ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Wednesday, December 9, 2009

Nak tepon baru....tapi tak tau yang mana satu....

hmmm.......la ni aku pakai motorola L7 ni...almost 2 years...hubby laling belikan.....tapinya dah tak berkenan di mata aku....jadinya aku duk melayan 2 biji tepon nokia nih....yang mana satu ekkkk???? Screen touch? oh no.....lagi cepat jahanam.....bek beli yang tekan2 guna keypad.....




Monday, December 7, 2009

Kejadian menyayat hati....


Maklumat untuk semua....

Jom kawan-kawan..aku nak berkongsi sedikit maklumat dengan korang semua.....jangan ingat aku makan Jamu Mak Dara ni pasai aku dah tak nak anak dah ya.....JMD ni amat bagus untuk wanita-wanita yang telah berkahwin....buat Encik Suami lagi sayang kat kita...ok?????tak percaya? cuba dulu baru tahu kesannya....

Jamu Mak Dara...boleh didapati dalam 2 bentuk iaitu kapsul atau serbuk...dah lama aku amalkan....memula aku beli yang serbuk then aku tukar kepada kapsul sebab senang nak bawa ke mana-mana...lagipun senang nak telan..hehe....fungsinya? amat berguna sekali buat mereka yang bergelar isteri.....untuk lebih info, sila layan blog ini ya....
http://keanggunanwanita.blogspot.com


ini pula Honey Apple 3......boleh menguruskan badan....tak percaya? Sejak aku amalkan JMD dan HA3....aku dah turun 8 kg....dijual dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk sachet dan juga di dalam botol...setakat ni aku beli yang dalam sachet sebab student UPSI yang jual tu tak de lak dia kata ada dalam botol tapi bila aku search kat internet...rupa-rupanya ada dalam botol....nak tahu lebih lanjut? layan blog ini http://honeyapplenabil.blogspot.com (aku beli kat sini sebab time ni student UPSI cuti) dan ini pengedar rasminya http://honeyapple3.webs.com Kalau sape2 nak jadi agen....boleh berurusan di sini.....
SELAMAT MENCUBA............

Friday, December 4, 2009

E in melayan Tom Tom Bak

Sorry lah ya..aku yang dah ketandusan cerita nak berkarya...video ni aku rakam pada 14 Nov. 2009 yang lalu...E in dok melayan siaran ulangan Tom Tom Bak...tapi kejap je aku rakam....

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Petua untuk mengandung

Hmmmm...kejap je dah nak habis bulan November 2009...tak lama lagi dah masuk Disember 2009....semakin meningkatlah usia kita semua.....dah 2 hari cuaca panas...alhamdulillah....kering basuhan...
Kali ni aku nak berkongsi PETUA UNTUK MENGANDUNG dengan korang semua ok???Sebelum tu kena lah mintak izin dengan tuan punya blog sebab aku copy paste kat blog aku lak....En. Pakar How To...sekali lagi Radiah mintak izin tempek info ni kat blog Radiah ekkkkk.....
(gambar sekadar hiasan...masa ni E in dalam hari lagi....tengah sedap tido sebab musim ujan..kalau tak silap bulan Disember 2007...kat umah parents aku)
Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca 'post' kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekalian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendpatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapat bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgiy dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudaratkan, ia hanya sekadar memudaratkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudaratkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu, saya telah dikunjungi psangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isteri masih belum mengandung. Kira-kira sebula lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidulfitri sewaktu berselisih di tempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah di pasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya, "suka makan jeruk?". "Memang kegemaran saya" jawab wanita ini. "Sudah berkahwin" saya menambah. "Sudah 3 tahun" " wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. "Berapa irang anak?" saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab "belum dapat anak lagi". Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
ELAKKAN:-
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dn jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalkkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah:

Banyakkan menyebut ALLAH (al-Musowwir).

Yang mana satu idaman kalbu??????

Kia Sportage????

Honda Civic???

Honda Accord????

Camry????

Nissan Sentra????

Vios?????

Avanza?????

Suzuki Swift???


Persona?????

Perodua MPV??????
-
-
-
hhhhrrrmmmmmmmmmm.....

Tuesday, November 24, 2009

The Little Nyonya...



Assalamulaikum semua...minta maaf lah ya...lama aku tak bersiaran....almaklumlah...dah hampir hujung tahun ni..banyak kerja yang perlu dibereskan....jadinya aku mesti utamakan kerja-kerja aku ok????

Korang penah tengok tak citer ni kat Channel 107 ASTRO? mula jam 6 petang sampai lah jam 7 malam...perggghhhhh aku...memula tengok, terus terpikat....hari2 mesti tengok...TETAPI itupun kalau tak berebut dengan E in lah...selalunya dari kul 5.30 petang...E in duk layan channel 613....jadinya tak de peluanglah aku nak tengok citer ni...ada masa aku miss jugak tengok citer ni....kalau aku khayalkan E in...dapat lah aku tengok....kalau TAK...E in tak bagi ooooo....hubby laling pun kata citer ni best....haha 1st time dia tengok citer ni jumaat lepas.......aku ni apa lah lagi kan?lama dah tak layan citer mandarin...

Citer ni dari hari isnin hingga jumaat saje....pelakon utama citer ni memang cun habis....lembut je perwatakan dia dalam citer ni.....tak caya? apa kata petang ni korang semua layan citer ni ok?

Monday, November 16, 2009

Happy 2nd birthday to my beloved daughter......

14hb. November 2009 bersamaan hari Sabtu 26 Zulkaedah 1430H..genap sudah 2 tahun umur puteri kesayangan ku....dilahirkan di Hospital Slim River pada 14 November 2007 jam 1.26 pm bersamaan hari Rabu dengan berat 3.65kg....doa dan harapan ku semoga anakku menjadi anak yang solehah...yang mentaati kedua orang tuanya...semoga menjadi orang yang berguna apabila dewasa kelak...semoga berjaya dalam pelajaran dan hidup...
Mama & Papa love u so much...muahhhh
(Sorry lah ya lambat sket create N3 birthday E in.....kat umah tak leh nak upload gambar, slow giler....apa pun aku dan hubby laling belum celebrate birthday E in lagi sebab malam tadi dalam kul 11 lebih baru papa sampai umah dari KL....so petang ini baru nak celebrate birthday E in...kat mana? aku pun tak decide lagi...)

Scrapbook at WiddlyTinks.com

Wednesday, November 11, 2009

Hamil....bolehkah menaiki pesawat??????


Jom aku nak berkongsi sedikit info dengan korang semua....gambar aku search kat tenet ya....layanzzzzz.....
Berbanding sedekad lalu, kita kini semakin kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara yang kian popular untuk menuju ke destinasi-destinasi jauh. Ditambah dengan promosi tambang murah membolehkan rakyat yang dahulunya tidak terfikir untuk terbang tinggi di awan, sudah boleh berbuat demikian.
Pendek kata, menaiki kapal terbang menjadi sebahagian daripada kehidupan moden baik bagi tujuan perniagaan, pelancongan, tugasan mahupun kembali bercuti di kampung.
Wanita hamil tidak terkecuali walaupun kadangkala, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam kandungan berada pada altitud yang tinggi, tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat.
Namun, secara peribadinya, apa yang lebih membimbangkan adalah fakta bahawa anda sedang berada di uadara selama beberapa jam dan yang mengalas di bawah hanyalah lautan nan terbentang luas.
Dan sekiranya apa-apa berlaku semasa di atas, kemudahan perubatan yang bakal anda terima adalah apa yang tersedia di dalam perut kapal sahaja.
Dan apabila anak kapal terpaksa membuat pengumuman, "Ada doktorkah di dalam penerbangan ini, kita ada kes kecemasan", sudah tentu ia bukan sesuatu yang bagus untuk bersalin.
Berdasarkan laporan Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya.
Dalam kenyataan yang sama, ACOG memberitahu, masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan masuk tiga bulan kedua/trimester kedua.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketoga membawa risikonya yang tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi.
Umumnya tiada sebarang komplikasi pada ibu atau bayi yang dikandung semasa berada di udara, kecuali jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka misalnya kelahiran mengejut atau kecemasan obstetrik lain.
Andai kata berlaku kecemasan seumpamanya, bantuan yang dapat diberikan pada tahap minimum. Ini wajib diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat.
Menurutnya, dalam kes-kes tertentu penerbangan tidak digalkkan atas sebab-sebab kesihatan bagi mengelakkan komplikasi akibat kelewatan atau ketiadaan bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana risikonya terlalu tinggi.
Fenomena Tromboembolisme (VTE)
Keadaan ini menyebabkan darah membeku di dalam salurannya. Jika tidak bernasib baik, darah beku itu kemudiannya beralih tempat ke saluran darah di paru-paru lantas menghalang pengoksigenan.
Ini boleh membawa kepada kematian mengejut. Fenomena ini pada awalnya lebih kerap berlaku pada wanita Barat berbanding Timur. Akibat perubahan gaya hidup, pemakanan dan saiz badan, insidennya diperhatikan meningkat di dalam masyarakat tempatan khususnya pada wanita hamil berbadan besar.
Di United Kingdom, fenomena ini digelar Sindrom Kelas Ekonomi berikutan berlakunya beberapa kes yang melibatkan kematian mendadak wanita muda yang menaiki pesawat kelas ekonomi dari perjalanan jauh, melebihi 18 jam.
Semasa di dalam pesawat terutamanya bagi perjalanan jauh, sangat perlu untuk anda bergerak dari tempat duduk dari semasa ke semasa. Minum air yang mencukupi. Jika perjalanan jauh, penggunaan stoking ketat khas dapat membantu mengurangkan risiko VTE.
Bagi wanita hamil yang pernah mengalami VTE, ada waris terdekat yang mempunyai masalah sama atau mempunyai berat badan berlebihan, pemeriksaan kesihatan yang teliti adalah sangat mustahak sebelum perjalanan.
Kelahiran Tidak Cukup Bulan
Tiada bukti saintifik yang menyokong bahawa penerbangan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.
Kalau pun berlaku, ia mungkin kerana di ibu stress jika penerbangan mengambil masa yang lama dan dalam keadaan tidak selesa.
Berlainan dengan ibu hamil yang lebih daripada seorang janin, mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan atau pintu rahim tidak ketat, risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah lebih tinggi sekali pun tidak menaiki pesawat.
Jika mempunyai rancangan untuk menaiki pesawat, mereka harus mendapatkan pemeriksaan teliti daripada pakar perbidanan dan dicadangkan supaya menerima nasihat doktor dengan serius.
Hal ini penting kerana jika kelahiran berlaku di dalam pesawat, bantuan terhadap bayi yang berisiko tinggi ini dapat diminimumkan.
Ubat-ubatan Tertentu Dapat Membantu Mengurangkan Risiko Ini
Semakin tinggi kedudukan seseorang dari paras laut (altitud), semakin rendah tekanan separa oksigen. Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, altitud penerbangan lazimnya hanya memberi perbezaan tekanan separa oksigen yang kecil.
Hal ini, biasanya tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana mereka dianugerahkan sistem pertahanan yang dapat menahan perubahan tekanan separa oksigen yang tidak keterlaluan.
Bagaimanapun, perbezaan kecil ini boleh memberikan kesan negatif terhadap bayi yang dikandung oleh ibu anemia dan dinasihat mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Jika perjalanan tidak dapat dielkkan sebelum anemia dapat dirawat, ibu ini perlu mendapatkan bekalan oksigen dalam perjalanan.
Bagi pesakit sel sikel (jarang berlaku di Malaysia), adalah lebih baik jika perjalanan dapat dielakkan kerana krisis penyakit ini lebih mudah berlaku pada altitud tinggi.
Jika tidak, bekalan oksigen semasa perjalanan mungkin dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi.
Kemalangan Di dalam Pesawat
Tali pinggang keselamatan di dalam pesawat harus dipakai di bawah perut supaya jika terdapat sebarang pergerakan mendadak, bahagian tulang pelvis yang akan menyerap imapk tersebut dan bukannya bahagian bertentangan rahim.
Sekali gus, ini dapat mengurangkan risiko uri terpisah awal dari kawasan tempelannya pada rahim ataupun kebocoran rahim. Kedua-dua insiden ini boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi.
Kecemasan Obstetrik
Satu perkara yang mesti diketahui, kehamilan risiko rendah boleh berubah menjadi berisiko tinggi pada bila-bila masa dan adan kalanya diluar jangkaan.
Seseorang ibu boleh dengan tiba-tiba terasa hendak bersalin dan melahirkan bayinya dalam waktu yang singkat walaupun sebelum itu keadaanya adalah normal. Begitu juga dengan komplikasi-komplikasi kehamilan lain yang boleh berlaku secara mendadak.
Syarikat penerbangan tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan.
Oleh itu, wanita hamil harus bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan.
Perjalanan menaiki pesawat semasa hamil dalah selamat apabila seseorang wanita itu berpengetahuan tentang risikonya dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum dan semasa perjalanan.
Wanita-wanita hamil yang berisiko tinggi harus sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi dan dapat menimbangkan sama ada risiko yang diambil benar-benar berbaloi. Adalah lebih baik jika perjalanan ini dapat dielakkan. Mematuhi nasihat doktor adalah sangat perlu dan mustahak di dalam konteks ini.
Sumber Maklumat (Mingguan Malaysia, 16 Julai 2006)