ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Friday, April 24, 2009

Jangan Pandang Ringan Jika Anak Anda Kurang Zat Makanan (sambungan.....)

(gambar sekadar hiasan)

ANTARA FAKTOR KZM
Jarak usia di antara kakak dn adik yang terlalu dekat, turut mempengaruhi penyakit ini. Ibu bapa cenderung memberi perhatian yang lebih pada adik berbanding kakak mahupun abang. Ia secara tidak langsung, menyebab cotak pemakanan kakak atau abang tadi tidak terurus.
Kemiskinan - Dalam keadaan ekonmi keluarga yang berada di paras kemiskinan, agak sukar bagi ibu bapa untuk menyediakan makanan yang berzat, sesuai dengan keperluan dan perkembangan si kecil.
Waktu makan yang tidak menentu serta jenis makanan yang kurang mengandungi vitamin dan protein yang diperlukan menyebabkan perkembangan fizikal anak2 terbantut.
Lingkungan atau persekitaran tempat tinggal yang kurang bersih, sehingga anak2 mudah dijangkiti kuman dan mendapat penyakit berjangkit. Keadaan ini boleh menyebabkan anak2 mengalami kekurangan zat makanan.
Kurangnya pengetahuan ibu bapa mengenai zat dan pemakanan merupakan salah satu daripada faktornya. Justeru, ilmu keibubapaan perlulah merangkumi semua aspek termasuklah kesihatan dan pemakanan anak2. Satu fakta yang ibu perlu fahami ialah kurangnya zat makanan anak2 adalah berpunca daripada makanan.
PANDUAN UNTUK IBU BAPA
Apabila anak2 mendapat KZM, mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit lain dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Keadaan ini juga akan turut mempengaruhi perkembangan mental anak2 tersebut.
Ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini ataupun untuk pengetahun umum penjaga khususnya, mereka seharusnya meningkatkan pengetahuan mengenai permasalahan ini. Perlu peka dengan perkembangan fizikal dan mental anak2, sedar akan kekurangan yang berlaku pada di kecil anda yang mana dalam meniti usia yang masih muda, ada segelintir ibu baya tidak sedar dengan perkembangan tumbesaran anak2.
Justeru, tingkatkan ilmu keibubapaan bukan saja dalam satu aspek tertentu, malah perluaskan pengetahuan itu yang mencakupi semua perkara yang berkaitan dengan anak2. Jika mendapati si kecil anda mengalami simptom KZM, dapatkan bantuan mengenai pemakanan yang sewajarnya untuk anak daripada pakar pemakanan kanak2 ataupun berjumpa dengan doktor.
Dalam masa yang sama, anda haruslah memberi makanan yang sesuai dengan keperluan anak2. Bukan saja dari segi kuantiti makanan tersebut, malah perlu melihat juga pada kualitinya. Sebaik2nya, makanan itu mengandungi sumber vitamin seperti protein, karbohidrat, zat besi, mineral dan lain2. sentiasa amalkan minum susu untuk anak2 kerana sumber makanan itu sangat penting untuk perkembangan si manja.
KOMPONEN MAKANAN SIHAT
Kelompok Makanan
Protein diperlukan untuk pertumbuhan, pembaikan dan penggantian jaringan tubuh. Contoh makanan yang kaya dengan protein ialah daging, ikan, telur, keju dan produk susu. Serta makanan lain seperti kekacang.
Lemak juga merupakan sumber tenaga dan menghasilkan kalori lebih banyak daripada makanan lain. Makanan yang kaya dengan lemak datangnya daripada makanan jenis kekacang.
Serat adalah bahan yang tidak dapat dicernakan oleh sistem pencernaan. Ia tidak mengandungi zat ataupun energi tetapi bermanfaat untuk melancarkan proses pencernaan.
Vitamin adalah bahan kimia kompleks yang diperlukan tubuh dalam jumlah sedikit. Mineral dan garam2 diperlukan dalam jumlah sederhana. Termasuk di dalamnya zat besi, potasium, kalsium dan sodium.
Kalori membekalkan tenaga pada tubuh kita. Apabila individu itu mengambil lebih banyak kalori daripada keperluan tubuhnya, sisanya akan disimpan sebagai lemak.
Sumber: Majalah Wanita Februari 2009 (ruangan ibu & anak)

No comments:

Post a Comment