ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Saturday, June 13, 2009

Ramalan cuaca untuk 7 hari bagi negeri Perak...




Sabtu 13/06/2009

Pagi: Ribut petir di kawasan pantai
Petang:
Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Ribut petir di kawasan pantaiPagi





Ahad 14/06/2009

Pagi: Ribut petir di kawasan pantai
Petang:
Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Ribut petir di kawasan pantaiPagi





Isnin 15/06/2009

Pagi: Ribut petir di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Ribut petir di kawasan pantaiPagi






Selasa 16/06/2009

Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Tiada hujan Sepanjang Hari



Rabu 17/06/2009

Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Tiada hujan Sepanjang Hari



Khamis 18/06/2009

Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Tiada hujan Sepanjang Hari



Jumaat 19/06/2009

Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (http:www.kjc.gov.my)

Award di hari sabtu..

Errrrkkkk..award lagikkkk??hehe..masa aku jln2 menjenguk blog kengkawan pagi ni (E in tido time ni) dan masa aku masuk umah Kirana...dan aku baca latest n3 yg kirana tuleh..hehe akhirnya tuan punya blog muncul juga..aku suka baca n3 diblog kirana...best.....dan Kirana hadiahkan award kat atas tu tuk kengkawan blog dia..so aku pun kutip lerrr..asik kutip award je..tag ntah bila nak aku siapkan...nanti lah ya....kat umah ni dalam lap top tak de gambar (sebab lap top ni hubby punya...OUM bagi).....gambar semua dlm pc kat opis........nanti arrr aku buat....jangan marah ya kepada sesape yg dah tag aku tu.....
Apa pun...mekaseh kat Kirana....

Friday, June 12, 2009

Nak layan tag lah....TAG TENTANG DIRI SENDIRI

(gambar sekadar hiasan..saje nak tunjuk kat korang masa ni E in umurnya dlm. 4 bln. gitu...kat The Mines ni, ikut hubby aku ada game bowling anjuran tempat keje dia...)
Hari ni jumaat...time rehat tengahari sepatutnya sampai kul 2.45 pm tetapinya sebab kat umah tetiba plak tak de letrik, jadinya 1.45 pm aku dah sampai opis...tak boleh tahan duk kat umah..panas..dah lah cuaca pun panas skang ni...pas tu aku terpikir mesti kat nursery pun tak de letrik...alahi sian anak aku...malas nak pi jenguk sebab E in kalau dah nampak aku, tak mo lepas dah...kang tak pi keje lak aku petang ni...heheeeee
Actually aku tersedar tak de letrik kat umah tadi pasai aku duk mesin kain baju, tetiba mesin basuh senyap je...tengok2 semua barang letrik diam je...alaaaa tak de letrik lah....aku pun apa lah lagi...mandi..solat pastu siap terus kuar umah...bila dah sampai kat opis awal ni...baik lerr aku layan tag yang dah banyak tertanggguh ni ha...wokeh...memula aku nak layan tag dari ibu_umairah ni....
Tag kali ni ialah 'Tag Tentang Diri Sendiri'
#berapakah umur anda?
34 tahun
#anda berasal?
pahang darul makmur
#berapa adik-beradik?anda yang ker?nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
adik beradik aku ramai...9 orang...aku anak ke dua dari 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan, so kiranya aku anak pompuan sulong....
#akhir bersekolah anda dimana?
sekolah menengah sulaiman, bentong pahang
#bila terakhir anda memotong rambut?
lunch time hari ini...dah bape kali asik sebut nak potong rambut kat hubby, hari ni baru aku pi. last hari tu pun kalau tak silap bulan feb tahun ni...
#shampoo apa yang anda guna sekarang?
clear dan selsun blue (kat farmasi je ada jual syampoo ni)..sebab kulit kepala aku memang sensitif...
#anda gemar menjahit?kalau tidak, nyatakan sebab?
uuuuu aku memang suka menjahit...dulu masa aku zaman muda2 dulu, aku suka jahit crosstich (betui ke ejaan aku ni?)..pas tu aku nak sangat blaja jahit baju...tak berkesempatan je lagi ni...dulu aku rajin tolong mak aku jahit tulang belut kat leher baju yg orang tempah kat mak masa aku skolah lagi..sebab mak aku memang pandai jahit baju....tapi rasanya kalau soh aku jahit tulang belut skang ni...tak reti lah dah..dah lama tak buat...
#bila berada di rumah adakah anda suka menghias diri?
ehhh dah tentu lah...tapi tak de lah aku pakai make up tebal2....bergincu ke...cukup sederhana yang aku rasa aku nampak kemas dan selalu wangi...oooo aku tiap kali pas mandi, mesti sapu baby cologne (betui ke ejaannya?) kat badan aku.....aku suka bau dia..wangi....
#apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
cuci toilet...tak suka arrrr....nak pulak bila dah tuang clorox tu kan...aduiiii sakit hidung...tu pasai lerr hubby laling rajin cuci toilet....(mekaseh abang..love uuuu...hehe)..yang lain2 memang aku suka buat...cuma bila dah ada anak ni time melipat kain baju dah bukan jadi rutin harian..terpaksa skip harinya..haha...kalau aku lipat kang, E in pun tolong 'lipat' jugak..nanti penat aku melipat semula....so bila E in dah tido, baru lerrr aku dapat lipat kain baju, tu pun kadang2 tak habis semua aku lipat..hehe
#soalan yang terakhir, bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila?
1-abah akhirnya izinkan aku keje luar dari pahang..
2-lulus ujian memandu dengan sekali test je (masa ni aku baru2 ngandungkan E in tapi tak sedar lagi yg diri dah mengandung...)
3-hubby laling buat surprise masa nak melamar aku tu.....memang aku berdebar betul masa tu...
4-hubby laling hadiahkan aku handpon....
5-dikurniakan seorang puteri yang comei...panjang melentik bulu mata cam hubby laling aku...sebab dalam family aku tak de yg bulu mata panjang dan lentik....
#siapakah anda nak TAG?
aku nak TAG semua followers aku....sebab aku sayang korang semua...walau pun ada followers aku ni yang memang tak penah bersua muka pun...nanti lah agak2nya kita buat family day sesama kita, nak tak?hehe...

Dapat Award Lagi Dari ibu_umairah

Hari ini aku dapat award lagi...hehe..mesti korang smua kata aku giler mengumpul dan mengutip award kan????opppsss....award ni ibu_umairah yang bagi kat aku tau....actually ada tag sekali yang disertakan...by the way..tag tak dapatlah aku buat jam2 ni jugak....kat opis ni...masih lagi ada kerja yang aku nak kena settle...minggu depan aku bercuti isnin dan selasa..saje je..isnin ingat nak bawa E in nengok fish kat aquaria KLCC..(ehhh betul ke ejaan aku ni?)..aku pun tak penah pi lagi....lagipun dah lama tak bawa E in jenjalan (sebenarnya aku yang terlebih nak berjalan dari E in....hahaha)lepas tu boleh lerrr cuci2 mata kat KLCC...nak shopping tu tak mampu lah...aku rasa KLCC ni tempat orang kaya2 je shopping pasai barang mahal gilerr....ehhh terlebih bercerita plak...nantilah kalau jadi pi jalan2 tu, next N3 aku citer ok?
Anyway mekaseh bebanyak kat ibu_umairah (http://nurumairahqarirah.blogspot.com/) sebab bagi kat aku award ni....

Thursday, June 11, 2009

Anak mati dalam MPV.......Harian Metro 11/6/2009

Oleh Shahrul Nizam
Mohamadam@hmetro.com.my

KUALA LIPIS: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas terkurung ketika bermain seorang diri dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di rumah neneknya di Kampung Batu 9, Jalan Kereta Api, dekat sini, kelmarin.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Farhan Aiman bersama bapa, Mustafa Majid, 39, ibu, Mimi Azura Zaidon, 35, serta empat lagi adik-beradiknya baru tiba dari Kuantan untuk melawat neneknya yang sakit akibat lumpuh di kampung berkenaan.Bagaimanapun, ketika ibu dan bapa serta adik-beradiknya turun, mangsa masuk semula dalam MPV berkenaan sebelum menutup semua pintu dan bermain seorang diri di tempat duduk bahagian tengah sebelum kehilangannya disedari bapanya, kira-kira jam 2 petang.Terkejut melihat keadaan anaknya yang terbaring dalam keadaan sesak nafas, Mustafa cuba memberikan bantuan pernafasan menggunakan mulut (CPR) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis (HKL) sebaik tiba untuk menerima rawatan kecemasan.

Mustafa ketika dihubungi enggan mengulas panjang mengenai kejadian itu kerana terlalu sedih.

“Yang sudah berlaku itu sudahlah...bukan saya tidak mahu menceritakan kejadian, tetapi tidak mahu keluarga terus menanggung kesedihan.“Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak boleh mengulas lanjut dan arwah memang anak kesayangan kami,” kata kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK) itu.Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, mengesahkan kejadian itu dan berkata hasil bedah siasat di HKL pada jam 3.30 pagi semalam, anak bongsu daripada lima beradik itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.“Kejadian ini kali pertama dilaporkan berlaku di daerah ini dan polis berharap kes seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.
****kepada kawan2 semua...jadikan panduan dan tauladan ya....

Award lagi.....

Pagi ni masa jalan2 kat blog ibu_umairah....aku nengok dia tempek award ni kat blog dia dan dia bagitau sape2 yg singgah kat blog dia boleh lerr ambik award ni so aku pun dengan rajinya pun kutip lerrr award ni sebab tak yah buat assignment..hehe..mana2 tag yg aku belum buat tu...nanti aku buat lah ya????tak sempat....

Apa pun mekaseh kat ibu_umairah......

untuk followers aku yang selalu diingati....aku bagi kat korang semua award ni...ambik lerrr jangan malu2 ok?

Tuesday, June 9, 2009

Jom ikut aku layan tag & award dari Madam Lieza

Sementara nunggu mesin basuh ku berenti, dan nunggu hubby laling balik dari keje (dah kul 8.28 pm) dan E in lak tido, itupun aku baru je lepas lipat kain baju yg ntah dah bape hari tak ku endahkan....aku pun layan lah blog.....masa check kat dashboard nengok2 latest citer dr kengkawan aku...aku pon singgah kat blog Madam Lieza dannnn.....aku tertarik nak layan tag ni ha....sebab Madam Lieza kata sape nak ambikle...so aku nak layan tag ni...wokeh?
5 fakta pemberi award nie:
1. nama penuh pemberi award ni Norlizawaty Shamsudin...aku panggil Liza je
2. kenal sebab sesama keje UPSI, Liza di BPAQ dulu dikenali dgn nama PPQ
3. sama cam aku dah penah terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...
4. orangnya kecil je...comei dan cute....
5. anak baru sorang, sama cam aku, bersalin pun c-section sama gak cam aku cuma Liza terpaksa operate lebih awal....
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilihpenerima award yang seterusnya:
1. aku seorang isteri kepada Edzri, senior executive di Open University M'sia KL dan mama kepada Puteri Ezureen
2. sebelum bertugas di bahagian pentadbiran & sumber manusia, perpustakaan tuanku bainun UPSI, aku bertugas di pejabat naib canselor UPSI
3. telah pun menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2004 pd tahun 2005
4.juga pernah menerima Anugerah Khas Naib Canselor pada tahun 2007 ketika aku mengandungkan E in
5. aku seorang yang sangat suka membaca...selalunya aku akan lepak di aras 3 perpustakaan membelek buku2 resipi....suka memasak dan mencuba resipi yg menarik di mata ku
6. seorang yang garang (ikut keadaan) dalam masa yang sama aku juga manjakan E in tapi tak lah terlampau memanjakan sangat....
7. aku minat sangat nak belajar menjahit....sebab dulu masa skolah aku kelas SRT so minat tu memang ada...
8.aku suka sangat membasuh kain baju..pantang penuh je bakul baju kotor...cepat je aku masukkan ke dalam mesin basuh...
9.bertuah kerana mempunyai hubby yang penyayang dan romantik walau pun hubby aku sedikit 'berangin'.....
10.aku seorang yang tak suka diganggu...means aku lebih suka terperuk kat umah dari melayan karenah orang lain....so bila aku balik dari keje pas ambik E in kat taska...jangan lah mengganggu aku kat umah sebab aku ada banyak keje nak kena buat dan anak nak kena layan...
Anda perlu memilih 10 penerima award seerusnya dan describe tentang mereka
****cam besalah aku tak mo tag sesape...kepada semua followers aku, bolehlah buat tag ni kalau rajin...

Ralph Lauren Dress For Sale

Actually dress ni 2nd boss aku beli tuk anak sedaranya...masa dia suh aku order tu dia mintak size tuk 5y so aku pun order...duitnya pun 2nd boss aku kasi lah jugak...tetapinya tetiba dia kata anak sedaranya dah 7y....lorrrr.....jadinya hari ni dia suh aku jual lah baju ni kat sesape yg berminat......
Size: XL (5y)
RM 37.90 (ni sebab dia bayar ngan harga pos hari tu kongsi ngan aku)...
aku nak jual tuk staf Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim je ya....so sape2 yang berkenan...leh datang jumpa aku kat tingkat 4, perpustakaan tuanku bainun....atau pun kalau nak book dulu, ni ext aku: 6797......sape cepat dia dapat.....
lepaih ni aku rasa pun aku nak berniaga online juga lah...hehe....insya allah...
SOLD TO PUAN ANIZAH ON 10/6/2009

Monday, June 8, 2009

2 bungkusan sekali sampai....

Memula aku nak bagitau...air cond kat opis aku rosak...adeh last week lagi dah rosak...sampai lah hari ni ha...kipas yang ada 2 biji ni pun tak cukup....huhu..kesian kat TNC A yang bagi talk kat bilik serbaguna 1 pagi tadi...berpeluh2...nak buat cam ne ya?Bukan salah kami......orang JPPHB tolong lah kami ya..dah selalu sangat macam ni....nak buat keje pun tak lalu....panas....
Hehe tu citer kat opis..actually aku bz sket pagi tadi.....check balik senarai dan harga perabot yang nak kena beli tahun ni....tapi dah settle dlm kul 12.45 tengahari tadi...yahooo.....lepas dah skt aku tahun ni...tunggu nak prepare PO (Purchase Order) je.....
Then aku dapat lah 2 bungkusan poslaju ni ha..2 sekali ooooo.....

ni baju dalam bungkusan yg besar tu...3 helai..beli di http://ohbabygirlboutique.blogspot.com/
yang putih dot merah tu aku beli tuk E in...yang 2 helai sama kaler tu opismate aku punya....

yang ni aku beli tuk E in..stokin yang ada pun dah tak muat langsung..so aku beli lah yang besar lak....cute je..hehe (abaikan meja ku yang bersepah tu ya..tu maknanya aku tengah banyak keje nak kena settle..) yang ni aku beli kat http://babykiddies.blogspot.com/


ini lak, lama dah aku beli, saje aku tempek kat sini...E in pun tak pakai lagi....

Open University Malaysia (OUM) Family Day @ 6/6/2009

Jeng jeng jeng...sabtu baru ni, tempat keje hubby laling ada buat family day..kali ni buat kat Bukit Kiara Equestrian Club....aku lak maleh nak pi kali ni sebab aku memikirkan cuaca udah lah panas ya amat skang ni..buat plak kat tempat yang lapang cam tu..E in plak baru je baik dari demam so aku bagitau hubby tak mo pegi lah..hubby pun ok je..sebab dia tau aku bukannya suka berpanas-panasan...(kalau bermalam kat hotel pasti aku ikut)..lebih kurang dalam kul 6.30 pm cam tu hubby laling sampai umah....jom nengok apa yang hubby laling aku bawa balik.....
t-shirt ngan topi tuk aku....(dah 2 tahun pun dapat kaler sama je.....)

yang ini plak cabutan bertuah yang hubby dapat....uuuuu seronoknya...bertambah2 comforter ngan cadar kat umah aku....aku suka aku suka....hehe

ada juga mainan tuk E in...bantal pumpkin..comei je tapi terlupa plak nak mengambik gambarnya....