ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Thursday, March 29, 2012

Penat + letih + tension + dah tak larat

Assalamualaikum
hari ni kandungan dah masuk 17 minggu
dah hampir seminggu berdua je dengan E-in
membuatkan aku rasa dah penat + letih + tension + dah tak larat
nak melayan karenah anak yang seorang ini
Aduhai, Tuhan saje lah yang tahu
bagaimana keadaan dan situasi yang aku alami
dengan perut yang semakin membesar
dah tak mampu nak terkejar-kejar
itu belum lagi termasuk kain baju yang dah siap berbasuh dah kering
aku campak aje atas katil kat bilik tengah
semenjak mengandung, aku akui kerajinan aku untuk melipat kain baju langsung
dah terbang entah ke mana
apa lagi nak mengemas rumah
nak masak....pun dah tak ada hati nak memasak
andai berdua je dengan E-in di rumah
aku masak yang sempoi aje
selalunya lauk yang dimakan oleh anak ku means 1 lauk je lah aku masak
senangkan? sib baik E-in bab-bab lauk dia tak cerewet
cukup sekadar nasi + ikan goreng berlada atau ayam goreng berlada
air...cukup sekadar air kosong tapi mesti mau yang sejuk

Cuma aku tak tahan nak melayan karenah si E-in apa bila waktu pagi + tengahari + petang dan malam
selalu juga menyebabkan aku naik angin
aduhai..maaf kan mama ya sayang, mama penat sangat
hilang segala kesabaran aku

Apa pun aku bersyukur kerana di kurniakan seorang anak yang bijak + petah dan pintar juga yang memahami (kdg2 tu nak kena ikut cakap dia je)
Dlm minggu ini ketika menemankan E-in sebentar di dalam kelasnya
dek kerana kwn2 yg lain belum sampai hingga beberapa hari menyebabkan
E-in meminta aku menunggunya di kelas
hinggakan terpaksa aku tinggalkan dia dengan Cikgu Laili
(owhh ya sekarang ni bila kena tinggal tu (kdg2 la) air mata je bergenang...suara dah tak kedengaran lagi)
sempat aku bertanya hal2 berkaitan E-in
Cikgu Laili memberitahu, Ezureen belajar pandai + aktif di dalam kelasnya
Alhamdulillah....mungkin sebab aku dah biasakan E-in dengan buku dan pensil + pensil warna sejak dari kecil hingga lah sekarang
dia cepat belajar
walaupun pada permulaan persekolahan tidak mahu ke sekolah dan menyebabkan banyak yang tertinggal
sekarang pun kalau sebelah petang sampai je di rumah
mula2 yang di carinya adalah buku dan peralatan menulis/mewarna
sampailah dah malam waktu maghrib pun macam tu
sampai kan aku tak terlayan
ya lah, kita sebagai isteri dan ibu, kan banyak kerja nak kena buat bila sampai ke rumah, apa pun aku ajarkan juga sekejap-sekejap apa yang hendak di buatnya...

owwhhh ya..aku juga tidak membiasakan anak bermain seorang diri di dalam kawasan pagar rumah apabila sampai ke rumah...lagipun E in jarang nak main kat kawasan parking kereta...biasanya dia akan masuk sekali dengan aku ke dalam rumah dan mulalah mencari apa2 yang patut di buatnya

Huuuuu lambatnya esok @ Jumaat.....Jumaat bertemu Jumaat...cepat lah masa berlalu....dah tak larat dah....

No comments:

Post a Comment