ANDA KESUNTUKAN MASA KERANA TIADA JURUGAMBAR? SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

KLIK KLIK............kalau ada iklan, tolong klik ya.....

Wanita ISLAM wajib BACA...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

sumber: http://doaharian.blogspot.com/

Doa supaya dapat membayar hutang

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

sumber: http://doaharian.blogspot.com

My Followers....thank you so much

Tuesday, June 30, 2009

Perpustakaan Tuanku Bainun yang tenang...tiba-tiba......

Rasa-rasa korang lah kan?nape lah agaknya tajuk N3 aku kali ni berbunyi cam tu ya?hehe...actually minggu ini adalah minggu suai kenal kepada semua pelajar baru UPSI...dan tetiba hari ni, pagi tadi dan baru sat petang ni...satu library riuh rendah ngan suara pelajar2 baru ni...macam langau bunyinya....bising oooo...satu library bising...ayooo awat jadi lagu ni...aku rasa cam kat pasar lah pulak...orang tengah tawar menawar....helloooo ada tau ke tadak tau? Ini perpustakaan tau.....


Aku tanya lah kat staf Bahagian Perkhidmatan Pelanggan...sesi apa yang student ramai2 sangat kat dalam library ni? Dorang kata...sesi mengenal perpustakaan....sebab tak de dah duk dengar taklimat dalam Dewan SITC...ooooo patut lah pun....nama pun budak baru belajar masuk U so cam gini lah...kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yang sempat aku rakam pagi dan petang ni tadi....jom layannnzzzz......














****kalau korang semua nak tahu....masa sesi minggu suai kenal je dorang ni dressingnya 'alim' sket..tunggu lah dah lama sket bila dorang nengok senior masuk kawasan kampus...ngan suar ketat baju singkat nampak punggung / nampak kesan suar dalam pun ada....nampak bayang2 suar dalam pun ada...tudung pun dah jadi pesen dah....kain terbelah nampak paha lah...baju jarang menampakkan susuk tubuh pun ada..saje je gamaknya nak menayang ek? ehhh nape lah aku skema sangat ek?bukannya aku dengki kat student tapi cara berpakaian mengalahkan orang dah bekerja....dulu masa zaman2 adik aku jadi student upsi, peraturan berpakaian di dalam kawasan kampus ketat sekali...la ni ntah apa dah nak jadik.....macam mana nak didik anak bangsa kalau sendiri pun dressing rugged kemain?itu terbonjol....ini terbonjol...adehhh...malu lah sket kat orang yang memandang...


*** yang aku lagi pelik ialah dorang dok bawa payung besar tu kehulu kehilir...adeh...beli lerrr payung kecik yang leh lipat masuk dalam beg tu.....dah bape hari orientasi dah...cam adik aku kalau nak pi lapor diri kat U, aku pastikan dia ada payung kecik yang leh lipat masuk beg tu...


Monday, June 29, 2009

Melayan tag di pagi hari...

Tag kali ni, aku terima dari isza (http://ismalieza.blogspot.com/) sebab soklannya very very simple, so leh lerrr aku layan jap....

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
- Hubby laling
- Dad
- House Mil
2. YOUR MAIN RINGTONE?
- Strawberry Shortcake - Cupcake
3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
- Membuai E in dalam buaian (tak mo tido atas tilam lak....adehhhh)
4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
- Hubby laling & E in ( pi lambak beli bawang, sayur & buah)
***lambak panggilan kat Tg. Malim, kalau kat tempat lain.... di panggil pasar malam
5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
- now? skang ni aku kat opis..pakai baju kurung oren coklat
6. THE LAST THING U DID?
- Kemas beg baju E in sebab bantal bucuk ngan uncang bedak tak masuk dalam beg malam tadi..
7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
- layan tenet ( check email...layan blog..check design baru jahitan manik...)
- Semak keje pejabat yang nak kena settle
- basuh kain
8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
- Krim
9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
- RM 350.00
10. HOW'S LIFE?
- Simple
11. YOUR FAVORITE SONG?
- Tak kisah apa je asal sedap di dengar
12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
- sama cam isza.... duduk rumah sebab hubby laling keje..(dah besa dah)
13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
- Beberapa bulan yang lalu masa balik kampung
14. WHERE IS SHE NOW?
- Bentong Pahang
15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
- few month ago (lamanya aku dah tak tepon....)
16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
- Hubby laling
17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
- Kat umah sendiri...aku masak....
18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
- mmmmmmm...
19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
- Tak ada...aku pinjam2 aku tak suka...kalau nak aku beli sendiri....
20. LAST THING FRIEND BORROWED FROM YOU..
- Pen....selalu nak masuk meeting, lupa nak bawa pen...
21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
- Edzri Haji Zainuddin
22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
- Sakit kepala..........
23. WANNA SHARE WITH WHO?
- of course hubby laling & E in
24. WHO KNOWS UR SECRET?
- hubby laling
25. THEY KEEP UR SECRET?
- of course
26. WHAT IS THE NAME OF YOUR BEST FRIEND?
- Kak Zie (Hjh Rozilah), Lina CINTAMANISZ Lite, Sarawati (dari kecik sampai skang)...opismate dan ramai lagi
27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
- Ada.....marah sesangat....suka je buat aku marah....jawatan je pegawai tapi tak leh nak pikir luar dr. kotak...sokmo duk dalam kotak sempit...
28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
- Depends
29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
- Ntah
30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
- Semoga E in tak jerit2 nangis mintak susu dan tak nangis bila aku tinggalkan dia jap ngan papanya....semoga E in jadi anak yg soleh dan mentaati kami sebagai ibubapanya...semoga hubby laling rajin bangun pagi...hehe........
Nak post pada sape pula ye...????
- Semua followers aku yang dikasihi dan diingati selalu....kalau rajin leh lerrr wat tag ni..

Pagi isnin yang indah..aku mengutip award...

Memula sebelum kul 8.00 pagi, aku cam besa...check blog aku dulu..pas tu isza tinggalkan msg bagitau ada tag tuk aku...so aku pun round umah isza dulu..tag simple je tapi skang ni tak leh buat lagi..hehe...aku pun kutip lah award yang ada....



Mekaseh kat isza...........

Thursday, June 25, 2009

Mengaku tidak bersalah menyamar doktor...

SHAH ALAM 24 Jun - Seorang bekas pembantu klinik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyamar sebagai doktor yang melakukan lokum dan memperoleh bayaran berjumlah RM860.

Khiron Mansor, 47, dari Sungai Buloh, dekat sini, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Afifah Mamat@Yusof.

Bagi pertuduhan pertama, ibu tunggal kepada empat orang anak itu didakwa memperdayakan ketua jururawat, Siti Zubaidah Baharun, 40, di Klinik Bandaran, No. 7, Jalan Utas C/15C, Seksyen 15, di sini untuk mempercayai bahawa dia adalah doktor berdaftar.
Khiron didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 September dan 31 Oktober 2007 dan menerima upah berbentuk dua baucar bayaran berjumlah RM390.

Tertuduh juga menghadapi satu lagi tuduhan iaitu memperdayakan seorang pembantu klinik, Noor'ashikin Mat Ali@Taharin, 38, antara 9 dan 26 Mac 2008 di Klinik Anis, No. 17, Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2, di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan membuat representasi menyerahkan Sijil Perakuan Amalan Tahunan milik orang lain kepada mangsa dan seterusnya menerima upah berjumlah RM470.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh disebat serta dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Afifah membenarkan Khiron dibebaskan dengan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 8 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai kes tersebut berkata, siasatan mendapati suspek telah melakukan penyamaran itu di enam buah klinik sekitar Shah Alam dan sebuah klinik di Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak 2007.

Ujarnya, sejak menyamar sebagai doktor lokum, suspek dipercayai meraih pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan.

"Kita kini sedang mencari kakak suspek, Rossnah Mansor, 51, untuk menjadi saksi kes ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai terdekat,'' katanya.


***aku macam penah dengar je kes macam ni....

Susu untuk E in

N3 kali ni aku nak citer sket pasai susu yang aku bagi E in minum....ok?cerita ikut turutan.....

Susu Anmum....diminum oleh E in sejak bayi lagi......
Kemudian aku ngan hubby belikan dia susu Similac....masa minum susu ni, badan E in memang bulat (tek lerr sampai obes..sedang2..tak kurus sangat...)

Pastu dia dah besar sket, tukar kepada Nan 2..memula harga dalam RM 40.00 lebih lerrr tak sampai pun RM 50.00 tapi sejak harga barang naik, susu Nan 2 harganya RM 50.90....actually lama dah nak tukar susu E in kepada yang murah sket sebab dia pun dah besar, lagipun anak aku jenis yang pemakan..so tak yah bimbang pasal susu tu.....Nan 2 tu satu tin je seminggu..bayangkan 4 tin tuk sebulan, RM 203.60 je dah habis tuk susu Nan 2 ni....
Jadinya, hari isnin minggu ni aku suh hubby tukar susu E in kepada Dumex Dugro....memula beli pek kecik dulu, bagi E in rasa...aku nengok dia elok je minum susu Dumex Dugro ni so semalam aku beli yang tinnya besar (lebih besar dari tin susu Nan 2 tu...) harganya baru RM 34.00 (sen tak ingat)....haaa nengok dah boleh jimat dalam RM 16.00 gitu......Susu baru ni aku nak tengok lah satu tin tu bape lama leh tahan.....
Syukur alhamdulillah sebab anak aku tak memilih untuk minum susu jenis apa pun......(dulu masa kecik pun aku minum dumex gakkkk...)

Lauk berbuka semalam......

Semalam, 24/6/2009 dah masuk bulan Rejab...so aku pun posa lahhhh...yalah dah berapa bulan puas makan kan? so posa lah...hehe...dua lauk kat bawah ni aku masak masa balik lunch time semalam, memula aku goreng taugeh...pas tu baru aku goreng ikan...sebaik ikan ku masak, gas pun habis.....adehhh tak sempat nak goreng ayam tuk hubby laling.....sebab masak, aku terlewat sket masuk opis...(tu lerr bukan aku malas nak memasak tapi time kul 1 sampai 2 tu mana cukup masanya....kalau petang lagi lah berkalut ngan E in.....)
Sudahnya pas abis keje kul 5, aku singgah kedai 'Apak' membeli rendang kerang dan gulai daging tuk hubby laling...dan juga mee sup tuk E in....masa nunggu akak tu bungkus mee, hujan pun turun...sempat lerr aku masuk dlm kete..basah sket je lah....pas tu aku ke taska, tapi sebabnya hujan dah turun dengan lebatnya dan aku nengok pagar taska duk melambai keluar kedalam, aku terus je tak singgah pun..kang nak membuka pagar tu aku yang basah kuyup.so aku terus balik umah...buat apa2 yg patut dulu...dah dekat kul 6 baru hujan reda, aku pun pi lerrr ngambik E in.....
Cam besa, time aku makan, E in pun nak makan sama..so sama2 laaa kami makan....padahal aku dah suap dia mee sup sebelum tu..ingatkan tak de lah dia ngaco aku makan, rupanya dia pun nak makan lagi...haha....
Pas tu hubby aku sampai umah dalam kul 7.40 cam tu..dia bawa balik pizza lak....makan lagi sebab hubby suh makan jugak....(aku tak makan kang dia bising...)
Hari ni aku malas nak masak sebabnya banyak lauk tak habis semalam pasai hubby aku dah beli pizza, dia tak mo makan nasi....nanti lerr dah petang sket baru plan nak makan apa...lagipun hubby laling cuti hari ni sebab dia kata kat opis tak de line internet....


****Kedai 'Apak' tu kedai makan melayu tau, kat depan SKTM Tg. Malim...lauk2 kat sini sedap, orang umah dia masak sket2 je..so kalau lambat...habis lerrrr...selalunya aku singgah beli mee sup atau bihun sup kat sini...lauk tu jarang sangat....

Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah..dah jumpa dah...




berita tentang 2 orang kanak2 yang hilang semalam..
kanak2 tersebut telah pun dijumpai...aku dapat berita ni pun Madam Lieza yang bagitau, dia cakap ada kat http://www.redmummy.com

Adehhh......

Hari ni rabu, hari ketiga bekerja untuk minggu ini, dan hari ketiga jugalah E in menangis bila aku tinggalkan dia kat nursery.....adehhhh....sebelum ni elok je...tak de nak nangis pun...memula start asik nangis ngan tak mo masuk nursery tu masa cuti skolah 2 minggu baru2 ni sebab ada staf baru kat nursery tu...aleh2 minggu ni start balik nangisnya....aku pun mula lah...kesian kat anak aku tapi aku ni keje....tak kan lah asik nak cuti je kan?Sebenarnya aku dah pikir nak berenti keje sebab dah penat bekerja, dah lama sangat aku bekerja, habis je skolah terus keje..so bila sampai waktunya aku penat sangat..ada gak bagitau kat hubby laling nak berenti keje, dia kata nanti lah dulu...huhu.....

Tuesday, June 23, 2009

IMPORTANT MESSAGE..PLEASE READ.....

Ini satu lagi berita yang aku dapat masa aku pi jalan2 kat umah kak zaa....harap2 semua dapat membantu...

SALAM SEMUA

Saya bagi pihak kawan saya dari rumah sebelah memohon bantuan kawan kawan semua jika ada yang terjumpa dengan 2 org anak nya yang hilang malam semalam.
Ibu mereka Miza minta tolong saya war-warkan. Tolong doakan anak2 Miza selamat dan jumpa kembali. Anak dia hilang dari 7pm malam tadi.
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun.Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.
Thank younie ada gambar kanak2 tersebut.
nadia dan zakry(kanan)



P/S moga moga kita sama sama dapat membantu saya copy dari forum

Aquaria KLCC (Video Part 1)

Ketagih Teman Siber

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Dia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya. Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan. Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.


Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.


Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.


Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.


Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.


“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.


“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.
****Sumber: Harian Metro 23/6/2009

Monday, June 22, 2009

Attention please....!!!!

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKAN SE MASYARAKAT


ASSALAMMUALAIKUM. .. Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handfon murah(kastam kononnya), kereta murah(kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan2 semua berhati2 dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual, Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dgn cincin taring harimau.Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit hp. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan.. Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes. Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK @ ADI (lihat gambar). Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/ 09. Sukar dijejak kerana sering berpindah2 ke bandar2 lain. Jika terlihat atau terjumpa sila repot polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan. Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.



Saya juga merayu pada sesiapa yang ada terjumpa atau terlihat gadis dalam gambar ini Acu atau nama sebenarnya NOOR ASHIKIN BINTI NAEMAT salah seorang mangsa DK supaya dapat menghubungi saya seberapa segera AZMIE 017-3174711 @ 06-3177455 .Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama tuan2 dan puan2 dan saudara serta saudari yang saya kasihi semua. Berhati2 lah dan awasi sekeliling kawan2 dan saudara mara semua. Saya tiada pilihan kecuali meminta bantuan disini kerana pihak polis masih lagi menyiasat.Jika ada maklumat terkini sila hubungi Sarjan Zaki di nombor 013-624 7811 atau Balai Polis yang berhampiran.
dipetik dari : myadha.blogspot.com
****this news aku dapat masa aku jalan2 kat blog kak zaa (http://zawiahdiari.blogspot.com)

Masa untuk melayan tag-tag yang tertangguh

Tag 1



Tag ni aku terima dari Y@N@ M!B....mintak maap lah ya..hari ini dan diwaktu ini baru dapat melayan tag....



1. Besides your lips, where is the favorite spot to get kissed?
Errrkkkk.....rahsia aaaaa



2. How did you feel when you woke up this morning?
Malas nak pi keje...dah 2 hari cuti...adehhh malasnya nak bangun awal pagi....



3. Who was the last person/people you took a photo with?
Dengan E in...kat Aquaria KLCC



4. Would you consider yourself spoiled?
Tengok keadaan......



5. Have you ever had a best friend who was the opposite sex?
TIADA.....best friend semua pompuan....



6. Do you want someone to be dead?
Someone? sape arrr??aku cuma nak pompuan ngan lelaki yang tau buat 'keje' pastu buang anak merata2 sesuka hati mereka tu...haaa tu yang aku nak orangnya mati....



7. What does your last text message say?
"akak..keje ke tak?sy suh kak ani anta kek coklat kat akak..dpt dah ke?"...aku hantar kat kakak kesayangan aku yg keje kat pejabat VC tue.....kak zie namanya...



8. What are you thinking right now?
bila aku ni nak kurus ni?



9. Do you want someone to be with you right now?
uuuuu sure....hubby laling laaaaa



10. What was the time you went to bed last night?
kul 9.00 pm kot....



11. Where did you buy the tee you are wearing now?
Ntah lah..tak ingat lah plak....



12. Is someone on your mind right now?
dah tentu...E in...tadi masa aku tinggalkan dia kat nursery, dia nangis lak..adehhh anak aku ni susah nak lepaskan aku...asik nak berkepit je ngan aku...



13. Who was the last person who text you?
Hubby laling lerrr....



TEN Lucky Person to do this quiz.
mmmm ramainya...tapi aku tak mo paksa sape2...sape rajin tu boleh lerr layan tag ni...



14. Who is no.2 having a relationship with?
Nil



15. Is no. 3 a male or female?
Nil

16. If no. 7 and no. 1 get together, would it be a good?
Nil

17. What is no. 1 studying about?
Nil

18. When was the last time you chatted with them?
Nil

19. Is no.4 single?
Nil

20. Say something about no. 2.
Nil

21. What do you think about no. 3 & no. 6 being together?
Nil

22. Describe no. 9.
Nil

23. What will you do if no. 6 and no. 7 fight?
Nil

24. Do you like 8?
Nil


Dari soklan no 14 sampai no 24 jawapannya NIL sebab aku tak tag sesape pun...actually aku dah buat sket tag ni semalam so today aku sambung balik...sekian untuk kali ini....

Kek Coklat Kukus Lembap (Chocolate Moist)

Tadaaaa.....sape kata aku tak pandai buat kek?tengok hasilnya kat bawah ni? ni baru percubaan pertama....wakaka....actually, tepung kek ni kawan opis aku yang jual...2 paket sekali aku beli...balik keje hari jumaat, selepas aku tidorkan E in..aku pun mulakan kerja aku...barang2 yang lain tu aku beli sket-sket pasai ada kedai tak de jual barang2nya..hehe....dari tak de pengukus (sebelum ni aku guna rice cooker kalau nak mengukus) aku beli pengukus yang sederhana besarnya.....pikir2 kena beli gak pengukus..asik guna rice cooker bazir letrik je....so ini lah hasilnya...baru kuar dari pengukus...tak potong pun lagik....sorry lah ya gambo tak berapa clear...kamera murah jerkkk...
Semalam ahad, aku buat lagi satu paket tu...buat 2 bekas, satu kek aku bagi MIL aku (kecik je)...satu lagi aku bawa pi opis...bagi kawan2 opis aku rasa.....
haaa..kat bawah ni lah tepung kek yang aku beli ngan kawan aku tue....senang dan cepat...sape tak de oven, boleh kukus je....

Friday, June 19, 2009

Happy Father's Day




Father's Day is coming....21/6/2009 bersamaan ahad....jatuhnya hari bapa...so sebab aku takut terlupa...aku nak wish Happy Father's Day tuk abah aku, Raja Ahmad bin Raja Hamid dan juga tuk hubby laling aku, Edzri bin Haji Zainuddin atau panggilan glamernya 'Ed'..hehe

sorry lerrr kalau gambar ni dah penah kuar....

Thursday, June 18, 2009

Sambungan Jalan2 Ke Aquaria KLCC @ 15/6/2009

biarlah gambar yang bercerita ya?hehe...actually aku cuba upload lebih banyak lagi gambar..tapi ada internet problem aaarrrr...so ni sambungan dari yang memula tadi.....kat sini....for children ok lah...budak2 memang teruja kalau nengok fish....aku pun teruja gak...haha
ikan kat belakang aku tu..situ je dia duk....tak pi jauh pun...


akhirnya..nak jugak duk diam...


tengok lah ha..susah betul nak suruh anak dara tecit ni posing....




udah sampai tingkat bawah....

dlm. lif nak turun ke bawah..suka benor anak dara aku ni...


ini jam..tak mo berpegang dah...