ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Showing posts with label upsi. Show all posts
Showing posts with label upsi. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Ehhhhh...buat apa di UPSI?????

Salam semua.......baca ke tak tajuk N3 aku kali ni???? baca kan....camne lak laling aku leh berada di UPSI ya?????? hehe......ianya kerana pada 19 Januari 2011...telah berlangsungnya Seminar Pemantapan Perkhidmatan di Dewan SITC UPSI...so....team Open University Malaysia telah memberi sedikit taklimat mengenai pembelajaran di OUM...so that day...aku datang kerja sekali ngan laling ku....laling aku skang ni kat Marketing Unit ya..bukan lagi di Learning Centre so kalau ada pameran dan yang berkaitan dengannya...maka adalah dia....hoho cam kat UPSI dulu jugak..dulu2 memula kat PRO....sama je kerjanya...promosi promosi promosi......
bersama En. Ghazali Din...

Team OUM....yang sebelah laling aku tu..itulah Big Boss Marketing Unit....betul ke???hehe minta maaf kalau salah ya En. Yon...

latest picture dari kami berdua....hehe..dah lama tak bergambar berdua2an begini....

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi....

Syukur alhamdulillah. Tahun ini adalah tahun keempat aku berpuasa sebagai seorang isteri...2 tahun semasa tinggal bersama MIL....tahun lepas dan tahun ni bersama2 suami dan anak di rumah sewa (bila lerrr nak pindah umah baru ni...hehe). Sahur pada hari pertama...malam tadi dah masak nasi...jadinya sahur tadi aku buatkan nasi goreng untuk laling....kul 4 pg aku dah bangun masak dan buatkan air...kul 4.30 pagi kejutkan laling bangun makan..sementara laling makan aku duk melayan internet..hehe...kul 5 lebih aku tido balik....tak leh tak tido semula...nnti aku mengantuk sesangat di siang hari...(dulu2 masa zaman aku bujang aku mana de pernah bangun makan sahur.....sejak dah kawen harus bangun you.....)
Okey lah..xmo celoteh banyak2...aku just nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..semoga dibulan puasa ini aktiviti kita dipenuhi dengan kegiatan yang berfaedah dengan berbuat banyak kebaikan bagi menambah pahala......




mulut jangan berkata 'saya PUASA' tetapi pada hakikatnya tidak BERPUASA.....walau kita boleh menipu 'ORANG' tetapi ALLAH maha mengetahui....

Thursday, March 18, 2010

Al kisah 12 Mac 2010..............

Taraaaaaa.....N3 kali ini gambar2 masa Mesyuarat Agung PEWARIS last friday....kredit to Nurul Hasniza...photographer UPSI wokeh.....minta maap lah ya gambarnya kecik sebab aku copy dr fb Nurul...Nurul, akak minta izin copy gambar dan tempek kat blog akak ya.....
Bersama2 seramai 9 orang staf Perpustakaan Tuanku Bainun + Jabatan Bendahari + Pusat ICT =ini lah hasilnya....







gambar tak leh besarkan...pecah wokeh......kalau nak tengok jugak...tengok kat fb aku ehhhh....

Sunday, March 14, 2010

Model Busana Muslimah......

Ngeeeee.....hari ni ahad...semalam sabtu....adessss bosan gilerrr kat umah....hubby laling tak balik.....student OUM peksa so pagi2 dah nak kena ada jadinya laling tido kat KL....malam ni Insya Allah balik...balik lerrr aku gosok 2 helai je kemejanya...hehe
Ini jam sambil melayan E in main..aku pulak melayan tenet..nak tengok tv?hmmmmm mana dikasinya aku tukar channel lain.....always like that...menci tau...nona pun dah tak dapat nak tengok skang ni....
Tadi aku dah masakkan ikan bawal goreng kicap......'french toast' jugak yang E in nak makan...hmmmm...sudahnya aku yang meratah ikan bawal goreng kicap tu...hehe
Jumaat baru ni....ada mesyuarat agung PEWARIS kat UPSI....2 days before...boss suh aku cari 10 nama tuk jadi model Busana Muslimah.....dari Butik Fauziah Latiff.....aku? kena jugak lah.....walau hati tak nak..terpaksa...lagipun aku mana besa jalan 'catwalk'.....boss aku kata..suka hati lah nak jalan cam na pun.....bersama2 Azura, Wan Kartini, Halida, Siti Fairuz dan Intan...kami practice jugak lah pagi tu....
cam besa...tuan punya blog wajib enterprem dulu......baju kurung batik merah ni tahun 2006 punya wokeh....beli kat Terengganu masa pi lawatan ke KUSTEM.......jangan marah aaaa sudah muat dipakai.....cuma baju2 masa aku bujang2 dulu je belum muat untuk dipakai...mmg masa bujang aku kurus sesangat wokeh dengan berat 45kg aje......
pose yg sama cm gambar atas.....

haha...ini jumaat pagi..tudung aku bedal aje...ntah kemana tudung tuk baju ni aku simpan..ni pun baju kebaya 4 tahun sudah...sudah boleh dipakai....

jeng jeng jeng....Jumaat petang 12/3/2010....Jubah chiffon dari Butik Fauziah Latiff...elok muat je ngan aku walau sedikit longgar.....harga? RM 4++ wokeh kalu tak silap aku...mmg cantik jubah ni....
ini aje gmbar yg aku ada...ni pun dr hpon aku...Insya Allah kalau ada lagi gambar lain..aku post kat blog aku wokeh....

Friday, August 7, 2009

Konvo.....

Assalamualaikum semua....kejap je dah masuk bulan Ogos.....dan next week bermula 11 hingga 15 Ogos 2009, akan berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 11 UPSI....lagi bape hari je ni....selasa minggu depan weiii...hehe....selalunya kalau time konvo, aku akan dilantik sebagai penyambut tetamu yang akan bertugas di dalam Dewan SITC (tempat berlangsungnya istiadat) dan juga kat tempat VVIP makan.....tetapi untuk konvo bulan Ogos ni aku mintak excuse ngan En Musa sebab aku nak mengemas bilik stor alat tulis Perpustakaan...hehe dah bersepah2 dah....so, time ni big boss aku tak de kat opis maknanya boleh lerr aku mulankan operasi......then kalau tak de apa aral melintang, dapat lerrr aku jumpa ngan Nurul Fauzana, kawan bloggers yang akan datang ke UPSI meraikan adiknya yang akan bergraduat nanti.....

So sape2 yang duduk berhampiran dengan Tanjong Malim, boleh lerrr datang ke Pesta Konvo...macam2 ada...bawa duit je ok????hehe

Minggu depan UPSI akan kembali sibuk.....time ni lerrr susah nak cari parking......minggu depan juga aku nampaknya kena kuar awal dari biasa......untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.......Oooooo time ni juga lah nampak gayanya bila pi ke pesta konvo, kena lah pakai mask......ya lah....orang ramai...serata malaysia datangnya.....

Thursday, July 30, 2009

Aku yang tetiba demam dan H1N1 melanda UPSI

Assalamualaikum semua.....hari ni sepatutnya kerja tapi UPSI ditutup selama seminggu gara-gara H1N1 melanda studentnya......sebelum tu hari selasa aku dah rasa tak sihat badan..rasa cam nak demam...pakai lens so bila badan panas, mata pun sakit dan jadi merah tapi aku buat tak kisah lagi....malas nak layan....malam tu bawa E in pi klinik semula sebab batuknya berkahak..sian anak mama ni..sebab batuk, tido pun terganggu.....semalam (rabu) masa nak masuk pintu utama UPSI, depan aku lah...aku nengok pak guard siap tahan2 student lagi...sampai kat opis...boss kata ada student upsi dah kena H1N1....dalam kul 8 lebih ajak opismate pi pusat kesihatan UPSI ambik mask....dalam kul 10 aku pi klinik lak sebab aku rasa badan panas sangat..memang tak selesa....dengan batuknya lagi..dengan sakit tekaknya.....kul 11 lebih baru dapat jumpa doktor....yahooo dapat MC..hari tu je lah....oppppssss aku bebas dari H1N1 ok?demam biasa je.....then aku msg opismate bagitau aku dapat mc....
Cam besa....mesti singgah kedai beli sayur, udang dan sebagainya.......then baru balik umah.....masak2 dulu then makan dan baru aku makan ubat...tido sampai ke petang...dalam kul 4 lebih opismate msg bagitau UPSI tutup mulai 30 Julai hingga 5 Ogos....alhamdulillah..dapat gak aku berehat dan cuti free...hehe.....
Dan aku dengar khabar 4 orang pelajar UPSI kena H1N1.....student di Kampus Proton City dengar ceritanya.....ayooooo mana pegi dik sampai kena H1N1?????Mudah-mudahan mereka ini cepat sembuh.....
Sebenarnya aku boring gak ni cuti lelama ni....mana nak pegi?hubby laling pun keje...lain lerrr laki bini keja UPSI...boleh gak berjalan2......

Monday, July 27, 2009

Shopping buku di pesta buku UPSI

Baru jap tadi aku turun ke bawah (opis aku tingkat 4)....meninjau2 buku yang dijual di pesta buku UPSI.....memula pi kat bilik 24 jam....banyak buku ilmiah je so aku pun turun ke bawah...ni lerr tempat yang paling best skali...macam2 buku dan majalah ada.....aku pun apa lah lagi......ni ha hasil rembatan aku....
4 buku masakan hasil Kak Hanieliza...selalu aku dok nengok kat blog orang lain dok beli buku ni...dan aku pun teringin lah jugak...tapi aku beli 4 je lah dulu....
yang ini pula..untuk my beloved little princess......tuk 9 jenis buku ni habis lah juga dalam RM 85.00...hehe tak pe...aku kalau pasal buku....banyak habis pun tak pe...

Thursday, July 9, 2009

Ubah kriteria naik pangkat...

berita ini aku dapat dari Utusan Malaysia ruangan forum bertarikh 9hb. Julai 2009......(tu pun setelah opismate bagitau....)


SAYA rasa terpanggil untuk menulis apabila membaca rintihan Kerani Setia 1981 di ruangan ini pada 26 Jun 2009.

Saya amat bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menaikkan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun kerana ia dapat memberi semangat yang baru untuk bekerja.

Pada masa yang sama ia mengiktiraf sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi pegawai-pegawai ini kepada pihak kerajaan.
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sering dijadikan kayu pengukur iaitu sebagai penentu bagi kenaikan pangkat.

Tetapi LNPT juga mengakibatkan kakitangan awam itu diadili secara tidak adil disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.

Penilai-penilai LNPT terdiri daripada individu-individu yang berbeza dan kaedah pemberian markah itu sendiri berbeza di antara penilai-penilai.

Saya pernah menyaksikan satu situasi di mana calon-calon yang berjaya dalam eksesais kenaikan pangkat datangnya daripada jabatan yang sama akibat daripada sikap murah hati penilai-penilai terutama ketua jabatan terhadap anak-anak buahnya.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah ahli panel yang memperakukan sesuatu kenaikan yang tidak mahu membuat kajian terlebih dahulu mengenai cara pemberian markah LNPT yang bersifat arbitrary.

Terdapat juga situasi pemberian markah LNPT yang terlalu tinggi dalam sesebuah jabatan berbanding jabatan yang lain dalam agensi yang sama.

Mengikut tulisan Kerani Setia 1981, ketegasan seorang ketua dalam memberi markah mengakibatkan rata-rata penjawat awam berasa amat bertuah sekiranya markah LNPT berada dalam linkungan 80 peratus ke 90 peratus.

Tetapi untuk makluman para pembaca, ada ketua-ketua jabatan yang tidak segan untuk memberi markah lebih 95 peratus kepada kakitangannya walaupun tiada sumbangan yang diberikan kepada negara, negeri atau apa-apa bentuk sumbangan luar.

Akibatnya, hanya kakitangan jabatan tertentu yang mendapat manfaat dalam segala kenaikan pangkat. Sepatutnya, di dalam eksesais kenaikan pangkat, syarat markah LNPT dan syarat PTK digunakan pada peringkat menyenarai pendek calon-calon sahaja.

Temuduga adalah peringkat yang menentukan siapa yang layak di antara nama-nama yang telah disenarai pendek. Selepas proses temuduga, segala rujukan kepada markah LNPT dan PTK tidak lagi relevan. Sekiranya markah LNPT tertinggi merupakan penentu kenaikan pangkat, saya berpendapat tidak perlu diadakan lagi sesi temuduga. Sepatutnya keputusan panel penilai dalam sesi temuduga perlu dihormati.

Penilai-penilai prestasi juga perlu diberi kursus atau pendedahan mengenai teknik menilai dan memberi markah LNPT supaya kriteria-kriteria penilaian dapat dipiawaikan dan bukannya secara rambang. Saya berharap perkara ini dapat membuka mata dan pandangan pihak kerajaan dan juga agensi-agensi berkaitan supaya kenaikan pangkat dilihat sebagai pengiktirafan kerajaan kepada kakitangan awam, bukannya sebagai sesuatu yang boleh dipertikaikan.

N22 SETIA
Tanjung Malim, Perak

International Students




Semalam 8/7/2009, ada sesi taklimat untuk pelajar antarabangsa dari China di Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku Bainun....gambar ni aku minta tlg ngan opismate aku tangkapkan....masa ni sesi berkaitan dengan Perpustakaan..tu haaaa 2nd boss aku tengah bagi taklimat kat dorang semua...dalam2 ramai ni terselit seorang student dari Brunei Darussalam...OOOO tinggi2 sungguh students dari China ni..cam model jek aku nengok..hehe...aku dimaklumkan student di adalah student Fakulti Seni & Muzik......blaja apa lah ekk? menari?hehe aku pun tak tahu.....

Tuesday, June 30, 2009

Perpustakaan Tuanku Bainun yang tenang...tiba-tiba......

Rasa-rasa korang lah kan?nape lah agaknya tajuk N3 aku kali ni berbunyi cam tu ya?hehe...actually minggu ini adalah minggu suai kenal kepada semua pelajar baru UPSI...dan tetiba hari ni, pagi tadi dan baru sat petang ni...satu library riuh rendah ngan suara pelajar2 baru ni...macam langau bunyinya....bising oooo...satu library bising...ayooo awat jadi lagu ni...aku rasa cam kat pasar lah pulak...orang tengah tawar menawar....helloooo ada tau ke tadak tau? Ini perpustakaan tau.....


Aku tanya lah kat staf Bahagian Perkhidmatan Pelanggan...sesi apa yang student ramai2 sangat kat dalam library ni? Dorang kata...sesi mengenal perpustakaan....sebab tak de dah duk dengar taklimat dalam Dewan SITC...ooooo patut lah pun....nama pun budak baru belajar masuk U so cam gini lah...kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yang sempat aku rakam pagi dan petang ni tadi....jom layannnzzzz......














****kalau korang semua nak tahu....masa sesi minggu suai kenal je dorang ni dressingnya 'alim' sket..tunggu lah dah lama sket bila dorang nengok senior masuk kawasan kampus...ngan suar ketat baju singkat nampak punggung / nampak kesan suar dalam pun ada....nampak bayang2 suar dalam pun ada...tudung pun dah jadi pesen dah....kain terbelah nampak paha lah...baju jarang menampakkan susuk tubuh pun ada..saje je gamaknya nak menayang ek? ehhh nape lah aku skema sangat ek?bukannya aku dengki kat student tapi cara berpakaian mengalahkan orang dah bekerja....dulu masa zaman2 adik aku jadi student upsi, peraturan berpakaian di dalam kawasan kampus ketat sekali...la ni ntah apa dah nak jadik.....macam mana nak didik anak bangsa kalau sendiri pun dressing rugged kemain?itu terbonjol....ini terbonjol...adehhh...malu lah sket kat orang yang memandang...


*** yang aku lagi pelik ialah dorang dok bawa payung besar tu kehulu kehilir...adeh...beli lerrr payung kecik yang leh lipat masuk dalam beg tu.....dah bape hari orientasi dah...cam adik aku kalau nak pi lapor diri kat U, aku pastikan dia ada payung kecik yang leh lipat masuk beg tu...