ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, November 29, 2011

Garang macam....

Perbualan semalam dengan E-in.....

E- in: mama ni garang macam Kak Ros lah....

Aku: ye ke mama garang macam Kak Ros?

E-in: iya...mama garang macam Kak Ros...

Errkkkkk........ haha... anak dah pandai bercakap...... macam ni lah.... agak-agak korang lah kan..apa sebabnya aku jadi garang ngan anak? Antara sebabnya.... nak ajak mandi pun susah, bila dah masuk dalam bilik air....main aje kojenya... bila dah siap semua, nak lap badan pun susah..berlari ke sana ke sini... lepas tu nak dipakaikan baju pun susah.... habis..... camne aku tak GARANG??????? hari-hari pun macam tu.... Anak anak.... aduiiiii haiiiiii...ni baru sorang anak....

Tuesday, November 22, 2011

Hari ni aku lambat.....

Owhhhhh tidak.......hari ini aku terlewat sedikit sampai ke opis....punch card pun dah pukul 8 lebih gituuuuu.....kenapa ya???? huuuuu tayar kelisa ku PANCIT........ masa dah gerak dari rumah, memang aku ada perasan ada dengar bunyi lain macam je...then bila dah lepas satu simpang tak jauh dari rumah, aku berhenti lerrr kat tepi jalan nak tengok penyebab bunyi yang aku dengar...... owhhhh mmg dah nampak sket tayar kete ku bahagian belakang sebelah kiri sah pancit sket... well aku pun jalan je lah sebab aku fikirkan boleh jalan lagi... terus aku hantar E in ke taska.... masa sibuk 2 turun barang E in tu...aku tengok tayar dah kempis.... huhu... dengan segeranya aku pun telepon laling sayang ku....

Aku terus park kete kat tempat yang ok then tunggu laling ku datang....... sudahnya, aku ke opis hari ni ngan kete laling ku....heeeeee

Ini kali kedua tayar kelisa ku pancit disebabkan menda tajam.... memula kena tusuk ngan paku.... kali ni skru pulak yang terbenam..... baru je tukar 2 biji tayar..... ayoooooo....

Tuesday, November 15, 2011

Comel tak budak ni??????

sebiji cam muka papa.......

ayooooo....masa ni aku debab sesangat......haha




ni lah birthday girl semalam.....semalam excited kemain, pagi bangunnya....pagi juga mandinya.....tapi hari ini.....cam besa....mama angkat bawa masuk dalam kete sebab zzzzzzzz lagi....

Monday, November 14, 2011

14 November 2011..today is the day......

Today is the day...Happy 4th Birthday kesayangan mama...sekejap je masa berlalu.....dah masuk 4 tahun umur anak ku......Mama doakan mudah2an anak mama ini akan menjadi anak yang baik, yang soleh dan solehah...anak yang mendengar cakap...anak yang menyenangkan semua orang...anak yang pintar dan bijak....anak yang mengenang jasa mama dan papa......


4 tahun....macam tak percaya je kan..... Next year dah nak masuk tadika..... owhhh...... i still can't believe that my little girl dah semakin membesar...... semakin bijak.... semakin keletah.... macam-macam lah.... selalu kena marah dengan aku...owhhhh???? mana taknya, suka sangat mengacau aku masa aku sibuk nak memasak..... sampaikan aku nak bergerak pun susah...dengan kuali panas + minyak panas + pisau lagi....aissshhhh macam-macam lah.... heeee jangan salah faham ya kenapa aku selalu sesak nafas ngan budak ni... ya lah selalu berdua je ngan anak dari pagi sampai ke petang, kalau hari kerja pun cam tu apa lagi time cuti (selalunya).... orang lain, balik sekali ngan en. suami ke rumah so ada lah yang boleh melayan anak....aku????? aku sorg2 melayan anak ngan macam2 yang aku nak kena buat....nak memunggah barang dari dalam kereta bw msk ke dalam rumah, nak memasak untuk anak makan lagi, kekadang tu aku tapaw je...nak solat lagi...nak mandi lagi..tu belum nak angkat kain di ampaian lagi..nak masukkan kain baju kotor dalam mesin basuh lagi..nak sidai lagi.....dengan segala kerja rumah lagi lah yang macam-macam kena buat.....ate...macam mana asik tak bergaduh je ngan E in....hehehe.....so, situasi kita tak sama ok......

Walau apaun....aku sayang budak ini sangat-sangat sebab masa mengandungkan E in pun aku dah di duga dengan bermacam-macam dugaan......hinggalah aku selamat melahirkan E in melalui pembedahan.....Serik??? Fobia??? masih lagi ada dalam diri aku.....

Oppppssss....maaf lah ya... tak de gambar ole-ole untuk kawan-kawan E in sempena birthday tahun ini.... kamera xde kat tangan aku.... and aku memang ralat banyak..... xpe... azam tahun depan, kumpul duit untuk beli kamera dslr seperti yang ku idamkan......

Sekian....

Wednesday, November 9, 2011

Khasiat buah tomato

Sumber: http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=129&Itemid=161


TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetumse sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkang risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astrigen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Masalah jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kuloit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Topeng penyegar ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. Boleh juga sapukan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikanny lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Friday, November 4, 2011

Bila lah nak dapat??????

Kamera idaman....bila lah boleh dapat beli ya???? hehe....asik melabur duit beli kain cotton je aku ni..hik hik.....tapi kena beli jugak ni..kamera xde....susah lah nak bik gambar tuk update blog.....

Salam Aidiladha 2011...

Hari ni dah Jumaat, last day bekerja untuk minggu ini.....sekadar ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ku sampaikan buat teman-temanku....semoga dipermudahkan urusan di perjalanan buat mereka yang akan balik kampung..... Aku? Raya kat Tg. Malim dulu, lepas Zohor baru balik kampung...tak jauh pun....1 jam setengah je dah sampai....will back to work on Tuesday...memang tak ambik cuti..cuti kena simpan ok untuk kes-kes emergency....sekian....

Thursday, November 3, 2011

Comelkan?????


haruskan aku gantikan KELISA ku ini kepada............????


kalau ambik yang ini bermakna aku akan membuat hutang baru......owwwhhhhhh......hati berbelah bahagi.........

Suddenly........., i miss this little girl very much......

Assalamualaikum.........owhhh sila abaikan bedak yang comot itu ya...sendiri sapu bedak kat muka..heheheeee.... hari ni dah Khamis bersamaan 3hb. Nov. 2011...sekejap je masa berlalu....dan hari ni asik hujan je...sangat sejukkkkssss di opis ok......and tetiba aku RINDU pulak kat budak kecik ni...owhhhhh....November....lagi beberapa hari nak menyambut ulang tahun kelahiran this little girl yang selalu buat aku sesak nafassss bila kat rumah.....mesti nak kena marah baru duk diam....bila aku cakap dengan nada yang lembut....xde di hiraunya....aduiiii anak anak......bila dah marah....mesti timbul rasa menyesal kat hati aku.....apa pun...aku SAYANGGGG budak ini sangat-sangat.....Mama sayang E in sangat-sangat...maafkan mama ya sayang..... mama marah sebab mama tak nak perkara yang tidak diingini menimpa anak mama yang seorang ini....I LOVE U...muahhhh muahhh....Justify Full

Tazkirah petang Khamis........