Jom kita terus kepada topik yang hendak aku kongsikan.....
SUKAI ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU
Jadi, bagaimana caranya membuatkan orang suka pada kita?
Adakah dengan cara menceritakan kehebatan diri kita, dan menceritakan pencapaian diri kita, serta menceritakan kekuatan diri kita? Dalam erti kata lain, masuk bakul angkat sendiri!. Sudah tentunya tidak! Malah kalau ini dilakukan, kita akan nampak seperti angkuh dan lagilah orang tidak suka pada kita. Caranya untuk mendapatkan orang suka pada kita ialah dengan cara kita menyukai orang tersebut terlebih dahulu.
Daripada kita menceritakan kehebatan diri kita, kita puji secara ikhlas kehebatan orang tersebut. Daripada kita ceritakan pencapaian diri kita, dengan ikhlas kita hormati pencapaian orang tersebut. Daripada kita menceritakan kekuatan diri kita, dengan ikhlas kagumi kekuatan orang tersebut! Secara tidak langsung, interaksi kita akan membuatkan orang lain suka pada kita. Yang penting, ialah keikhlasan kita. JAngan pulak kita lakukan tanpa keikhlasan kerana orang juga akan nampak kita sekadar mengampu pula!
Bagaimana kita hendak orang sukakan kita, bermula dengan kita menyukai orang tersebut!
Perkara ini dikenali sebagai "the law of indirect effort". Ianya bererti dalam komunikasi, kita perlu mengharapkan pulangan secara tak langsung dengan mengutamakan orang lain terlebih dahulu. Sekiranya kita inginkan kegembiraan, kita perlu beri orang lain gembira. Bayangkan hari jadi orang yang tersayang, bukan sahaja penerima hadiah akan gembira, tetapi kita juga akan turut berasa gembira. Jadi, jawapannya adalah agak mudah. Bagaimana untuk kita mendapat kepercayaan daripada orang lain? Dengan apa yang disebutkan di atas, kita perlu terlebih dahulu mempercayai orang tersebut. Dengan cara ini, apa yang anda berikan, anda akan terima berlipat kali ganda.
PERSONALITI YANG BAIK
Dalam komunikasi dan perhubungan, personaliti yang baik memainkan peranan yang penting. Bukan bermaksud anda perlu menjadi pakar komunikasi, memadai anda bijak menjaga hati orang lain dengan personaliti dan keperibadian yang menarik.
salam ramadhan,
ReplyDeleteblog yang sungguh menarik.
harap sudi kunjungi http://askamakalikada.blogspot.com dan sudi menjadi follower.
sekian, wassalam.