelum bersedia mendidik suami. Kadang-kadang disebabkan ISTERI LALAI, suami semakin LIAR. Walaupun tidak 100% ketepatannya, boleh jadi suami BAIK di rumah ibarat PIJAK SEMUT PUN TAK MATI tetapi diluar rumah bukan main LIARNYA, tetapi ada benarnya mempercayai ini demi kebahagiaan rumah tangga......
Ramai isteri yang menangis bila mendengar suami bermasalah, kemudian cuba mengungkit satu demi satu bekas-bekas luka lama dan dibongkar kembali untuk menghukum suami sebagai penjenayah rumah tangga.
to be continue........

Saturday, May 8, 2010

Senaskah buku yang penuh dengan info berguna....

Kredit to Teguh Ringgit Publishing House kerana menerbitkan buku 'Anak sihat & genius' ini yang merupakan kompilasi daripada majalah Feminin & Famili....saje nak share with ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana...buku ini sangat bagus untuk dijadikan panduan dalam kita membesarkan anak....aku beli dah lama dah buku ni....baru kali ni dapat berkongsi dengan kawan2 semua....belum habis baca pun sebab tiap kali aku buka je nak baca..E in dah tarik dari tangan aku....naskah yang aku beli ni pun merupakan cetakan ke-4....wah laris sungguh...yang belum ada buku ni...segera dapatkan di kedai2 buku berhampiran rumah anda...cewahhh promote lak...hehe....

Buku ini menghimpunkan pelbagai tip dan info tentang kanak-kanak dari bayi sehingga enam tahun. Panduan daripada pakar terkenal turut juga disediakan. Datuk Fadzilah Kamsah memberi tip bagaimana untuk menjadikan anak anda genius.
Pendakwah terkenal Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood pula memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk menjadi role model yang positif untuk anak-anak.
Bagaimana mahu mendidik anak tentang seks dari sekecil usia tiga tahun, Dr. Mariani Mohd Nor dan Haji Abu Bakar Abdul Ghani ada jawapannya.
Anda marah si kecil anda suka memainkan 'anu'nya? Jangan cepat melenting sebaliknya baca dulu info yang disediakan oleh Dr. Mariani Mansor tentang tabiat pelik si manja tersebut. Malah Dr. Mariani turut memberikan panduan bagaimana ibu bapa boleh menguruskan anak yang mempunyai tabiat suka mencarut.
Pakar motivai terkenal, Dr. Tengku Asmadi pula memberitahu tentang pelbagai kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak zaman sekarang.
Selain itu, terdapat pelbagai panduan yang disediakan dalam buku ini merangkumi aspek kesihatan, pemakanan, tabiat, perlakuan, pendidikan dan psikologi yang pastinya akan memecahkan pelbagai kebuntuan ibu bapa dalam menangani permasalahan anak di samping memberi panduan berguna untuk ibubapa dalam mendidik si manja....(petikan sinopsis dari buku 'Anak sihat & genius'..)

Friday, April 9, 2010

Supplement untuk aku.....

Sape tak nak kelihatan muda jelita?????hehehe....Soy Collagen....2 kotak sekaligus aku beli....baru je beli petang tadi sebelum ambik E in kat taska..kul 3 aku dah kuar dari umah...memula pi kedai jahit tempah baju kurung pahang...then aku pi beli tudung...pas2 aku pi beli menda nihhh......
Nape beli sampai 2 kotak sekaligus....dalam 1 kotak hanya ada 10 sachet yang perlu diminum sekali pagi dan sekali malam dan hanya cukup tuk 5 hari....daripada asik nak berulang ke pekan Tg. Malim .....macam jauh sangat ya...., bek aku beli lebih kan????Saje nak cuba....umur pun dah 30an....so harus cari supplement agar kekal muda jelita...tak gitu?????Yang pentingnya supaya hubby laling sayang lebih kat aku.....Jamu Mak Dara tetap tak aku tinggalkan................
Apa manfaatnya Soy Collagen ni?????muahahaha...korang cari lah sendiri ya??????Aku beli dapat diskaun lagi....kalau beli kat kedai yang mmg jual ubat/jamu mana de dapat diskaun...yang ni aku dapat RM 26.oo dan RM 27.oo = RM 53.00 aje......harga kat plastik RM 29.00 (kotak warna coklat) dan RM 29.90 (kotak warna merah)....so...apa tunggu lagi?????Kat kedai ni pun produk Tia Amelia murah RM 10.00 (set) dari kedai yang aku pergi sebelum ini...

THIS DRINK IS SUITABLE FOR ALL WOMEN OF ALL AGES.
VERY BENEFICIAL FOR WOMEN DURING PREGNANCY
PRODUK BUATAN MALAYSIA

Monday, December 7, 2009

Maklumat untuk semua....

Jom kawan-kawan..aku nak berkongsi sedikit maklumat dengan korang semua.....jangan ingat aku makan Jamu Mak Dara ni pasai aku dah tak nak anak dah ya.....JMD ni amat bagus untuk wanita-wanita yang telah berkahwin....buat Encik Suami lagi sayang kat kita...ok?????tak percaya? cuba dulu baru tahu kesannya....

Jamu Mak Dara...boleh didapati dalam 2 bentuk iaitu kapsul atau serbuk...dah lama aku amalkan....memula aku beli yang serbuk then aku tukar kepada kapsul sebab senang nak bawa ke mana-mana...lagipun senang nak telan..hehe....fungsinya? amat berguna sekali buat mereka yang bergelar isteri.....untuk lebih info, sila layan blog ini ya....
http://keanggunanwanita.blogspot.com


ini pula Honey Apple 3......boleh menguruskan badan....tak percaya? Sejak aku amalkan JMD dan HA3....aku dah turun 8 kg....dijual dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk sachet dan juga di dalam botol...setakat ni aku beli yang dalam sachet sebab student UPSI yang jual tu tak de lak dia kata ada dalam botol tapi bila aku search kat internet...rupa-rupanya ada dalam botol....nak tahu lebih lanjut? layan blog ini http://honeyapplenabil.blogspot.com (aku beli kat sini sebab time ni student UPSI cuti) dan ini pengedar rasminya http://honeyapple3.webs.com Kalau sape2 nak jadi agen....boleh berurusan di sini.....
SELAMAT MENCUBA............

Wednesday, October 28, 2009

Tips mengenai kitaran haid dan waktu subur wanita

Assalamualaikum semua..

Kali ni aku nak berkongsi maklumat dengan korang semua....info aku dapat dari internet.....Kepada Encik Blog PakarHowTo..radiah mintak izin tempek maklumat ni kat blog radiah ekk...boleh berkongsi maklumat dengan kawan2 di luar sana......jom layannnnnn.....

Baik lah kawan2 semua..hari ini saya nak berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betui. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama:-
1. Untuk memudahkan mednapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-14
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogon meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu ini lah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteining Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
***(14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. JAdi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. sekiranya periodnya tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi diklinik2 di Kuala Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tiak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah wajtu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.