ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, June 23, 2009

IMPORTANT MESSAGE..PLEASE READ.....

Ini satu lagi berita yang aku dapat masa aku pi jalan2 kat umah kak zaa....harap2 semua dapat membantu...

SALAM SEMUA

Saya bagi pihak kawan saya dari rumah sebelah memohon bantuan kawan kawan semua jika ada yang terjumpa dengan 2 org anak nya yang hilang malam semalam.
Ibu mereka Miza minta tolong saya war-warkan. Tolong doakan anak2 Miza selamat dan jumpa kembali. Anak dia hilang dari 7pm malam tadi.
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun.Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.
Thank younie ada gambar kanak2 tersebut.
nadia dan zakry(kanan)



P/S moga moga kita sama sama dapat membantu saya copy dari forum

Aquaria KLCC (Video Part 1)

Ketagih Teman Siber

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Dia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya. Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan. Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.


Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.


Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.


Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.


Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.


“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.


“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.
****Sumber: Harian Metro 23/6/2009

Monday, June 22, 2009

Attention please....!!!!

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKAN SE MASYARAKAT


ASSALAMMUALAIKUM. .. Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handfon murah(kastam kononnya), kereta murah(kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan2 semua berhati2 dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual, Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dgn cincin taring harimau.Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit hp. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan.. Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes. Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK @ ADI (lihat gambar). Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/ 09. Sukar dijejak kerana sering berpindah2 ke bandar2 lain. Jika terlihat atau terjumpa sila repot polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan. Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.



Saya juga merayu pada sesiapa yang ada terjumpa atau terlihat gadis dalam gambar ini Acu atau nama sebenarnya NOOR ASHIKIN BINTI NAEMAT salah seorang mangsa DK supaya dapat menghubungi saya seberapa segera AZMIE 017-3174711 @ 06-3177455 .Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama tuan2 dan puan2 dan saudara serta saudari yang saya kasihi semua. Berhati2 lah dan awasi sekeliling kawan2 dan saudara mara semua. Saya tiada pilihan kecuali meminta bantuan disini kerana pihak polis masih lagi menyiasat.Jika ada maklumat terkini sila hubungi Sarjan Zaki di nombor 013-624 7811 atau Balai Polis yang berhampiran.
dipetik dari : myadha.blogspot.com
****this news aku dapat masa aku jalan2 kat blog kak zaa (http://zawiahdiari.blogspot.com)

Masa untuk melayan tag-tag yang tertangguh

Tag 1



Tag ni aku terima dari Y@N@ M!B....mintak maap lah ya..hari ini dan diwaktu ini baru dapat melayan tag....



1. Besides your lips, where is the favorite spot to get kissed?
Errrkkkk.....rahsia aaaaa



2. How did you feel when you woke up this morning?
Malas nak pi keje...dah 2 hari cuti...adehhh malasnya nak bangun awal pagi....



3. Who was the last person/people you took a photo with?
Dengan E in...kat Aquaria KLCC



4. Would you consider yourself spoiled?
Tengok keadaan......



5. Have you ever had a best friend who was the opposite sex?
TIADA.....best friend semua pompuan....



6. Do you want someone to be dead?
Someone? sape arrr??aku cuma nak pompuan ngan lelaki yang tau buat 'keje' pastu buang anak merata2 sesuka hati mereka tu...haaa tu yang aku nak orangnya mati....



7. What does your last text message say?
"akak..keje ke tak?sy suh kak ani anta kek coklat kat akak..dpt dah ke?"...aku hantar kat kakak kesayangan aku yg keje kat pejabat VC tue.....kak zie namanya...



8. What are you thinking right now?
bila aku ni nak kurus ni?



9. Do you want someone to be with you right now?
uuuuu sure....hubby laling laaaaa



10. What was the time you went to bed last night?
kul 9.00 pm kot....



11. Where did you buy the tee you are wearing now?
Ntah lah..tak ingat lah plak....



12. Is someone on your mind right now?
dah tentu...E in...tadi masa aku tinggalkan dia kat nursery, dia nangis lak..adehhh anak aku ni susah nak lepaskan aku...asik nak berkepit je ngan aku...



13. Who was the last person who text you?
Hubby laling lerrr....



TEN Lucky Person to do this quiz.
mmmm ramainya...tapi aku tak mo paksa sape2...sape rajin tu boleh lerr layan tag ni...



14. Who is no.2 having a relationship with?
Nil



15. Is no. 3 a male or female?
Nil

16. If no. 7 and no. 1 get together, would it be a good?
Nil

17. What is no. 1 studying about?
Nil

18. When was the last time you chatted with them?
Nil

19. Is no.4 single?
Nil

20. Say something about no. 2.
Nil

21. What do you think about no. 3 & no. 6 being together?
Nil

22. Describe no. 9.
Nil

23. What will you do if no. 6 and no. 7 fight?
Nil

24. Do you like 8?
Nil


Dari soklan no 14 sampai no 24 jawapannya NIL sebab aku tak tag sesape pun...actually aku dah buat sket tag ni semalam so today aku sambung balik...sekian untuk kali ini....

Kek Coklat Kukus Lembap (Chocolate Moist)

Tadaaaa.....sape kata aku tak pandai buat kek?tengok hasilnya kat bawah ni? ni baru percubaan pertama....wakaka....actually, tepung kek ni kawan opis aku yang jual...2 paket sekali aku beli...balik keje hari jumaat, selepas aku tidorkan E in..aku pun mulakan kerja aku...barang2 yang lain tu aku beli sket-sket pasai ada kedai tak de jual barang2nya..hehe....dari tak de pengukus (sebelum ni aku guna rice cooker kalau nak mengukus) aku beli pengukus yang sederhana besarnya.....pikir2 kena beli gak pengukus..asik guna rice cooker bazir letrik je....so ini lah hasilnya...baru kuar dari pengukus...tak potong pun lagik....sorry lah ya gambo tak berapa clear...kamera murah jerkkk...
Semalam ahad, aku buat lagi satu paket tu...buat 2 bekas, satu kek aku bagi MIL aku (kecik je)...satu lagi aku bawa pi opis...bagi kawan2 opis aku rasa.....
haaa..kat bawah ni lah tepung kek yang aku beli ngan kawan aku tue....senang dan cepat...sape tak de oven, boleh kukus je....

Friday, June 19, 2009

Happy Father's Day




Father's Day is coming....21/6/2009 bersamaan ahad....jatuhnya hari bapa...so sebab aku takut terlupa...aku nak wish Happy Father's Day tuk abah aku, Raja Ahmad bin Raja Hamid dan juga tuk hubby laling aku, Edzri bin Haji Zainuddin atau panggilan glamernya 'Ed'..hehe

sorry lerrr kalau gambar ni dah penah kuar....

Thursday, June 18, 2009

Sambungan Jalan2 Ke Aquaria KLCC @ 15/6/2009

biarlah gambar yang bercerita ya?hehe...actually aku cuba upload lebih banyak lagi gambar..tapi ada internet problem aaarrrr...so ni sambungan dari yang memula tadi.....kat sini....for children ok lah...budak2 memang teruja kalau nengok fish....aku pun teruja gak...haha
ikan kat belakang aku tu..situ je dia duk....tak pi jauh pun...


akhirnya..nak jugak duk diam...


tengok lah ha..susah betul nak suruh anak dara tecit ni posing....




udah sampai tingkat bawah....

dlm. lif nak turun ke bawah..suka benor anak dara aku ni...


ini jam..tak mo berpegang dah...











Jalan-jalan ke Aquaria KLCC @ 15/6/2009

Aquaria KLCC...ye haaaa...i'm coming...hehe..cam bebudak lak aku ni..sebenarnya ni lah 1st time aku sampai kat sini....dah plan nak pi last week lagi, sabtu ahad hubby laling keje so, monday + tuesday aku apply cuti, lagipun dah lama tak cuti...sesekali rehat lama sket di umah...so isnin, itupun dah lambat gerak dari umah, dlm kul 2.30 pm baru gerak dari umah MIL...ya lah sebab aku bagi E in tido dulu, lama lah jugak dia tido, kena bagi E in rehat secukupnya, kalau tak nanti dia mengamuk sakan..aku jugak yang susah....cam besa, pi umah MIL dlm kul 1.....makan2 dulu then baru gerak...sepanjang perjalanan sib baik E in ok je....

Sampai kat KLCC...sebab hari isnin, orang pun tak ramai, itu yang best tu..hehe........ini aje lah gambar yg sempat aku tempekkan tuk N3 kali ini...ada banyak lagi..tak sempat arr...keje opis pun banyak nak kena buat ni....dikesempatan yang lain aku tempek lagi gambar2nya...so, layan gambar je lah ya?




E in cam besa lah...melaram ngan baju barunya...hehe
itu pasailah aku letak ramalan keadaan cuaca di N3 sebelum ni..haha....ramalan kaji cuaca boleh di semak di http://www.kjc.gov.my/

Saturday, June 13, 2009

Ramalan Cuaca Untuk 7 Hari Bagi Kuala Lumpur




Sabtu 13/06/2009

Pagi:Mendung
Petang:Ribut petir
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Ribut petirPetang


Ahad 14/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Ribut petir
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Ribut petirPetang

Isnin 15/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Hujan
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
HujanPetang

Selasa 16/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Tiada hujan
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Tiada hujanSepanjang Hari

Rabu 17/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Tiada hujan
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Tiada hujanSepanjang Hari

Khamis 18/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Tiada hujan
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Tiada hujanSepanjang Hari

Jumaat 19/06/2009

Pagi:Tiada hujan
Petang:Tiada hujan
Malam:Tiada hujan
Minimum:24
Maksimum:35
Tiada hujanSepanjang Hari
***permintaan daripada rynas...