ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Monday, October 25, 2010

Panggilan 'BOSS' kepada ketua tidak SOPAN, Menurut Pendidik Bahasa

Daripada: Nodin Mahadi

BEIJING, 16 Jun (Bernama)----Panggilan 'BOSS' kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya is satu amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.
Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata menggunakan panggilan boss terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.
'Panggilan boss merupakan perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung mempunyai erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan-lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya', kata beliau kepada bernama disini, Rabu.
Katanya beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara ini kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan oleh pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat malah kepada menteri-menteri sejak akhir-akhir ini.
Menurutnya lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.
Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia supaya tidak menggunakan panggilan boss kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu yang berkenaan.
Katanya, perkataan boss lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang itu ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.
PPBMM berada di China untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu di Beijing Laurel Hotel, di sini.
Seminar yang di adakan selama dua hari yang berakhir semalam merupakan anjuran PPBMM dengan kerjasama Beijing Foreign Studies University (BFSU) yang dihadiri lebih 150 peserta dari Malaysia dan China.

No comments:

Post a Comment