Penunjuk perasaan mahu usir rakyat Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia bertarikh 9hb. September 2009
Oleh: Borhan Abu Samah
JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kas pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.
Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia disini.
Kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan sensitif.
Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.
Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam keadaan 'cukup tegang'.
Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. - Utusan
Memang BANGSA tak sedar diri diorang ni. Diorang tak pikir ke ada bape juta rakyat dia kat MALAYSIA ni. Kalau kena buluh runcing ngan org Malaysia ni kang baru padan dgn muka diorang. Patutlah negara MISKIN. Asyik nak berdemo ngan cari pasal je. Ni wat aku makin anti ngan INDON ni....
ReplyDeleteNtah la... susah nak cakap. Mungkin ada benarnya yg kita ni ambik mudah ttg perasaan org lain. Semua warga dan bangsa buat salah. Masalah org Malaysia nih, dah tau org tak suka kita, takyah la ambik diorang jadi pekerja kat sini lagi. Biar la kerajaan kita hantar balik semua rakyat mereka ke negara mereka sendiri. Susah senang biar dia kat negara dia sendiri.
ReplyDeletePerintahkan aje semua pekerja indon balik negara diorang balik. Amek ramai bangla, myanmar pulak utk sektor binaan dan perladangan.
ReplyDeleteYg maid pulak..amek dari bosnia ke..Takyah maid pun takpe laa korang. Wat cam Radiah ni hantar anak ke nurseri aje. Nurseri pun dah banyak dah. Umah kemas ler sendiri. Tu ler tanggungjawab surirumah walaupun kerja.
Org M'sia ni pun satu..jgn tunjuk sgt bergantung ngan pekerja indon..ni ler padahnya sampai nak mintak RM800 sebulan. Aku keje kerani kat Tepen ni dulu pun gaji tak sampai RM500 weh!! Tu pasal aku berenti keje..
Jenis x kado diri,haram jadah...
ReplyDeleteassalammualikom...
ReplyDeleteisu yang agak menarik. mungkin kini malaysia perlu fikir tentang jutaan rakyat indonesia yang berada di malaysia. Sekiranya berlaku peperangan indonesia telah meletakan jutaan askarnya di seluruh malaysia. Jika diikutkan sejarah kita pernah berperang sekali tapi tak mustahil ianya tercetus lagi. kita terlalu berlembut. seharusnya kerajaan fikirkan tentang keselamatan rakyat. Berkaitan tarian, itu hanya alasan. Peperangan boleh tercetus hanya kerana seorang wanita, alasan yang tak munasabah di akal. hati=hatilah malaysia....