ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, August 23, 2010

Awas Jualan Murah

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSIN

E-mel yang kuterima dari kawan pejabat. Sangat berguna buat mereka yang kaki shopping waktu SALE lebih2 lagi dah dekat nak raya ni kan....baca hingga habis ya.....
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan terikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai 'duri dalam saging' terhadap masayarakat di negara ini.
PETALING JAYA: sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM 455 dan selepas diberi diskaun kononnta sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM 109.20. Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna is dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM 455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, penggunan ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertanggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd. Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. "Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009."Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang 'alah membeli menang memakai'.
"Ini tidak, pantang ternampak iklan jualan murah, kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat membeli-belah terkemuka negara ini saban setahun.

5 comments:

  1. btol tu sis..sale sale ni tipu je..mana la dorg nk bg arga murah cemtu kn..dorg mesti pk untung...

    ReplyDelete
  2. mmg betui pun.. hari tu dh pegi sogo , mmg sale giler .tapi cam tak puas hati jer sb harga ori tu melampau tinggi, so bila dh diskaun cam tipu jer..

    ReplyDelete
  3. y@n@ & Adyshariz: ada certain barang tu pulak...harga masa sale sebenarnya sama dengan harga sebelum sale..akak pernah shopping ngan hubby, beli suar slack kerja hubby kat Jusco Bukit Raja Shopping Centre, beli sblm sale, bila pi time sale...harganya sebenarnya tak berubah lgsg cuma masa sale harga b4 dia letak tinggi sket..

    ReplyDelete
  4. haa i dapat gak email nih! hubby suh update in blog gak so that semua orang tahu pasal nih. good sharing you!

    http://twinkywinkystars.blgospot.com

    ReplyDelete
  5. betul tu sis, sebenarnya harga benda tu lbh murah dr harga offer kan...lagi2 mrk nak mark up harga..taktik penjual yang kurang sihat..kita sebagai pengguna yang terkena...thnks for this good info....

    ReplyDelete